Hobi & Minat

Tip Pokok Kacang Panjang Berbuah Lebat, Ikut Penjagaan Ini

Share

Bergelar usahawan tani yang menanam pelbagai jenis tanaman, Baharudin Mohamad juga dikenali sebagai Coach Bahar selalu berkongsi tip bercucuk tanam atau berkebun di rumah.

Kacang panjang antara tanaman yang diusahakan dan hasilnya memang memberangsangkan kerana lebat berbuah. Ini tip yang beliau praktikkan.

Tip pokok kacang panjang berbuah lebat

1. Pantau perkembangan anak pokok dari hari pertama ditanam. Semai biji benih 4 inci ke dalam sabut.

2. Jarak pokok ditanam 2 kaki x 4 kaki antara satunya.

3. Selepas 25 hari mula buang daun yang tak berguna pada pokok secara berkala.

4. Pastikan diracun serangga secara berkala sekurang-kurangnya 4 hari sekali.

5. Sembur dengan foliar pada daun muda dan pucuk setiap minggu. Saya guna baja AB dengan kepekatan 2.0 mS. Sembur pada awal pagi.

6. Pastikan air, cahaya dan baja cukup.

7. Kacang panjang akan berbuah dalam masa 60 hari dari disemai. Kualiti kacang panjang adalah berasal dari biji benihnya.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Baharudin Mohamad

Published by
VK