Asal tanam untuk makan sendiri tapi hasil penjagaan yang elok punyalah cepat pokok kucai ini membiak.Sudahnya kini dah boleh jual pula di pasar untuk tambah pendapatan.
Ini perkongsian Norsakinah Wahab yang menanam pokok sayur ini di sekitar rumah saja. Bagi yang nak cuba tanam boleh ikut cara yang dikongsi oleh beliau. Tak susah mana pun.
Tip tanam kucai supaya cepat membiak
Kucai kampung, asal tanam untuk makan sendiri. Makin lama makin membiak
Sekarang dah boleh jual kat pasar.
Tip tanam kucai
1. Media tanaman guna tanah top soil dan abu sekam padi
Ads
2. Tanam guna ubi dan saya hanya letak 3 ubi dalam polibeg 14×14.
3. Selepas sebulan ditanam daun kucai kena kerat. Kucai akan cepat membiak setiap kali dikerat.
Ads
4. Pokok kucai perlukan cahaya matahari pagi dan petang. Jika letak di tempat teduh kucai tidak akan membiak.
5. Siram pagi dan petang terutama jika cuaca panas.
Ads
6. Untuk pembajaan, letak baja tahi kambing atau baja kopi.
Bagi yang mahu mudahkan rutin seharian atau tak cukup masa untuk mengemas rumah boleh guna konsep minimalis ini. Lagi elok kita ikut cara Susun Atur Sioca ini, memang mudahkan kehidupan.
Kalau lihat kediamannya memang kosong kerana prinsipnya, tiada fungsi tak beli. Jika terbeli let go. Malah dek kerana prinsip ini juga dapur pun nampak kosong. Tapi pegangan ini memang mudahkan kehidupan malah menjimatkan. Boleh lihat perkongsian beliau ini.
Tiada fungsi tak beli, terbeli let go
Rumah saya ada empat bilik dan satu airwell. Saya bahagikan ikut bilik utama, bilik anak, bilik baju, bilik buku dan ruang dobi.
Bilik tidur hanya ada katil sahaja. Tak ada barang lain. Almari baju pun tak ada. Baju semua di’one-stop-centre’kan di bilik baju. Side table juga tak ada.
Bilik anak-anak juga begitu. Hanya ada katil. Meja belajar, buku-buku semua di’one-stop-centre’kan di bilik buku. Kalau nak belajar, kami akan berkumpul setempat dan bawa semua keperluan belajar, dah sudah, letak balik di bilik buku.
Bilik baju saya gunakan konsep baju tergantung. Dah bertahun guna konsep ni. Konsep ini sangat membantu menjimatkan masa para ibu dan isteri. Langkah dia semudah masuk baju dalam mesin, sidai guna hanger, angkut hanger ke tempat masing-masing di bilik baju, selesai!
Pakaian kecil-kecil masuk je dalam kotak tapi pastikan satu jenis satu ‘rumah’. Kain pelikat, kain batik, tuala tu kena lipat tapi easy peasy ja tu.
Bilik buku pula ada rak buku dan meja belajar. Itu sahaja. Nak bagi kemas, tersusun, efektif, sentiasa gunakan konsep SETIAP BARANG ADA ‘RUMAH’ SENDIRI. Jangan sekali-kali campur aduk bila kemas.
Ruang dobi saya letakkan di airwell rumah. Dia sebenarnya langit terbuka tapi kami tutup dengan zink lutsinar supaya hujan tak masuk tapi cahaya matahari boleh masuk. Di sini ada mesin basuh, ampaian, dan sedikit ruang untuk barang-barang stor contohnya cat, tangga dan lain-lain.
Dapur, ruang tamu, ruang makan pun sama. Ada perabot asas sahaja dan memang digunakan seharian. Kalau yang tak ada function, saya tak akan beli. Kalau dah terbeli, saya akan let-go. Semua perabot tak bertukar selagi tak rosak. Sebab tu kalau mai dulu dengan sekarang, itu jugalah rupanya.
Dinding semua kosong. Tak ada sebarang deko kecuali jam dan cermin. Saya tak rajin nak lap habuk kat bingkai-bingkai tu semua. Dulu pernah cuba nak hias-hias tapi tak kena dengan jiwa. Cabut balik, let-go semua.
Kat dapur je ada bingkai sebab nak tutup cela pada dinding (retak sikit sebab alih pintu toilet yang asal).
Rumah saya juga tak ada sebarang karpet kecuali satu pvc mat, meraikan tetamu yang lebih selesa duduk bawah.
Perjalanan minimalis saya ni entah bila mulanya. Tau-tau dah kosong je rumah. Adik saya cakap macam orang baru pindah.
Seronok. Lega. Tu perasaan saya dapat beritahu tentang journey ni. Banyak lagilah yang saya minimaliskan. Bukan rumah je, corak pemakanan, penjagaan seharian semua terkesan. Masih banyak perlu saya baiki. Masih banyak nak belajar. Kalau sempat saya kongsi di sini. Mana baik boleh jadikan tauladan.
Rumah dah cantik deko tapi tiba-tiba kat dinding penuh dengan kulat putih. Memang spoil. Tapi masalah kulat pada dinding ini banyak berlaku pada kediaman.
Kadang-kadang cat masih baru lagi, tapi dah naik kulat. Kalau mata dah sakit tengok dinding penuh corak putih ini boleh gunakan tip mudah ini untuk bersihkan dinding perkongsian daripada Zue Razak.
Tip hilangkan kulat pada dinding rumah
Bahan yang diperlukan
Air
Cuka
Cara-caranya:
1. Campurkan air dengan cuka. Cuka haruslah sama banyak dengan air.
2. Ambil kain dan lap. Lakukan sehingga kulat hilang.
3. Cara yang sama juga boleh dilakukan untuk hilangkan kulat pada almari kayu.
Kaum wanita memang peka sangat bab rawatan kulit wajah. Ramai sanggup habiskan ratusan ringgit untuk beli satu produk saja sama ada untuk cerahkan wajah, hilangkan jerawat atau untuk pastikan kulit wajah glowing.
Tapi daripada belanjakan beli produk sebegini, tak salah kalau kita cuba petua kecantikan paling mudah dan murah.Tambahan pula ramai yang mengatakan ia berkesan. Caranya adalah dengan membuat skrub wajah dari tomato dan gula.
Dikongsi oleh Queendalisyarina yang mengamalkannya sejak sekian lama ia berkesan untuk membantu masalah jerawat, mencerahkan kulit wajah, mengecutkan pori-pori dan membuang sel kulit mati.
Paling best katanya ia juga melambatkan kedutan halus dari muncul. Cerita beliau pada usia 44 tahun belum ada kedutan yang muncul pada wajahnya.
Bahan yang diperlukan
Tomato (belah dua)
Gula perang atau putih
Caranya
Cuma celup bahagian permukaan tomato yang di belah pada gula.
2. Kemudian gosok pada keseluruhan wajah. Gosok beberapa kali dan biarkan seketika.
Berita kanak-kanak maut akibat tercekik memang berlaku. Sama ada berpunca dari buah, makanan, duit syiling malah juga mainan. Terbaru ada anak yang meninggal akibat...