Ramai yang tanam pokok cili di rumah dan seringkali juga pokok cili ini rosak akibat dari tindakan kita sendiri yang terlebih meletak baja atau pun air. Masalah ini selalu dihadapi kalangan mereka yang baru belajar bercucuk tanam maklumlah belum mahir dengan sukatan dan penjagaan.
Antara tanda pokok cili terlebih baja dan air adalah daun kerinting, pucuk mati, atau putik cili rosak. Kalau nampak pokok cili ada tanda-tanda ini jangan biarkan, pokok boleh mati dan rugi terutama jika pokok cili sedang berbuah.
Pokok cili yang rosak ini masih boleh dirawat. Caranya dikongsi oleh Mohd Nor.
1.Buang semua dahan yang rosak dan daun.
2.Sembur kawalan perosak yang boleh membantu pertumbuhan pucuk seperti Strex, Brogard, Kitosan atau lain-lain jenama yang banyak di pasaran.
Ads
3.Jangan siram 2 ke 3 hari supaya medium kering sedikit dan letak di bawah panas matahari.
4.Hari ke 4 dan 5 siram dgn air biasa tanpa baja.
5.Hari ke 6 siram baja AB dengan kadar rendah (100ppm) untuk tempoh 5 ke 6 hari.
Ads
6.Kawal kelembapan tanah & kepekatan baja. Jangan terlampau teruja untuk membuahkan cili yang banyak sehingga merosakkan pucuk.
7.Kalau bunganya gugur tak lekat itu menunjukkan kurang baja, jadi tambahlah sedikit demi sedikit dan jangan sampai terlebih.
8.Bena putih biasanya menyerang daun-daun tua, jadi buang daun-daun tua lebih lebih lagi yang ada sebelah cili supaya kurang serangan perosak & cili dapat meresap baja sepenuhnya.
Ads
Info: Kalau di ladang mereka buang saja pokok yang bermasalah begini, sebab masih ada banyak pokok, tapi untuk kita yang tanam di sekitar rumah janganlah buang. Kita rawat sampai pulih, sekurang-kurangnya dapat juga belajar.
Dalam keadaan cuaca yang panas seperti sekarang ini, kita disarankan duduk di dalam rumah saja. Tapi masalahnya dalam rumah pun panas berbahang. Tak senang duduk dibuatnya.
Memang boleh pasang aircond tapi takkanlah sepanjang masa, nanti menangis tengok bil elektrik.
Tapi ada saja kaedah mudah dan murah untuk sejukkan kediaman. Dikongsi oleh Sapiah Mamat beliau memasang aluminium buble foil di bahagian siling untuk mengurangkan bahang dalam rumah. Hasilnya kediaman yang sebelum ini memang hangat kerana tinggal berhampiran laut kini sejuk. Malah tidur malam pun menggigil sejuk katanya.
Tip sejukkan rumah tanpa pasang aircond
Tak sia sia beli aluminium bubble foil kat Shopee. Segulung 40 meter tak sampai RM300 pun tapi boleh buat rumah jadi nyaman tak berbahang. Rumah Kak Piah ni dekat dengan laut, rumah pulak jenis rumah teres berhimpit so takde banyak angin boleh masuk dalam rumah.
Tingkap pun tak banyak, depan ada satu dan tingkap dapur ada satu, jadi panasnya memang terasa berbahang. Seawal jam 9 pagi dah terasa. Kalau malam pulak, jangan citer lah, tidur pasang dua kipas pun masih berpeluh. Kalau mak datang duduk rumah, selalu ngeluh cakap panas…panas…
Tapi selepas siap pasang aluminium bubble foil ni penuh satu rumah, tidur malam terasa gigil walaupun tak pasang aircond.
Sebenarnya aluminium bubble foil ni paling sesuai diletakkan kat dalam siling. Sewaktu tukang pasang bumbung rumah, elok letak aluminium bubble foil tu dulu sebelum pasang siling rumah.
Tapi oleh sebab rumah kak Piah ni dah siap, dah duduk “bersauna” berbelas tahun dah, jadi terpaksalah tampal dari dalam rumah. Kalau nak cantik, boleh tampal dengan wall paper pulak.
Nampak macam coklat Ferrero Rocher yang mahal tu, tapi bukan. Yang ini bebola kek coklat cheese ilham Iedaa Jahaya untuk anak-anaknya.
Tak guna bahan mahal sebab bahan utamanya cuma biskut Marie saja bersama coklat masakan dan cream cheese. Menarikkan! Cara membuatnya pun mudah, gaul dan sejukkan. Tak perlu bakar.
Nak cuba, ini cara membuatnya.
Bebola kek coklet bercheese dari biskut Marie
Bahan-bahan:
1 paket biskut Marie – perisa coklat atau asli ikut suka
250g cream cheese Tatura
Coklat masakan Berlys – 2 cawan
Gula aising secukupnya – jika mahu manis
Cara membuat
1. Kisar halus biskut Marie.
2. Gaul biskut bersama dengan krim cheese Tatura hingga sebati menjadi doh. Jika nak lebih manis boleh tambah gula aising.
3. Ambil sedikit doh dan buat bentuk bebola hingga habis. Ketepikan sekejap, Tak perlu bakar ya.
4. Cairkan coklat masakan guna kaedah double boiler.
5. Ambil bebola biskut dan golekkan dalam coklat cair supaya semua bahagian diliputi coklat.
6. Boleh juga taburkan badam yang dipanggang sekejap.
7. Selepas bebola dicelup dalam coklat cair, angkat dan letak dalam paper cup. Masukkan terus dalam peti sejuk untuk keraskan coklat.
Coklat dah keras boleh terus dimakan. Untuk kuantiti bahan di atas boleh dapat 50 biji biskut.
Penutup lubang air dalam tandas bila dah lama selalunya akan nampak kotor walaupun dah dicuci dan disental.
Nampak seperti tak dicuci pula walhal setiap minggu dibersihkan. Jika anda juga turut mengalami masalah yang sama seperti Faten Khalilah, boleh cuba tip yang beliau kongsi.
Katanya dia sudah cuba menggunakan pelbagai cara dan produk pencuci untuk membersihkan penutup lubang air ini tapi tetap nampak tak bersih.
Sehinggalah dia terbaca satu perkongsian yang berkongsi tentang tip pembersihan. Caranya cukup mudah, hanya sembur dengan cecair Magiclean.
“Tak perlu sental langsung hanya sembur cecair ini pada bahagian yang kotor dan hasilnya memang bersih dan puas hati.”
Bagi yang menghadapi masalah sama bolehlah cuba tip ini ya.
Gam gajah melekat pada jari selepas menggunakan gam gajah atau superglue biasa terjadi. Ia menimbulkan ketidakselesaan pada jari.Kesan gam ini pula susah nak tanggal...