Ketika ini setiap kereta yang dibeli akan disertakan dengan dua kunci remote atau kunci kawalan jauh. Kebiasaannya kita hanya menggunakan satu saja kunci ini dan satu lagi disimpan hingga kadang-kadang habis bateri.

Jadi masalah bila mahu menggunakannya kunci gantian ini sewaktu kecemasan kerana bateri ‘kong’. Sebenarnya menurut perkongsian Wan Abdullah ada cara yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan keadaan ini berlaku.

Jelas beliau sekiranya hanya menggunakan satu kunci remote dan satu lagi disimpan pastikan kunci yang disimpan itu sudah diaktifkan POWER SAVING MODE supaya tidak kehabisan.

Ads

Tip Simpan Kunci Kereta Spare Supaya Bateri Remote Tak ‘Kong’. Kena Aktifkan Power Saving Mode

Cara untuk mengakifkannya adalah seperti berikut;

1. Tekan butang LOCK dan hold.
2. Tekan butang UNLOCK 2 kali.
3. Pastikan LAMPU LED WARNA MERAH yang sebesar bintik itu BERKELIP 4 KALI.

Ads
Ketika dalam mode ini;
  • Remote tidak akan transmit signal (Kereta tak akan detect remote walaupun remote dibawa berdekatan kereta).
  • Remote akan meminimumkan penggunaan kuasa bateri.

Cara aktifkan semula remote hanya tekan saja mana-mana butang pada remote tersebut

Ads

INFO:
Dalam buku manual, dikatakan jangka hayat bateri remote lebih kurang 2 tahun sahaja.

Semoga bermanfaat.

Selain itu:  Tengah Pandu Kereta, Objek Melayang Tutup Cermin Depan. Jangan Terus Tekan Brek! Ini Yang Perlu Dilakukan
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI