Pokok cili antara yang selalu di tanam di rumah. Kita pun memang banyak guna cili masakan.
Masalah biasa bila tanam pokok cili ini adalah daunnya boleh jadi kerinting dan kemudian gugur. Puncanya adalah kehadiran serangga perosak di bawah daun.
Kalau berdepan masalah pokok cili begini, jangan biarkan atau cabut terus pokok cili. Ia boleh dirawat dan daunnya boleh pulih semula. Ada beberapa tip/petua yang boleh dipraktikkan.
Ads
1. Guna semburan air bawang putih
Caranya ambil 2 ulas bawang putih kemudian tumbuk halus. Campurkan dalam 400ml air. Masukkan dalam botol spray. Sembur pada daun sekali sehari. Dalam beberapa hari akan lihat daun pulih. Tip dari Pekasam Atok
2. Buang semua daun
Luruhkan semua daun pada pokok cili untuk buang serangga perosak dan elak menjangkiti daun lain. Nanti akan tumbuh tunas dan daun baru yang sihat. Tip dari Haspalela Abd Hamid
Ads
Ads
3. Siram dengan air garam
Ambil sebaldi air (saiz sederhana) dan campur dengan 3 sudu kecil garam (sudu KFC) garam. Bancuh dan jiruskan pada daun. Daun bergulung akan elok semula selepas disiram beberapa kali dengan air ini. Tip dari Dahlia Ayu Dahalan
Masalah singki tersumbat memang akan ‘spoilkan mood untuk memasak. Ada masa nak tak nak kena panggil plumber untuk selesaikan masalah ini. Kosnya lebih kurang RM250.
Supaya tak berlaku kejadian macam ini lagi sebaiknya kita buat langkah pencegahan. Boleh praktikkan tip yang dikongsi oleh Kamal Hamid. Tip ini katanya diperoleh dari pada seorang plumber.
Bagi penjagaan singki untuk elak tersumbat, sebulan sekali lakukan perkara ini;
1. Tutup lubang sinki dan tadah air dalam sinki semaksimum mungkin.
2. Bila air dah penuh sinki, lepaskan serentak.
3. Lakukan rutin ini sekurang-kurangnya sebulan sekali insya-Allah sinki susah nak tersumbat. Daya tolakan air yang kuat akan bantu flush semua kotoran dalam saluran. Cara ini juga lebih selamat berbanding guna, asid, peluntur, bikarbonat.
INFO
Ini adalah maintainance supaya singki tak tersumbat kalau dah tersumbat memang kena selesaikan dulu. Selepas itu lakukan tip di atas untuk elak kejadian berulang.
Selain itu sebagai langkah pencegahan gunakan juga penapis di corong singki supaya sisa makan tak masuk saluran paip.
Elak jadikan singki sebagai tong sampah untuk membuang sisa makanan, kuah, lemak ayam dan sebagainya, ini adalah punca singki tersumbat.
Masalah kelkatu yang menyerang pada malam mungkin kita anggap perkara biasa tapi sebenarnya menjadi petanda masalah besar pada kediaman.
Kehadiran kelkatu ini sebenarnya menjadi petunjuk kepada ancaman tersembunyi yang boleh membawa bahaya kepada rumah dan struktur bangunan.
Bahaya kehadiran kelkatu
Berikut adalah bahaya utama yang perlu diambil perhatian terhadap kehadiran kelkatu ini.
1. Asal usul anai-anai
Kelkatu adalah peringkat reproduktif anai-anai. Selepas sayap mereka tertanggal, kelkatu akan berjalan mencari tempat sesuai untuk membina koloni baru. Jika mereka berjaya menetap di kawasan rumah, koloni anai-anai yang baru mungkin akan terbentuk.
2. Serangan struktur kayu
Anai-anai adalah serangga pemakan kayu. Kehadiran mereka boleh menyebabkan kerosakan serius pada struktur kayu rumah seperti rangka pintu, perabot, atau lantai kayu. Kerosakan ini sering berlaku secara senyap tanpa disedari sehingga ia menjadi masalah besar.
3. Risiko kerosakan kos tinggi
Jika koloni anai-anai berkembang di dalam rumah, kos pembaikan boleh menjadi sangat mahal. Selain itu, anai-anai sukar dikesan pada peringkat awal, menyebabkan kerosakan lebih parah sebelum ia dikenal pasti.
4. Petunjuk persekitaran bermasalah
Kehadiran kelkatu biasanya menunjukkan kawasan rumah mempunyai kelembapan tinggi atau kayu yang telah rosak. Ini adalah persekitaran ideal untuk pembiakan anai-anai dan boleh menjadi masalah jangka panjang jika tidak diuruskan.
Langkah pencegahan
Kurangkan sumber cahaya pada malam
Kelkatu tertarik kepada cahaya. Tutup lampu luar rumah pada waktu malam atau gunakan lampu yang kurang menarik serangga.
Kawal kelembapan
Pastikan kawasan rumah sentiasa kering, terutamanya di sekitar lantai atau dinding kayu.
Pemeriksaan berkala
Periksa kayu rumah untuk tanda-tanda awal kerosakan seperti rekahan atau lorong lumpur yang dibuat oleh anai-anai.
Gunakan rawatan pencegah
Produk kawalan serangga atau perkhidmatan kawalan profesional boleh membantu menghalang serangan anai-anai.
Dengan mengambil langkah awal, fenomena kelkatu “datang terbang, balik jalan kaki” dapat dicegah daripada menjadi ancaman serius kepada rumah anda. Jangan abaikan tanda-tanda ini, kerana ia mungkin awal kepada masalah besar!
Sayur brokoli memang jadi kegemaran ramai, sebab ia rangup, enak dan banyak khasiat. Kalau ke pasar brokoli antara sayur yang mesti dibeli.
Tapi bila pulang dan bersihkan sayur ini kita mesti perasan pada permukaan gugusan brokoli yang hijau ada kesan putih seakan lilin.
Kita sendiri tahu untuk memastikan sayur-sayuran segar sudah pasti ada penggunaan bahan kimia dan racun digunakan.
Menyedari perkara ini, Salmy Saznira berkongsi cara yang dilakukan untuk membersihkan kesan putih pada brokoli agar kita tak lagi rasa was-was untuk menikmati sayur ini.
Warna putih seakan lilin
Dulu Kak Mie dan famili tak suka makan sayur brokoli ni. Tapi sejak akhir-akhir ni semakin minat pulak. Pendek kata tak leh nampak brokoli segar pasti nak angkut beli.
Kalau perhati betul-betul, atas gugusan brokoli ni ada warna putih-putih kelabu kan. Semacam lilin pun ada. Cuba alirkan air, pasti air tak boleh lalu ke dalam tu. Ada perasan tak?
Kebanyakan brokoli di tempat kita ni banyak yang diimport, nak bagi sayur segar sokmo bahan kimia bubuh situ.
Tu la Kak Mie cuba cari jugak cara nak bersihkan racun-racun tu. Alhamdulillah jumpa dah. Rasa bersih sikit la nak makan.
Bersih guna 3 bahan dapur ini saja
Caranya mudah jer. Guna semua bahan yang ada kat dapur.
Rendamkan brokoli dalam air cuka dan garam dalam 3-5minit. Lepas tu bilas bersih. Insya-Allah.
Cuba rujuk video kat bawah. Kak Mie ada buat eksperimen.
– Brokoli (kiri) sebelum direndam. – Brokoli (kanan) selepas direndam. Jelas nampak air boleh tembus masuk dalam gugusan brokoli (racun lilin dah hilang).
Tengok pokok mangga yang orang lain tanam berbuah lebat kita pun teringin tapi malangnya rumah tiada ruang pulak untuk bercucuk tanam.Berita baiknya adalah tiada...