Hobi & Minat

Tip Pokok Kesum Sentiasa Merimbun, Bila Dah Meninggi Kena Selalu Potong

Share

Ada yang tanam kesum tak menjadi walau dah beberapa kali cuba, tapi ada juga yang elok suburnya dan menjadi-jadi rimbunnya.

Sebenarnya nak tanam kesum kita kena faham keperluan tanaman ini, barulah hasilnya subur. Perkongsian Alin Lin boleh jadi rujukan supaya pokok kesum yang ditanam hidup subur merimbun sampai tak termakan sudahnya.

2 jenis kesum
Kesum adalah sejenis tumbuhan yang mampu hidup di dalam air tapi ia juga mampu hidup di atas tanah. Ada 2 jenis kesum sebenarnya, satu jenis kecil dan satu lagi jenis besar.

Jenis kecil memang suka tinggal di dalam air. Contoh dalam parit ia akan cepat membiak hidup subur tanpa baja. Kesum jenis besar pula sangat cantik jika di tanam atas tanah sebab kesum besar memang lebih tinggi dari kesum yg kecil.

Cari tanah yang lembap
Tanamlah kesum di kawasan atau di tanah yang lembap. Dulu-dulu mak kita tanam kesum di tepi tepi longkang. Sebab tepi longkang sejuk dan banyak air. Boleh juga tanam di tepi rumah laluan air hujan, kita panggil cucur atap.

Mana yang rumahnya keliling ada longkang laluan air hujan lagi bagus. Jika tiada cukuplah sekadar tepi rumah dimana tempat air hujan turun. Cuba korek sikit tanah ada nampak lembap tak di dalamnya jika ada dah boleh sediakan benih keratan kesum.

Tanam 3-4 batang dalam satu lubang
Bila kita jangan lah tanam sebatang-sebatang. Tanamlah sekurang-kurangnya 3 batang atau 4 dalam satu lubang. Jangan pula tanam seikat dalam satu lubang.

Siram pagi dan petang
Setelah tanam siram air pagi dan petang. Jika hujan, tak perlulah siram lagi sebab dah terkena air hujan turun.

Jangan cabut kalau nampak keratan hitam
Selepas beberapa hari antara 4 keratan yang kita tanam pasti tak semuanya hidup. Pasti ada yang mati (tapi kalau hidup semua alhamdulillah). Jangan cabut jika nampak keratan hitam. Biarkan saja dalam 10 lubang pasti ada yang jadi. Memang nampak macam kering atau mati tapi pasti ada yang jadi. Selagi keratan tak menyembah bumi selagi itu kita ada harapan.

Tanam keratan berpandukan ruasnya akar akan tumbuh pada ruas ruas tersebut. Tanamnlah dalam sikit tak mengapa. Pastikan tanam keratan kesum yang cukup tua, ia lebih senang untuk hidup.

Pokok kesum kena selalu potong baru tumbuh rimbun

Setelah pokok membesar setinggi paras lutut, pokok kesum harus dipotong. Jika tak termakan sedekah kepada jiran. Atau boleh buat 3 ke 4 peringkat, contoh minggu ini kita kerat selonggok atau senang cerita secekak.

Minggu depan potong lagi secekak, nanti nampak pokok kesum naik bertingkat-tingkat jadi taklah membazir. Jadi takdelah kita potong semua sekali gus takut esok lusa nak guna dah tiada daunnya.

Kenapa kesum perlu dipotong jika ia sudah tinggi dan mula rebah? Sebab kesum boleh mati kerana kita tak dipetik. Makin kerap kita potong makin banyak pokoknya dan nanti makin rimbun.

Semoga bermanfaat

Sumber: Alin Lin

 

Published by
VK