
Tip Simpan Daun Salad Agar Tahan Lama. 3 Minggu Pun Daun Masih Elok & Segar.
Salad antara sayuran yang selalu kita beli untuk dijadikan ulam atau diletakkan dalam sandwich. Cuma jadi masalah daun salad ini tak boleh disimpan lama, biasanya bertahan dalam seminggu saja sebelum jadi lembik.
Tapi ada satu tip yang dikongsi oleh Nur Fitriyana bagi membolehkan daun salad ini tahan lebih lama. Dua hingga tiga minggu pun daun salad masih elok segar.
Cara simpan daun salad agar tahan lama
1. Basuh daun salad, tak perlu keringkan kan.
2. Sediakan bekas dan tisu dapur, susun salad dalam bekas dan alas menggunakan tisu kering setiap lapisan daun salad.
3. Tutup bekas dan simpan dalam peti sejuk. Salad yang disimpan dengan cara ini boleh bertahan 2-3 minggu, daunnya kekal elok dan segar.
Selamat mencuba.
Sumber: Nur Fitriyana
Sebelum Melawat Rakan Baru Bersalin, 10 Perkara Ini Kena Tahu

Isi Kandungan
Toggle
Bila dengar rakan baru bersalin kita memang teruja nak pergi melawat. Tapi perlu diingat juga bilangan bayi yang dimasukkan ke hospital semakin bertambah akibat jangkitan kuman dari orang dewasa yang melawat mereka.
Oleh itu jangan terlalu gembira apabila melawat sanak saudara atau rakan taulan yang baru melahirkan anak. Bagi sedikit privasi kepada ibu dan anak.
Anak yang dilahirkan tidak mempunyai daya tahan yang kuat. Mudah mendapat jangkitan kuman.
Si ibu pula jangan rasa bersalah untuk menghalang mana-mana individu menyentuh anak mereka. Kita tidak tahu mungkin di antara mereka yang sedang membawa kuman berbahaya.
Jadi bagi yang hendak melawat rakan atau saudara yang baru melahirkan anak, menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad ada 10 pantang larang yang perlu mereka tahu dan ikut demi kebaikan si kecil.
1. Jangan cium bayi
Lihat dan senyum pada bayi sudah cukup menunjukkan kita sangat gembira. Kebarangkalian untuk kita menyebarkan virus kepada bayi sangat tinggi jika kita mencium bayi.
2. Jangan sentuh bayi
Mengusik pipi juga sudah cukup untuk menyebarkan virus kepada kulit bayi. Tadi di tandas, ada basuh tangan guna sabun tak sebelum nak sentuh bayi?
3. Jangan ikut kalau tak sihat
Bila demam atau rasa tidak sihat, tak perlulah datang melawat bayi. Jangan ambil kesempatan nak melawat bayi lepas pergi klinik sebab demam. Bila demam dan selsema, rehat sajalah di rumah. Kesian jika bayi pula yang demam dan selsema.
4. Jangan lama-lama bila melawat
Jangan bawa makanan seperti mahu berkelah. Bayi pun mahu menyusu setiap dua jam. Ibunya mungkin mahu rehat dan tidak larat bila ramai yang melawat dan berbual lama. 30 min sudah mencukupi. Lebih sejam, sudah lama sangat.
5. Jangan datang tiba-tiba
Beritahu bila ingin datang. Jangan datang secara tiba-tiba kerana si ibu mungkin sedang berehat, membersihkan diri dan bayi mungkin baru tidur.
6. Bersihkan diri
Cuci tangan atau gunakan ‘hand sanitizer’ sebelum masuk bilik di mana bayi ditempatkan. Ini mengurangkan risiko jangkitan kuman sebab kebanyak jangkitan kuman adalah melalui sentuhan.
7. Elak guruan sensitif
Jauhkan dari komen yang tidak sedap didengar walaupun dengan niat bergurau. Siibu sedang kepenatan dan mungkin lebih sensitif terhadap komen-komen negatif.
8. Jangan wangi sangat
Tak perlu guna wangi-wangian yang menyengat. Ia mungkin mengganggu ibu dan bayi.
9. Jangun kejutkan bayi yang sedang tidur
Bayi yang baru lahir memerlukan waktu tidur yang lama. 12-14 jam.
10. Doakan dan hulurkan sumbangan
Sebelum balik, hulurlah sedikit sumbangan pada ibu sebagai tanda gembira dan ucapkan tahniah. Paling baik berdoalah depan si ibu untuk kesihatan dan keselamatan bayi. Semoga si anak menjadi manusia yang taat, sihat dan berbakti.
Semoga bermanfaat.
Sumber:Dr Zubaidi Hj Ahmad
Cara Betul Bedakkan Bayi Lepas Mandi Supaya Tak Beri Kesan Pada Paru-paru Anak

Isi Kandungan
Toggle
Sudah jadi rutin kebiasaan kaum ibu sejak dari dulu lagi tabur bedak pada bayi selepas mandi.
Kalau tak buat macam tak lengkap pula dan ada juga yang membuat tanggapan ibu yang tak ‘membedakkan’ bayi adalah ‘ibu pemalas’.
Tapi sebenarnya ramai ibu tak tahu penggunaan bedak pada bayi tidaklah digalakkan sebab ia boleh menimbulkan kemudaratan terutama buat bayi yang mempunyai masalah berat badan kurang.
Malah sebelum ini juga ada syarikat pengeluar jenama barangan bayi yang disaman akibat bedak yang digunakan dikatakan menjadi punca seorang wanita mengalami kanser ovari.
Namun untuk anak kecil, kesannya berbeza. Baca perkongsian daripada Dr Zubaidi Hj Ahmad tentang risiko penggunaan bedak pada bayi.
Elok ke guna bedak pada bayi?
Ramai para ibu yang menggunakan bedak pada bayi mereka selepas dimandikan. Tujuannya agar bayi menjadi lebih wangi, lebih segar dan bagi mengelakkan ruam pada kulit.
Namun begitu saya mencadangkan agar menggunakan bedak bayi dengan cara yang betul. Jika tidak bedak bayi boleh mendatangkan kemudaratan.
American Academy of Pediatrics tidak menggalakkan penggunakan bedak bayi kerana ia boleh mendatangkan masalah berkaitan dengan pernafasan.
Ramai para ibu yang tidak menyedari hal ini. Mereka tidak menyedari jika digunakan dengan banyak boleh menyebabkan bayi terhidu bedak ini.
Bahaya terhidu berterusan
Bedak merupakan partikel yang kecil dan halus seperti debu. Jika terhidu (walaupun sedikit) secara berterusan setiap hari, ia boleh menyebabkan batuk, selesema malah menyebabkan paru-paru mudah berlendir.
Terutama jika bayi mengalami masalah seperti berat badan yang kurang ketika dilahirkan, lahir pramatang, mengalami masalah pernafasan akibat masalah jantung dan paru-paru sejak lahir.
Malah ada kalanya bedak bayi boleh menyebabkan alahan pada kulit bayi kerana bedak itu memerangkap peluh pada kulit. Jika tidak dibersihkan segera ia akan menyebabkan bayi mengalami ruam dan rasa gatal.
Walaupun bedak bayi digunakan bertujuan untuk mengurangkan ruam dan alahan, ia harus digunakan dengan betul. Pilih bedak bayi yang sesuai.
Cara guna bedak yang betul
- Pilih bedak bayi yang tidak memiliki bau yang terlalu kuat.
- Jangan menepuk-nepuk bedak bayi menggunakan kapas atau puff powder, kerana dapat membuat partikel bedak berterbangan dan boleh menyebabkan senang masuk ke dalam rongga pernafasan.
- Bila bedak bayi menyebabkan kemerahan dan rasa gatal pada bayi, atau menyebabkan bayi mengalami selsema dan batuk, hentikan penggunaannya.
- Banyak lagi cara mengurangkan ruam pada bayi seperti menggunakan pakaian yang longgar dan lembut, dan perbaiki pengudaraan dalam bilik menggunakan kipas.
Kulit bayi sememangnya sangat lembut dan wangi. Mengapa perlu diletakkan bedak lagi?
Semoga bermanfaat.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Guna Campuran Air Barli & Beras Setiap Hari. Hasilnya Kulit Wajah Jadi Cerah, Lembut & Senang Mekap!

Isi Kandungan
ToggleWalaupun pelbagai produk penjagaan wajah dijual di pasaran, tetapi ada juga yang menggunakan petua tradisional untuk mendapatkan hasil yang halus dan mulus.
Seperti perkongsian dari pengguna laman sosial Aya Zuki yang menjadikan barli sebagai rejim perawatan kecantikan wajah.
Menurutnya dia memakai hari-hari dan hasilnya kulit jadi sangat halus dan mulus.

Bukan saja senang dibuat tetapi bahan dapur seperti beras dan barli yang digunakan juga selamat.
Tambah Aya Zuki, barli mempunyai banyak khasiat terutamanya bagus untuk menjadikan kulit lebih cerah, anjal dan awet muda.
Bahan-bahan:
1. Segenggam beras – dibasuh dulu
2. Garam
3. Barli
Step 1:
1. Basuh beras dulu selepas itu toskan air dan goreng tanpa minyak sampai beras kering.
2. Setelah kering, masuk dalam pengisar kering
3. Kisar beras bersama garam sampai halus
4. Fungsi garam adalah untuk matikan kuman dan nyahkan jerawat.
Step 2:
1. Kisar barli sampai halus seperti beras.

Step 3:
1. Campurkan kisaran barli dan beras dan biar hingga sekata. Tambahkan sedikit air.
2. Kemudian sapu/scrub perlahan-lahan pada kulit wajah dan badan.
3. Untuk yang ada masalah jerawat teruk jangan scrub di kawasan berkenaan. Cukup sekadar tepek sahaja.
4. Bagi kulit yang tidak ada jerawat, boleh gosok perlahan-lahan di kawasan sekitar.
5. Kemudian cuci dan rasai hasilnya kulit rasa bersih dan licin sangat! Serta wajah jadi cerah dan berseri-seri.
6. Tip, tidak ada masalah pakai lama atau biarkan hingga esok pagi kemudian barulah dicuci bersih.
Kelebihan lain:
– Kulit jadi lembut
– Menghilangkan masalah ‘blackhead’ dan ‘whitehead’
– Kulit jadi licin dan untuk mekap pun wajah jadi ‘smooth’
– Mencerahkan kulit
– Buang sel-sel kulit mati dan wajah jadi berseri-seri lepas scrub
– Mengelakkan masalah jerawat
Artikel berkait:
Kelebihan Guna Air Bancuhan Beras Untuk Kulit Cerah & Flawless
Wajah Breaktout Sembuh Lepas Amal Masker Tepung Pulut Petua Nenek
Petua Buat Air Barli Turunkan Kolesterol & Berat Badan