Pokok limau purut antara yang selalu ditanam di rumah memandangkan banyak kegunaan dari daun sampai ke buahnya.
Namun sering kali terjadi pokok limau tak lebat daunnya sedangkan itulah yang selalu digunakan. Nah guna tip yang dikongsi oleh Azhar Che Soh jika pokok di rumah begini keadaannya.
Ada rakan bertanya bagaimana nak buat pokok limau purut hasilkan pucuk baru/ daun baru tanpa pangkas rantingnya.
Katanya sayang nak trim, pokok masih kecil dan bimbang pokok mati. Nak hidup awal-awal dulu punyalah susah.
Di sini saya nak share sedikit petua yang diturunkan oleh nenek saya.
1) Bengkokkan ranting pokok limau tarik, hala ke bawah. Kemudian ikat guna tali, dawan atau gantung botol air mineral.
2) Siram air basuhan beras 2-3 kali seminggu.
3) Sembur air penggalak yang dibuat sendiri:
Cara penggunaan; campur 50ml dalam 1 liter air dan sembur pada pokok limau purut. Pastikan semua bahagian pokok kena semburan. Sembur awal pagi selepas penyiraman. Ulang kekerapan 2 kali seminggu. Bila tunas pucuk baru mula tumbuh, jangan sembur lagi.
Campuran ini juga boleh digunakan sebagai racun pencegah serangga perosak. Boleh juga diguna pada pokok timun, kacang, bendi, lada & terung. Dengan menambah cili, ditumbuk sama dan mencampur 1-2 titik pencuci pinggang dalam 1 liter campuran tadi. Sembur lewat petang selepas penyiraman.
Selamat mencuba.