Pokok cili antara yang selalu di tanam di rumah. Kita pun memang banyak guna cili masakan.

Masalah biasa bila tanam pokok cili ini adalah daunnya boleh jadi kerinting dan kemudian gugur. Puncanya adalah kehadiran serangga perosak di bawah daun.

Kalau berdepan masalah pokok cili begini, jangan biarkan atau cabut terus pokok cili. Ia boleh dirawat dan daunnya boleh pulih semula. Ada beberapa tip/petua yang boleh dipraktikkan.

IKLAN

1. Guna semburan air bawang putih

Tip Pulihkan Masalah Daun Pokok Cili Kerinting & Bergulung Tanpa Guna Racun

Caranya ambil 2 ulas bawang putih kemudian tumbuk halus. Campurkan dalam 400ml air. Masukkan dalam botol spray. Sembur pada daun sekali sehari. Dalam beberapa hari akan lihat daun pulih.  Tip dari Pekasam Atok

2. Buang semua daun

Luruhkan semua daun pada pokok cili untuk buang serangga perosak dan elak menjangkiti daun lain. Nanti akan tumbuh tunas dan daun baru yang sihat. Tip dari Haspalela Abd Hamid

IKLAN

Tip Pulihkan Masalah Daun Pokok Cili Kerinting & Bergulung Tanpa Guna Racun

3. Siram dengan air garam

Tip Pulihkan Masalah Daun Pokok Cili Kerinting & Bergulung Tanpa Guna Racun

Ambil sebaldi air (saiz sederhana) dan campur dengan 3 sudu kecil garam (sudu KFC) garam. Bancuh dan jiruskan pada daun. Daun bergulung akan elok semula selepas disiram beberapa kali dengan air ini. Tip dari Dahlia Ayu Dahalan

IKLAN

Selamat mencuba!

 

Selain itu:  Tip Pokok Sayur Subur, Gemuk & Lebar Daunnya. Tak Perlu Baja & Racun Kimia Cuma Guna 2 Tip Ini Saja
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI