Ketika ini setiap kereta yang dibeli akan disertakan dengan dua kunci remote atau kunci kawalan jauh. Kebiasaannya kita hanya menggunakan satu saja kunci ini dan satu lagi disimpan hingga kadang-kadang habis bateri.
Jadi masalah bila mahu menggunakannya kunci gantian ini sewaktu kecemasan kerana bateri ‘kong’. Sebenarnya menurut perkongsian Wan Abdullah
ada cara yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan keadaan ini berlaku.Jelas beliau sekiranya hanya menggunakan satu kunci remote dan satu lagi disimpan pastikan kunci yang disimpan itu sudah diaktifkan POWER SAVING MODE supaya tidak kehabisan.
1. Tekan butang LOCK dan hold.
2. Tekan butang UNLOCK 2 kali.
3. Pastikan LAMPU LED WARNA MERAH yang sebesar bintik itu BERKELIP 4 KALI.
Cara aktifkan semula remote hanya tekan saja mana-mana butang pada remote tersebut
INFO:
Dalam buku manual, dikatakan jangka hayat bateri remote lebih kurang 2 tahun sahaja.
Semoga bermanfaat.