
Kalau beli daun pandan selalu dibungkus dalam jumlah yang banyak. Nak guna cuma sehelai dua saja.
Selebihnya kita simpan saja dalam peti hingga akhirnya kering. Supaya tak membazir boleh simpan dengan cara yang dikongsi oleh Dla Amaya ini. Cara ini daun pandan akan kekal segar sampai berbulan-bulan.
Cara simpan daun pandan agar tahan lebih lama & kekal segar
• Bersihkan daun pandan
• Potong pendek pendek
• Masukkan dalam plastik kedap/ tupperware
• Simpan dalam peti ais sejuk beku (bahagian freezer)
Daun yang disimpan dalam freeze ini baunya masih kuat dan kekal hijau walau dah berbulan bula.
Nota : Serai dan juga daun-daun lain pun boleh disimpan cara ini.
Sumber: Dla Amaya
Tanam Pokok Pandan Dalam Baldi Pun Menjadi, Ini Tip Supaya Daun Segar & Subur

Isi Kandungan
ToggleDaun pandan memang banyak kegunaan di dapur jadi elok sangat kalau tanam sepokok dua.
Tak perlu pasu atau polibeg, guna saja baldi lagi senang terutama kalau nak alih. Cara inilah digunakan oleh Ku Nur Huda.
Benihnya cuma dari keratan pokok pandan ada berakar yang dibeli di pasar. Caranya boleh ikut langkah di bawah, mudah saja.
Cara tanam pokok pandan dalam baldi
Pokok pandan hasil semai keratan pokok yang dibeli di pasar. Saya tanam dalam baldi yang ada tanah dan ada air. Caranya;
1. Sediakan benih keratan pokok pandan yang ada akar.
2. Ambil baldi dan masukkan tanam tapi jangan penuh baldi. Separuh pun dah ok. Tak perlu buat lubang pada baldi.
3. Kemudian tuang air hingga paras lebih daripada tanah. Siap! Insya-Allah pokok pandan hidup subur.
4. Cara ini tak perlu siram lagi tapi kena air tukar paling tidak 3 hari sekali untuk elak jentik-jentik.
Tip
- Untuk elak air bertakung banyak dalam baldi boleh juga tebuk lubang bahagian atas baldi separas dengan tanah.
- Tanam pandan cara ini tak perlu baja tapi akan tetap subur.
- Bagi mengelak pembiakan jentik-jentik boleh letak seulas atau dua ulas bawang putih dalam baldi.
- Guna air hujan, pokok pandan lagi cepat besar.
Semoga bermanfaat.
Sumber:Ku Nur Huda
Baki Limau Jangan Biar Kecut Di Rak Peti Sejuk. Simpan Begini Supaya Tahan Lama, 3 Minggu Pun Elok Lagi

Biasa dalam peti sejuk di rumah mesti ada terselit di bahagian rak baki limau nipis atau limau purut yang kecut dan kering. Guna sehiris kemudian baki tak tahu nak simpan macam mana jadi kita letak begitu saja dekat rak peti sampai kecut.

Lepas ini boleh guna cara yang dikongsi oleh Yatie Eimra untuk simpan baki limau yang tak habis digunakan. Harga limau pun mahal, rugi kalau dibiarkan kering macam tu saja.
Cara simpan limau nipis supaya tak kecut dan membazir
Limau nipis ni kalau tak habis guna, selalunya sampai jadi kering dalam fridge kan. Sekarang ni barang banyak yang dah naik harga. Apa kata simpan macam ni lak untuk elak pembaziran.
Saya memang simpan baki limau nipis dalam freezer begini sebab tahan lama & tak membazir. Caranya;
- Lepas potong sikit bahagian yang nak guna, terus potong untuk kegunaan lain kali juga. Lagi mudah kalau buang biji terus.
- Letak dalam bekas (sebaiknya yang bertutup) & simpan dalam freezer (bahagian sejuk beku).
- Bila nak guna, cuma ambil bahagian yang nak guna & biarkan kejap pada suhu bilik. Kalau nak cepat, rendam kejap dalam air panas sebelum guna. Setel.
Baki limau nipis dalam bekas tu dah 3 minggu, saya sengaja simpan untuk tunjukkan masih elok je lagi.
Semoga bermanfaat
Sumber: Yatie Eimra
Tip Mudah Hilangkan Panau Pada Wajah Atau Pun Badan. Guna Cara Semula Jadi

Kalau berpeluh jangan basuh muka atau mandi! Ini antara pesanan mak kita sejak kecil dulu, supaya tak terjadi masalah panau.
Tapi hakikatnya masalah ini tetap terjadi hinggalah kita dewasa masih ada yang kena panau.
Kalau kena pada badan ok lagi, tapi kalau panau kena pada wajah memang boleh menjejaskan penampilan.
Petua menghilangkannya secara tradisional!
Selain daripada ubat panau yang ada di pasaran, boleh juga cuba cari semula jadi. Ini antara petua yang dikongsi oleh netizen untuk hilangkan panau.
1. Bawang putih
Bawang putih boleh digunakan untuk menghilangkan panau kerana ia bersifat anti kulat dan caranya, hanya perlu sapukan ia pada kawasan bertompok yang dijangkiti.
2. Yogurt
Yogurt merupakan agen yang sangat bagus dalam mematikan kulat lantas menjadikannya sangat berkesan menghilangkan panau dengan hanya menjadikan yogurt ini sebagai masker.
3. Limau & kapur
Limau dan kapur adalah bahan alkali yang mampu meneutralkan kadar pH pada kulit yang mungkin boleh menghilangkan panau.
Caranya juga adalah mudah iaitu campurkan sahaja limau dan kapur ini kemudian titiskan atau sapukan ia pada kawasan yang terjejas.
4. Mentega, serbuk kunyit & serbuk cedana
Bahan-bahan yang sangat terkenal dalam petua penjagaan kulit ini boleh juga digunakan untuk menghilangkan panau pada kulit anda.
Caranya, sila campurkan bahan-bahan ini menjadi masker sama seperti yogurt dan tampalkan ia pada kawasan yang dijangkiti panau.
Info Panau
Menurut info daripada Hello Doktor kulit berpanau boleh terjadi disebabkan oleh jangkitan kulat jenis genus Malassezia. Tapi puncanya bukanlah sebab mandi selepas berpeluh. Kepercayaan ini adalah tidak benar kerana tiada kajian yang menyatakan panau boleh berlaku akibat perkara ini.
Sebaliknya, terdapat beberapa perkara yang boleh menjadi punca kepada jangkitan kulat pada kulit seperti:
-Kulit berminyak
-Kerap berpeluh
-Sistem imun tidak kuat
-Cuaca panas dan lembap
-Selalu memakai pakaian yang lembap atau basah
-Kurang menjaga kebersihan diri
-Kelenjar adrenal telah dibuang
Sumber: Hellodoktor