Lalu kawasan rumah jiran tengok pokok cempedak yang ditanam berbuah lebat, lagi best buah semuanya rendah di pangkal pokok.
Sedangkan kita pun tanam pokok cempedak juga tapi buah tak lebat, lagi satu buahnya pula nun tinggi melangit. Memang payah nak petik.
Sebenarnya bagi memastikan buah cempedak berbuah lebat dan tumbuh di pangkal pokok ada caranya. Apa yang perlu dilakukan adalah membuat pangkasan. Caranya dikongsi oleh Mior Zailan
Ads
Tip pokok cempedak berbuah lebat di pangkal pokok
Foto: Khairul Hanafi Juhari via Facebook Berkebun D Rumah
Supaya pokok berbuah rendah, pangkas atau potong dahan yang tumbuh pada pangkal pokok dan ia perlu dilakukan sejak awal lagi.
Jika pokok sudah besar, perhatikan bahagian bonggol-bonggol di bahagian yang sudah dipangkas. Sekiranya keluar dahan, ia hendaklah dipangkas lagi. Jangan biarkan dahan membesar.
Ads
Bila dipangkas, ia akan mengeluarkan tunas baru dan di sinilah nanti tumbuh putik buah.
Lagi banyak tunas muncul lagi banyak putik buah akan keluar. Makin lebatlah buah cempedak pada pokok kita.
1. Pertama pilih benih dulu – terdapat 2 jenis bawang putih yg diimpot kita harus kenal
i) Softneck– kulit bawang berwarna putih cerah keseluruhan. Mempunyai daun yang lembut dan sedikit menjuntai ke bawah. Ia ditanam pada musim panas di China dan Korea ii) Hardneck– kulit bawang berwarna putih dan kemerahan di bahagian atasnya. Mempunyai daun yang agak keras mencacak. Ditanam pada musim sejuk di negara pengekspot.
Disebabkan cuaca kita panas jenis softneck sesuai ditanam dan memberi hasil positif. Pilih bawang yg baik dan segar saja utk benih tanaman. Pecahkan bawang kepada ulas-ulas dan ambil yg matang saja.
2. Media tanah- sediakan 2 bahagian tanah pasir, 1 bahagian cocopeat dan 1 bahagian tanah organik.
3. Tanam ulas bawang secara menegak dengan bahagian untuk akarnya ke bawah. Kambus butir bawang dengan tanah sedalam 1-2 inci. Jangan terlalu dalam, benih mungkin lemas bila proses menumbuh. Proses siraman diperlukan pagi dan petang.
3. Selepas 5 hari daun bawang akan mula kelihatan di paras tanah. Pembajaan organik perlu di lakukan peringkat ini.
Selepas 14 hari daun bawang akan meninggi.Daun bawang perlu di potong sehingga tinggal seinci. Ini untuk menggalakkan perkembangan bawang. Daun bawang boleh dimanfaatkan.
Proses diulang setiap kali daun bawang menjadi panjang. Sehingga daun bawang tidak lagi tumbuh dan mula kekuningan. Proses ini akn mengambil masa antara 100-120 hari atau 3-4 bulan.
4. Tuaian- Setelah daun bawang mula menguning bawang boleh dituai dengan cara mengorek tanah dan mencungkil. Jangan cabut kerana akan menjejaskan bawang.
Bersihkan sisa tanah yg melekat pada bawang dengan cara mengetuk perlahan. JANGAN BASUH. Ini kerana bawang putih perlu dijemur di tempat redup selama 4-5 hari sehingga daun dan bawangnya kering.
Selepas 5 hari pengeringan bawang sudah boleh diambil untuk kegunaan atau disimpan.
INFO
Pokok bawang memerlukan sinar matahari maksima untuk pertumbuhan bawang. Jika anda menggunakan polibeg pastikan ia tidak diletakkan di tempat berbumbung atau ternaung.
Proses siraman setiap hari dan pembajaan organik setiap minggu akan mempercepatkan proses kematangan bawang.
Jika tinggal di kawasan tanah tinggi dan sejuk seperti Cameron Highland, Ranau serta Tambunan di Sabah, pilihan bawang putih Hardneck adalah lebih bersesuaian. Rasanya juga lebih enak.
Bagi yang sudah biasa memasak, dah tentunya boleh agak berapa banyak garam dan gula perlu diletakkan dalam makanan.Campak-campak pun sedap
Tapi jadi masalah pada mereka yang tak mahir memasak terutama di bulan puasa. Mereka perlu dulu makanan untuk memastikan ia cukup rasa.
Bolehkah begini? Bagi yang rasa ragu-ragu berikut adalah hukum merasa makanan yang dipetik dari laman web Mufti Wilayah Persekutuan.
Apakah hukum merasa makanan?
JAWAPAN
Merasa makanan adalah dibolehkan dengan dikecap di hujung lidahnya dan tidak membatalkan puasanya mengikut pendapat yang terpilih. Situasinya adalah seperti tukang masak atau surirumah yang sedang memasak di dapur. Ibn Abbas R. Anhuma berkata:
Dalam rumah kadang kala ada salah satu pintu bilik yang asyik terkunci dari dalam. Walhal kita tiada niat pun nak kunci.
Sudahnya terpaksa cari kunci untuk buka. Lagi kelam kabut kalau anak kunci pulak hilang. Mahu tak mahu pintu terpaksalah tombol diumpil.
Antara penyebabnya adalah setting pada tombol pintu berubah. Agar tak melalui situasi ini boleh praktikkan cara yang dikongsi oleh Rusyaidi Husni Abdul Latib ini.
Tombol pintu sentiasa terkunci?
Pernah tak anda alami keadaan di mana punat kunci pada tombol pembuka pintu ‘tersekat di dalam dan sentiasa dibuka dengan kunci atau dari sebelah dalam? Walau sesudah dibuka, ia akan terus terkunci bila pintu ditutup.
Mungkin ada yang tidak tahu, kunci pada tombol ada 2 settings: 1. Keadaan yang sentiasa kunci dan 2. Keadaan normal
Setting ini boleh ditukar dengan menekan punat kunci dengan ibu jari dan memutarkannya. Putar ke arah lawan jam (ke kiri) untuk mode normal, dan putar ikut arah jam (ke kanan) untuk mode sentiasa kunci.
Settings ini boleh digunapakai pada kebanyakan tombol pintu yang ada punat kunci.
Kadang-kadang sewaktu mengunci pintu, kita terpusing punat secara tidak sengaja menyebabkan pintu dalam keadaan sentiasa kunci.
Panduan tinggalkan kucing sendirian di rumah ini penting bagi yang memelihara banyak anak bulus dan akan meninggalkan mereka di rumah untuk pulang beraya di...