Ramai yang cuba tanam kesum di rumah tapi tak menjadi. Dah cucuk keratan tapi tak sempat naik tinggi, pokok dah layu dan mati.
Jangan putus asa ya, cuba lagi tapi kali ini boleh ikut cara yang dikongsi oleh Ardi Tani.
Kaedah yang digunakan adalah penanaman melalui keratan pucuk kesum. Lebih mudah dan pokok cepat membesar. Tujuh hari dah naik tinggi.
1. Sediakan bahan seperti dalam gambar iaitu; -Tong atau bekas plastik -Keratan pokok kesum (guna bahagian pucuk) -Drill (kalau tiada boleh panaskan paku dan buat lubang) -Tanah 6 in 1 boleh beli di nurseri
2. Buang lubang (paras rujuk gambar). Tujuannya untuk air bertakung bersama medium. Pokok kesum kan suka air. Tebuk 2 lubang depan dan belakang.
Ads
3. Masukkan medium dalam bekas dan basahkan.
4. Cucuk keratan kesum.
Ads
5. Dah siap, bungkus macam ni ketat-ketat. Tak payah tebuk lubang. Cara ini akar akan keluar banyak sampai dahan atas dari medium pun kuar akar.
6. Dalam tempoh 5 – 7 hari akan nampak pokok kesum naik elok. Selepas itu boleh buka plastik.
Ads
Ini hasilnya, untuk hasil yang lumayan guna baja XY dan letak bawah hujung bumbung lokasi jika hujan lebat kena tempias saja.
Menurut beliau fasa selepas menanam keratan paling penting dijaga supaya akarnya berkembang elok bagi membolehkan pokok naik elok.
Nasi dagang memang ramai yang suka makan tapi tak tahu nak buat. Nampak macam susah saja nak tapi kalau ikut resipi Mozairina Mohd ini cara membuatnya taklah sukar.
Bahan memang nampak macam banyak tapi langkah untuk membuatnya ringkas saja. Bahan pun sebenarnya dah ada di dapur kita.
Katanya ini resipi ini dari ibunya yang berasal dari Dungun Terengganu dan ia versi paling mudah untuk dibuat. Menurut Mozairina, untuk buat nasi dagang ini yang penting adalah gulainya. Kena guna rempah dari Terengganu, barulah rasa nasi dagang yang ori.
TIP
Gunakan rempah cap Bunga Rose untuk buat gulai, rempah dari Terengganu boleh beli di Shopee
Gulai ikan ini boleh juga di makan dengan nasi kuning, pulut kuning atau cicah roti.
Nak pastikan nasi dagang ini sedap kenalah 2-3 kali cuba. Jangan putus asa, buat sampai jadi kena dengan selera.
Resipi ini untuk 10 orang makan
Cara buat gulai ikan tongkol
Bahan untuk ikan:
1 ekor ikan tongkol aya kurik- Kukus – letak 4 asam keping, garam.
Gula melaka- 2 kerek kecik
Cuka – untuk pejalkan ikan
Bahan lain:
Bawang merah yg besar 8 biji- blend
Bawang putih 4 ulas -blend
Lengkuas – 2,3 hiris – blend
Kunyit – 2,3 hiris – blend
Halia -1 ibu jari – blend
Cili kering yang siap dikisar -10 sudu besar ( lagi banyak lagi merah kuahnya)
Rempah kasar – kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih, bunga lawang.
Rempah gulai cap Bunga Rose – 4 sudu besar
Kerisik – 11/2 besar
Santan pekat – 2 cawan
Air ikan
Cili padi hijau(ikut suka nak letak berapa)
Nissan/gula melaka 2 kerek kecik
Cara membuat
Tumis rempah kasar.
Tumis cili kering sampai pecah minyak
Tumis bahan 1-5 (yang diblend sekali gus) sampai pecah minyak.
Letak rempah bunga rose bersama kerisik sampai pecah minyak. Letak nissan/gula melaka.
Letak air ikan yang dikukus tadi. Masukkan sekali asam keping dalam air rebusan ikan tadi.
Letak santan sampai kuah menggelegak.
Masukkan ikan
Masukkan cili api hijau.
TIP: Kalau ada belimbing buluh, letak belimbing buluh lagi sedap.
Cara buat acar
Timun sebelah – potong memanjang
Carrot sebelah. – potong memanjang
Cili merah sebiji -hiris
Bawang merah sebiji. – hiris
Gaulkan semua bahan dengan cuka, garam dan gula secukup rasa
Cara buat nasi dagang
Langkah 1
4 cawan beras basmathi
1 cawan beras pulut – cuci dan direndam 1 malam, tos dan kukus 20 minit.
Langkah 2
Angkat beras yang dikukus tadi.
Masukkan 3 cawan santan cair (1 cawan pekat, tambah air 2 cawan untuk jadikan santan air).
Masukkan garam 2 sudu kecil , gula 2 sudu sebatikan dalam santan cair tadi. Arungkan biar rata dan kukus semula selama 20 minit.
Langkah 3
Angkat beras yang dikukus tadi.
Masukkan 11/2 cawan santan pekat
Masukkan1 sudu kecil garam
Masukkan 1 sudu kecil gula
Masukkan bawang merah 3 ulas dihiris
Masukkan Halia 2 inci dihiris
Masukkan Halba 1 sudu kecil.
Langkah 3 ini terpulang nak kukus lagi atau tidak. Kalau nak tahan lama boleh kukus lagi 20 minit. Kalau nak terus makan, tak perlu kukus lagi.
Nasi dah cantik dan sedap dah secukup rasa. Makan nasi sahaja tanpa kuah pun dah sedap.
Tip : kalau nak wangi, letak beberapa helai daun pandan dalam kukusan.
Siap! Nak lagi feel bungkus nasi dagang dalam daun pisang
Salah satu tips kalau nak tanam pokok daun kari ialah potong pucuknya. Nak tau kenapa?
Tujuannya :-
1. Bagi mengelakkan pokok daun kari meninggi macam pokok tebu.
2. Bila dah potong pucuk, pokok daun kari akan merimbun ala-ala bongsai.
Tak percaya? Tengok la gambar pokok daun kari yang kami tanam.
Bila pokok kari meninggi, potong bahagian pucuk seperti yang ditandakan.
Hasilnya…
Tip lebatkan daun pokok kari
Bole juga letak air baja MSG untuk lebatkan daun pokok kari. Campurannya 1 sudu besar Ajinomoto + 1 liter air, kemdian sembur sekali seminggu pada pokok dan daunnya. Selepas tiga bulan akan nampak hasilnya, daun besar dan banyak.
Boleh juga praktikkan siram dengan air beras dan sisa dapur sebagai baja organik.
Ada cara senang buat apa ikut cara susah kan. Kalau teringin makan lemang dah tak perlu keluar beli atau susah payah bakar.
Sekarang ada saja cara kreatif yang lagi mudah dikongsi oleh netizen untuk menyediakan makanan tradisional ini.
Antara caranya adalah dengan memasak lemang menggunakan tin minuman. Cara memasaknya pula boleh menggunakan sama ada periuk tekanan, oven, pengukus atau masak dalam rice cooker saja.