Selalu daun kari dijual dalam jumlah yang agak banyak. Kita nak pakai sikit saja dan biasanya lebihan daun ini terbiar saja sampai kering. Rugi pula rasanya.
Supaya tak membazir jika ada daun kari dalam jumlah yang banyak boleh simpan ikut tip yang dikongsi oleh Cik Rain
ini. Daun kari yang disimpan dengan cara ini boleh tahan berbulan-bulan. Jangan bimbang aroma dan rasanya tetap kekal. Nak juga cara yang sama untuk simpan daun lain seperti limau purut, atau daun kesum.Caranya;
2. Kemudian lap daun ini menggunakan tisu dan balut dengan kertas (boleh guna kertas surat khabar). Simpan dalam peti sejuk.
3. Biarkan daun kari ini dalam peti sejuk selama seminggu kemudian buka. Waktu ini daun dah cukup kering. Bolehlah masukkan daun ini dalam botol kaca dan tutup ketat.
4. Warna daun kari ini akan kekal hijau dan jika nak guna dalam masakan boleh terus masukkan. Ia akan kembali jadi macam daun segar dan bau kari masih lagi harum.
Info: Ada yang keringkan daun kari dengan cara menjemur di bawah cahaya matahari tapi cara ini akan buatkan daun jadi warna coklat macam daun kering.
Sumber: Cik Rain