Mesti ramai peniaga nasi lemak atau kuih yang menggunakan daun pisang. Salah satu masalah yang bila menggunakan daun ini adalah cara nak simpan daun pisang ini supaya tahan lama.
Tambah pula kalau kita beli dalam jumlah yang banyak. Salah cara simpan nanti cepat rosak, rugi pula.
Bagi memastikan daun pisang ini kekal segar ada cara yang boleh dipraktikkan. Tanpa simpan dalam peti ais pun ia masih tahan lama, caranya dikongsi oleh Darma Sukma Sukma.
Hari ini saya nak kongsi cara simpan daun pisang agar terus segar hijau tanpa letak dalam peti ais. Caranya;
1. Pertama sekali potong daun pisang dengan sedikit pelepahnya rujuk gambar yang dibulatkan). Daun yang dipotong tanpa tinggalkan sedikit pelepahnya akan cepat kuning.
2. Susun kemas, gulung, ikat dan balut dengan surat khabar.
3. Isikan sedikit air dalam bekas (agak-agak terendam pelepah). Kemudian bungkus kemas dengan plastik.
Daun yang saya simpan ini dah lebih 10 hari, masih cantik dan segar lagi.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Darma Sukma Sukma.