
Lauk ayam mentah memang wajib ada di dalam peti ais supaya senang untuk menyediakan hidangan terutama di bulan Syawal ini.
Cuma bila ayam mentah ini disimpan biasanya bila dikeluarkan untuk memasak ayam biasanya tak lagi segar. Tapi sebenarnya ada tip yang boleh dipraktikkan untuk kekalkan kesegaran ayam mentah ini seperti baru dibeli.
Berikut adalah tip yang dikongsi oleh Yani Hardinata Hairuddin
1. Asingkan kaki, kepala, hati, pedal dari daging ayam.
2. Potong ayam ikut kehendak lauk pauk.
3. Lumur dengan air campur sedikit garam.
4. Bilas dengan air bersih.
5. Toskan ayam dari lebihan air.
6. Masukkan dalam bekas kedap udara.
7. Letak di tempat beku.
8. 24 jam sebelum nak guna, alih ke chiller.
9. Ayam yang dikeluarkan akan sesegar hari anda membelinya.
Sumber: Yani Hardinata Hairuddin
Buat Langkah Ini Untuk Elak Kena Tag Video Tak Senonoh Di Facebook

Isi Kandungan
ToggleRamai kalangan rakan yang berkongsi status mereka terkena tag dengan video tak sepatutnya atau video tak senonoh. Bagi yang tak ikut perkembangan semasa mungkin ingat kita terbabit dengan aktiviti begini.
Supaya tak terkena situasi ini di akaun Facebook kita, ada cara yang boleh kita dilakukan. Langkah yang dikongsi oleh Cikgu Siti Suhaila ini boleh dipraktikkan terus.
Cara elak kena tag video tak sepatutnya
Rimas asyik kena tag dengan video yang tak sepatutnya? Buat step macam ni supaya kalau kita kena tag pun, post itu takkan terpapar kat wall kita selagi kita tak approve. Cegah sebelum terlambat.
Sekali semak wahh memang banyak sangat kena tag. Mujur dah bertahun setting gini. Macam-macam helah sekarang ni. Hati-hati.
1. Pergi ke bahagian Menu dan pilih Settings & Privacy dan klik.
2. Pilih Settings
3. Klik Profile Settings
4. Klik Profile and tagging
5. Perhatikan bahagian Reviewing seperti gambar.
6. ‘On’ kan 2 bahagian ini. Ia membolehkan kita menilai dulu post yang ditag sebelum muncul di profile kita.
Dah tau cara, kena buat kat FB masing-masing ya.
Sumber: Cikgu Siti Suhaila
Nak Buka Akaun Tabung Haji Anak Buat Online Lagi Mudah, Sekejap Dah Setel. Ini Caranya

Setiap anak sebaiknya ada tabungan atau simpanan dan paling bagus mulakan dari kecil. Salah satu tempat menyimpan yang biasa dilakukan adalah Tabung Haji.
Sekarang juga nak buka akaun untuk anak lebih mudah. Boleh dibuat melalui online saja. Tak perlu dah ke kaunter dan beratur lama.
Cara untuk daftar online boleh ikut perkongsian Areefah Ahmad ini.
Cara buka akaun Tabung Haji anak secara atas talian
Baru lepas bukak akaun anak secara atas talian (online), kemudian sekejap ke pergi activate di cawangan.
Call customer service pun tak perlu tunggu berjam-jam untuk jawab. Pihak TH guide macam mana nak bukak akaun anak under pemegang akaun Official : Lembaga Tabung Haji. Ni nak share, mudah je.
1. Log masuk apps Thijari atau link https://www.thijari.com.my
2. Pilih ‘pembukaan akaun kanak-kanak’ macam dalam printskrin 1. Isi details lengkap dan submit.
3. Once dah siap hantar, akan terima emel pengesahan.
4. Pergi ke cawangan yang dipilih, bawa;
– Surat beranak anak & salinan
– MyKid anak & salinan
– IC pendaftar (ibu/bapa) & salinan
– Deposit akaun pembukaan (Minima RM10, dan kalau RM1,310.00 boleh terus daftar haji)
* Bagi anak yang lahir 2021 dan tak ada MyKid lagi, bawak surat beranak saja.
5. Daftar di kaunter, siap. Tak sampai 5 minit pun untuk sahkan dokumen.
Semalam buat di IFIC – Islamic Financial Services Center, Putrajaya tak ramai orang pun. Laju je. Boleh walk-in.
Boleh check status dan akaun anak dalam apps Thijari.
INFO
Sekarang dah tak dapat buku akaun TH. Kalau tengok dekat resit no giliran tu, ada tulis senarai bank yang boleh linked dengan TH. So untuk cash in or cash out boleh guna bank-bank yang dalam senarai (Bank Islam Malaysia Berhad, Bank Rakyat, Maybank, CIMB Malaysia)
Untuk ‘linked’ ke Maybank2u, bukak maybank2u.com.my > apply > services > Link Tabung Haji Account.
Nak tengok jumlah duit dalam akaun boleh tengok bahagian Wealth.
Untuk transfer online, tekan pay & transfer > Tabung haji.
Semoga bermanfaat
Sumber: Areefah Ahmad
Jika Kereta Ditenggelami Air Banjir, Jangan Buat Satu Perkara Ini Supaya Kos Baiki Kenderaan Dapat Dikurangkan

Hujung dan awal tahun kebiasaannya banyak negeri akan dilanda banjir. Bezanya antara bah besar atau kecil saja.
Ada yang sempat menyelamatkan harta benda tapi ramai juga terpaksa melihat barang-barang terharga ditenggelami air termasuklah kereta.
Boleh jadi kerana air naik terlalu cepat hingga kereta tak sempat diselamatkan ke tempat yang tinggi. Jika keadaan begini berlaku, ada beberapa tip yang boleh dilakukan oleh pemilik kenderaan yang ditenggelami air untuk meminimumkan kerosakan dan kos membaiki kereta.
Tip ini adalah berdasarkan pengalaman pemilik kereta yang mengalami kejadian kereta ditenggelami air.
Tip jika kereta ditenggelami air banjir
Sebelum tenggelam
- Jika kenderaan memang tidak boleh dibawa ke tempat yang lebih tinggi dan ekzos kenderaan masih belum ditenggelami banjir, maka sumbatlah lubang ekzos tersebut dengan sesuatu yang padat dan kalis air. Contohnya menutupnya dengan plastik.
- Cabut terminal bateri kerana kita tidak tahu berapa lama kenderaan akan dibiarkan tanpa dihidupkan. Biasanya musibah banjir berlarutan berhari-hari malah ada yang lebih seminggu.
- Selamatkan barang-barang yang dirasakan penting terutama yang mudah rosak akibat air. Pendek kata, selamatkan semua yang boleh diselamatkan kerana banjir bukanlah air biasa, tetapi air berlumpur.
Ketika tenggelam
- Kenderaan yang sedang ditenggelami banjir jangan dihidupkan enjinnya terutama apabila air banjir mulai menutup ekzos kenderaan dan bahagian enjin. Juga, jangan sesekali cuba untuk memandu meredah banjir.
Setelah banjir surut
- Selepas banjir telah surut, jangan hidupkan enjin! Ini pantang besar yang tidak boleh dilakukan jika kenderaan ditenggelami air.
- Gunakan khidmat lori tunda untuk ditunda kereta ke bengkel yang dipercayai. Komponen utama seperti enjin dan transmission mungkin akan rosak. Sama ada rosak banyak atau rosak sikit.
- Enjin mungkin tak perlu overhaul, sekadar flush minyak enjin beberapa kali. Namun jika enjin dihidupkan semasa atau selepas banjir surut, maka enjin akan mengalami kerosakan yang lebih parah.
- Bagi sistem transmisi kereta jenis manual, maka prosesnya sama macam enjin. Flush minyak beberapa kali sampai tiada air di dalamnya. Perkara ini akan diberitahu oleh mekanik. Mungkin perlu 3 hingga 5 kali flush atau mungkin lebih.
- Tapi bagi kereta sistem transmisi jenis auto, mungkin ada masalah yang lebih besar. Kemungkinan perlu melalui proses overhaul atau lebih teruk dari itu iaitu tak dapat diselamatkan. Atau terpaksa menukar gear box baru. Harap-harap tidaklah sampai macam itu.
- Sistem elektornik kereta mungkin boleh diselamatkan, cuma kesannya akan nampak dalam masa yang panjang.
- Kusyen kereta pula memang akan kotor dan berbau. Ia perlu dicuci biasanya, pihak bengkel akan tawarkan juga khidmat cuci kenderaan dan kusyen khas akibat banjir.
- Khidmat cuci kenderaan akibat banjir ni memang mahal harganya sebab semua kerusi akan dibuka dan dicuci dengan teliti. Akan tetapi selepas siap dicuci, bau tidak menyenangkan tetap akan ada. Terpaksa bersabarlah dengan bau tersebut lebih kurang sebulan.
- Mengenai kos pembaikan, ia sangat subjektif. Bergantung kepada tindakan kita semasa banjir sama ada kita hidupkan enjin atau tidak. Jika enjin kereta dihidupkan, maka kos pembaikan akan menjadi tinggi kerana komponen enjin boleh banyak rosak.
- Jika enjin tidak hidupkan enjin, maka mungkin kosnya tidaklah begitu tinggi. Selain itu ia juga bergantung kepada jenis kenderaan.
Semoga urusan pemilik kereta yang mengalami musibah ini dipermudahkan.