Antara pokok limau yang biasa kita tanam di rumah dalam pasu adalah limau kasturi. Banyak kegunaan di dapur jadi memang berbaloi tanam, harganya pun mahal.
Jika memang dah sedia tanam di rumah tapi buahnya kurang atau tak berbuah mungkin boleh praktikkan cara yang dikongsi oleh Muspirah Samat.
Hanya guna baja yang dibancuh sendiri menggunakan minuman probiotik dan telur hasilnya pokok berbuah limau kasturi lebat hingga tunduk dahan. Lagi menarik pokok juga berbuah sepanjang tahun katanya.
Tip pokok limau kasturi berbuah lebat sepanjang tahun
Tanam limau kasturi, berbuah sepanjang tahun. Lebat hingga menunduk batang. Dah macam padi pun ada. Makin berisi makin menunduk.
Banyak sudah yang dipetik buat makan, basuh ikan, gugur sebab terlebih masuk pun ada. Sekarang pokok ini keluar bunga baru pula. Alhamdulilllah syukur.
Ramai yang tanya tip yang dipraktikkan, caranya saya amalkan baja bancuhan sendiri menggunakan Yakult dan telur.
Cara bancuh:
1. Ambil sebotol Yakult dan bancuh dengan 2 biji telur. Peram bancuhan ini selama seminggu.
2. Cara penggunaan Air: baja Yakult nisbah, 5: 1 lebih kurang. Sembur awal pagi atau lewat petang.
Cara saya jaga pokok ikut masa yang ada, baja sebulan sekali. Selain baja Yakult, siram juga air beras, air basuhan ikan boleh juga guna semburan cuka kayu.
Selalu daun kari dijual dalam jumlah yang agak banyak. Kita nak pakai sikit saja dan biasanya lebihan daun ini terbiar saja sampai kering. Rugi pula rasanya.
Supaya tak membazir jika ada daun kari dalam jumlah yang banyak boleh simpan ikut tip yang dikongsi oleh Cik Rain ini. Daun kari yang disimpan dengan cara ini boleh tahan berbulan-bulan. Jangan bimbang aroma dan rasanya tetap kekal. Nak juga cara yang sama untuk simpan daun lain seperti limau purut, atau daun kesum.
Tip simpan daun kari supaya tahan lama
Caranya;
Ambil daun kari dan bilas dengan air untuk bersihkannya.
2. Kemudian lap daun ini menggunakan tisu dan balut dengan kertas (boleh guna kertas surat khabar). Simpan dalam peti sejuk.
3. Biarkan daun kari ini dalam peti sejuk selama seminggu kemudian buka. Waktu ini daun dah cukup kering. Bolehlah masukkan daun ini dalam botol kaca dan tutup ketat.
4. Warna daun kari ini akan kekal hijau dan jika nak guna dalam masakan boleh terus masukkan. Ia akan kembali jadi macam daun segar dan bau kari masih lagi harum.
Info: Ada yang keringkan daun kari dengan cara menjemur di bawah cahaya matahari tapi cara ini akan buatkan daun jadi warna coklat macam daun kering.
Baik bekerja atau masih belajar kebanyakan kita akan melakukan tugasan menggunakan komputer riba atau laptop. Untuk melancarkan kerja, sebolehnya laptop mesti dalam prestasi yang baik.
Jika prestasi peranti ini perlahan atau lembap, kerja kita pun jadi lambat. Kadang-kala bila dah perlahan sangat boleh buat kita hilang sabar.
Masalah laptop lembap ini kebiasaannya dikaitkan dengan ruang storan yang sudah penuh atau laptop tersebut telah ‘dijangkiti’ virus, spyware dan malware. Bagi yang sedang hadapi masalah ini boleh cuba tip mudah yang dikongsi oleh @dayangverycantik di TikTok untuk melajukan semula laptop.
Caranya buat 3 langkah ini;
1. Cuma tekan butang Windows & huruf R di keyboard. 2. Taip %temp% dan tekan OK 3. Select all file dan delete semuanya. Siap
Untuk lebih jelas boleh lihat video yang dikongsi oleh beliau.
Dah elok pilih ayam goreng yang besar saiznya waktu nak makan di restoren tapi bila dicarik nampak darah. Aduh, memang spoil selera! Kadang-kadang ketika kita goreng ayam di rumah pun berlaku kejadian ini.
Ayam yang kurang masak ini memang tidak elok untuk dimakan kerana ia akan menyebabkan keracunan makanan. Dikongsi oleh portal resipi RASA, berikut adalah panduan menggoreng ayam sempurna supaya tak berlaku kejadian ayam masih berdarah selepas diangkat.
Cara goreng ayam yang sempurna, elak berdarah
1. PERHATIKAN SAIZ AYAM
Jika tidak terlalu besar, boleh terus digoreng. Seandainya saiz ayam agak besar, anda boleh merebusnya terlebih dahulu sebelum digoreng.
2. MASAK DENGAN API SEDERHANA
Ketika panaskan minyak, anda boleh gunakan api besar. Kemudian segera kecilkan api ketika memasukkan ayam. Selepas 2-3 minit, kuatkan api ke sederhana dan teruskan goreng ayam sehingga masak.
3. GUNAKAN MINYAK YANG BANYAK
Minyak yang banyak dapat ‘merendam’ ayam dan membuat isinya masak rata. Jika mahukan hidangan lebih sihat, gantikan minyak masak biasa dengan minyak biji bunga matahari, kanola atau minyak jagung.
4. CUCUK DENGAN GARFU
Sebelum goreng ayam, cucukkan dengan garfu supaya isi ayam lebih mudah masak ketika digoreng.
5. BIARKAN SEKETIKA
Jika ayam disimpan dalam peti sejuk beku, biarkan ia lembut dengan betul sebelum digoreng. Ayam beku hanya akan masak di bahagian luar saja ketika digoreng sedangkan isi dalam masih mentah.