Bila tengok rumah kawan, saudara yang kemas setiap hari kita tertanya-tanya macam mana diaorang buat. Walhal mereka ada anak dan bekerja juga. Hari-hari mengemas ke?
Sebenarnya untuk pastikan keadaan rumah kita, memang ada kerja-kerja rumah yang kita kena buat setiap hari untuk memastikan kekemasan dan kebersihan terjaga.
Sebagai panduan senarainya dikongsi oleh Anis Syuhada. Senarai ini menurut beliau adalah pesanan dari ibunya yang dipraktik sejak kecil hingga kini bagi memastikan keadaan rumah kemas dan bersih.
Pesan mak supaya rumah kemas & bersih sentiasa
Menjadi rutin Anis dari kecik lagi sebelum pergi sekolah ada beberapa kerja rumah Anis wajib buat.
Rutin setiap pagi ialah sapu sampah luar & dalam rumah, kemas tempat tidur & pastikan tiap bilik kemas, sidai kain & siram pokok bunga mak. Sampai ke tua juga la menjadi rutin Anis sehingga hari ini. Mak selalu pesan:
1. Sapu saja sampah walaupun tak nampak kotor. Nanti dalam penyodok kita akan nampak ada atau tidak sampah.
2. Sambil sapu tu kaih sekali sawang. Jangan menyapu macam orang tak dak mata atau tak dak tulang (menusuk ke sanubari pesan yang ini).
3. Lapik kaki luar atau dalam kena basuh. Jangan tunggu keras melekat kat lantai. Ya la nama lap kaki kalau dah kotor baik tak payah lap.
Ads
4. Kabinet kasut kena susun, jangan la selipar tinggal sebelah pun simpan, yang putus pun simpan. Sayang kena bertempat. Tapak kasut tu ketuk dulu jangan berselut terus susun.
5. Tong sampah cuci, yang ada depan rumah kalau tak cuci mengaum baunya. Selalu kalau detergent dah abis Anis selalu letak air goncang-goncang untuk cuci tong sampah lepas lori datag kutip sampah.
6. Tiap kali lepas masak cuci sinki wajib! Lepas masak terus kemas semula macam sebelum masak. Kalau malas nak kemas balik “toksah masak”.
Mak kami sangat utamakan kebersihan, kalau dia masak licin dapur dia kemas. Kalau cakap “kejap lagi buat la” maka kita akan murung dengar dia bebel lagi-lagi bila dia cakap ‘takpa biaq mak buat semua hangpa rehat tengok tv”. Elok je dia cakap tapi kita akan rasa berdosa seumur hidup🤣🤣.
Ads
7. Selepas masak juga wajib sapu, mop balik dapur sebab meminyak. Takde dapur yang bersih secara sendiri. Sebab rumah perlukan maintanance. Warna apa pun dapur kena rajin. putih melepak ke hitam melegam ke kelabu asap ke kuning ke kena bersih.
8. Penyapu penyodok kena basuh lepas guna. Ya la sapu sampah pun kalau penyapu sendiri bersampah rambut bergumpal kat hujung penyodok tebai 5 inci habuk macam-macam melekat tengok pun tak lalu.
Lepas basuh keringkan sangkut balik simpan dalam stor. Jangan letak kat lantai nanti bulu penyapu melentik bengkok.
Rumah mahal, barang cantik tapi kotor…
Ads
Tapi kan betul la apa yang mak pesan tu beri impak besar walaupun kadang kita rasa “alahhhh tu pun nak bagi tahu ke?”
Mak selalu cakap rumah kita paling penting bersih, barang lama pun tak mengapa. Kalau rumah mahal barang cantik tapi kotor pun tetap rasa tak lengkap. Sebab itu bila rumah kita bersih automatik cantik dan tenang.
Hari-hari ke buat semua kerja ni?
Ada juga yang tanya pukul berapa bangun nak buat semua kerja ni? Buat semua ini sambil-sambil bukan hari-hari wajib buat. Kalau dah biasa, jadi habit tak perlu bangun awal pun sebab rumah memng dah kemas.
Contohnya lepas masak cuci singki, tak sampai 10 minit siap, lepas sampah lori collect seminggu sekali cuci tong sampah bukan hari-hari kena bangun awal cuci pun.
Sejak penularan wabak virus Influenza & Novel Coronar kita digalakkan memakai topeng muka. Tapi bagi wanita bertudung nak mengenakan topeng muka ini sedikit masalah.
Sebab kebanyakannya jenis ear loop mask. Macam mana nak selit kat telinga kalau dah bertudung! Namun Elita Shafee berkongsi cara kreatif untuk wanita bertudung mengenakan topeng muka ini dengan mudah. Tak perlu selit pada telinga.
Beberapa minggu lagi anak-anak dah nak masuk sesi persekolahan baru. Waktu ini juga pihak sekolah dah minta sediakan macam-macam termasuklah gambar pasport anak.
Kalau ada seorang anak, boleh buat saja terus di kedai gambar tapi kalau ada sampai 3-4 anak banyak juga modal untuk buat ni. Untuk seorang anak 4 keping gambar saja dah RM16.
Satu hal lagi nak suruh anak posing ambil gambar pun masalah jugak. Terutama yang tadika tu. Jadi kalau nak jimat dan mudah kena rajin buat sendiri gambar pasport ini. Caranya di kongsi oleh Nana Ruzanna.
Ambil & print sendiri gambar passport anak
Sekolah pakat dah mintak gambar passport bebudak ni. Nana shoot dan print sendiri je. Print sehelai A4 boleh dapat 32 keping gambar passport. Kos tak sampai RM2.
Kalau buat kat kedai, 4 keping RM16. Kali 3 orang… Belum lagi kira mood bebudak ni ke laut. Bila buat sendiri, gambar pun lebih menepati citarasa. Jimat pun jimat.
Apa yang diperlukan
1. Smartphone.
Tak kisah brand apa pun asalkan mampu ambil gambar dengan resolusi yang cantik dan tak jemu mata memandang. Ewahh
2. Apps ID photo di hp/komputer.
Senang guna apps ni sebab background dan size semua kita boleh pilih. Tak payah korang nak cover dinding dah.
Selain guna apps di phone. Boleh juga guna PC seperti guide dan website di bawah ni. Encik abang Nana gigih buat video nak bagi ramai yang faham.
3. Printer dengan ink berwarna.
Tak kisah brand apa pun asalkan ada setting untuk glossy paper. Nana guna printer biasa je. Brand Epson.
4. Photo glossy paper
Boleh beli online Shopee, Lazada pun ada juga. Bawah RM10 boleh dapat untuk 20 keping. Murah je kan. Ingat, pastikan korang set glossy paper kat printer sebelum print ok.
5. Gambar anak
Nana snap gambar anak-anak semua pada waktu yang berbeza. Bergantung pada mood mereka pada ketika itu. Takpa, ambil masa untuk dapatkan hasil gambar terbaik. Tak puas hati, delete. Ambil balik. Apa ada hal. Ini kan kedai gambar korang yang punya. Open 24/7.
Akhir kata, selamat buka kedai gambar buat korang semua. All the best.
Masak nasi petang untuk makan malam, masak lebih untuk buat nasi goreng pagi esoknya. Tapi jadi frust bila bukak tudung periuk, nasi dah basi. Lagi geram kejadian ini berlaku berulang kali.
Bagi mengelakkan nasi basi hingga menyebabkan pembaziran boleh ikut petua dikongsi oleh Ida Shahida ini.
Punca nasi kerap basi
Tapi sebelum itu kena tahu, punca nasi basi ini adalah akibat periuk nasi tak dibersihkan dengan betul.Periuk nasi dibasuh tapi masih ada baki kotoran tertinggal, contohnya nasi melekat yang tak dibersihkan dengan betul.
Keadaan ini menyebabkan berlaku pembiakan bakteria dalam periuk yang jadi punca nasi kita cepat basi. Bagi memastikan ia tak berlaku lagi basuh periuk ikut petua ini.
Kena basuh periuk ikut cara ini
Cara kena basuh periuk nasi ini sebersih-bersihkan terutama jika nasi pernah basi di dalamnya dan dibiarkan lama. Caranya seperti berikut
1. Ambil periuk nasi bersama dengan tudung sekalu. Basuh bersih-bersih guna sabun. Pastikan tiada baki nasi melekat tertinggal.
2. Kemudian sediakan garam kasar 3 genggam penuh campurkan asam gelugur atau asam keping dalam 10 keping.
3. Masukkan dalam periuk tambah sedikit saja air supaya air garam dan asam dapat bersatu. Bersihkan periuk dengan tangan guna air garam dan asam keping selama 3-4 minit. Kemudian biar selama 15 minit.
4. Ulang 3-4 kali, buat pada tudung periuk sekali. Kemudian basuh periuk dan tudung dengan sabun dan bilas bersih.
5. Akhir sekali didihkan air dalam periuk tersebut selama 15 minit. Selepas itu buang air dan keringkan periuk.
Sekarang periuk nasi dah bersih dan kalau masak nasi insya-Allah tak basi walau lebih 24 jam. Jika berlaku lagi kejadian nasi basi, ulang langkah di atas supaya periuk kembali bersih.
Panduan tinggalkan kucing sendirian di rumah ini penting bagi yang memelihara banyak anak bulus dan akan meninggalkan mereka di rumah untuk pulang beraya di...