Selain tanam sayur dan pokok buah, ramai juga yang memilih untuk tanam bunga. Sedap dan segar mata memandang laman rumah.

Tapi yang tak syoknya bila bunga yang diharap keluar menghiasi laman tak pun keluar atau sekadar sekuntum dua.

Bagi yang memastikan pokok bunga memang betul-betul berbunga mencantikkan laman boleh ikut tip yang dikongsi oleh Siti Saja. Geram tengok kemeriahan bunga adenium yang ditanam.

Tip Pokok Bunga Meriah Berbunga, Cuma Sembur Air Bancuhan Yakult & Telur

IKLAN

Cuma guna Yakult & telur

Penat lelah berkebun terubat juga dengan melihat indah mekarnya bunga seperti bunga adenium ini.

Berkebun bungalah pula kita, terapi mata dan minda. Ramai yang bertanyakan guna baja apa, jadi saya kongsi di sini.  Selain baja kopi, saya gunakan semburan baja Yakult.

Cara buat baja yakult

IKLAN

1 botol Yakult perisa original
2 biji telur

Cara membuat:

IKLAN
  • Campur kedua-dua bahan dalam botol mineral dan peram 3 hari. Pastikan tutup secara longgar.
  • Setelah 3 hari ambil 10ml bahan peraman dan campurkan dengan 1 liter air.
  • Terus spray pada pokok dari atas sampailah ke tanah.

Tip Pokok Bunga Meriah Berbunga, Cuma Sembur Air Bancuhan Yakult & Telur

Selamat mencuba.

Sumber: Siti Saja

Selain itu:  Mudahnya Nak Tanam Kobis Dalam Pasu, Selain Untuk Makan Turut Cantikkan Halaman
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI