Antara pokok limau yang biasa kita tanam di rumah dalam pasu adalah limau kasturi. Banyak kegunaan di dapur jadi memang berbaloi tanam, harganya pun mahal.
Jika memang dah sedia tanam di rumah tapi buahnya kurang atau tak berbuah mungkin boleh praktikkan cara yang dikongsi oleh Muspirah Samat.
Hanya guna baja yang dibancuh sendiri menggunakan minuman probiotik dan telur hasilnya pokok berbuah limau kasturi lebat hingga tunduk dahan. Lagi menarik pokok juga berbuah sepanjang tahun katanya.
Tanam limau kasturi, berbuah sepanjang tahun. Lebat hingga menunduk batang. Dah macam padi pun ada. Makin berisi makin menunduk.
Banyak sudah yang dipetik buat makan, basuh ikan, gugur sebab terlebih masuk pun ada. Sekarang pokok ini keluar bunga baru pula. Alhamdulilllah syukur.
Ramai yang tanya tip yang dipraktikkan, caranya saya amalkan baja bancuhan sendiri menggunakan Yakult dan telur.
Cara bancuh:
1. Ambil sebotol Yakult dan bancuh dengan 2 biji telur. Peram bancuhan ini selama seminggu.
2. Cara penggunaan Air: baja Yakult nisbah, 5: 1 lebih kurang. Sembur awal pagi atau lewat petang.
Artikel berkait: Siram Dengan Air Bancuhan Telur & Yakult, Tip Tanaman Berbuah Lebat
Cara saya jaga pokok ikut masa yang ada, baja sebulan sekali. Selain baja Yakult, siram juga air beras, air basuhan ikan boleh juga guna semburan cuka kayu.
Selamat mencuba
Sumber: Muspirah Samat.