Pokok cili antara yang selalu di tanam di rumah. Kita pun memang banyak guna cili masakan.
Masalah biasa bila tanam pokok cili ini adalah daunnya boleh jadi kerinting dan kemudian gugur. Puncanya adalah kehadiran serangga perosak di bawah daun.
Kalau berdepan masalah pokok cili begini, jangan biarkan atau cabut terus pokok cili. Ia boleh dirawat dan daunnya boleh pulih semula. Ada beberapa tip/petua yang boleh dipraktikkan.
Caranya ambil 2 ulas bawang putih kemudian tumbuk halus. Campurkan dalam 400ml air. Masukkan dalam botol spray. Sembur pada daun sekali sehari. Dalam beberapa hari akan lihat daun pulih. Tip dari Pekasam Atok
Luruhkan semua daun pada pokok cili untuk buang serangga perosak dan elak menjangkiti daun lain. Nanti akan tumbuh tunas dan daun baru yang sihat. Tip dari Haspalela Abd Hamid
Ambil sebaldi air (saiz sederhana) dan campur dengan 3 sudu kecil garam (sudu KFC) garam. Bancuh dan jiruskan pada daun. Daun bergulung akan elok semula selepas disiram beberapa kali dengan air ini. Tip dari Dahlia Ayu Dahalan
Selamat mencuba!