Nak pakai sebiji dua saja tapi kalau beli di pasar raya ada yang dah siap pek dalam jumlah banyak. Sudahnya baki terbiar kering atau busuk.
Sudah limau kasturi, lemon yang kita beli tak membazir boleh ikut tip yang dkongsi Siti Fatimah Abas ini. Cara ini berbulan-bulan boleh simpan.
1. Potong dua limau yang nak disimpan supaya mudah nak perah nanti.
2. Kemudian perah, guna tapis untuk asingkan biji.
3. Dah dapat secawan
4. Sudukan ke dalam bekas kiub ais.
5. Simpankan dalam peti sejuk beku semalaman supaya betul-betul beku.
6. Esoknya dah boleh keluarkan dan simpan dalam bekas. Bila nak guna senang, cuma ambil seketul dua yang perlu untuk masak.
Nak guna untuk buat teh o limau, sambal belacan ambil saja.
Selamat mencuba!
Sumber Siti Fatimah Abas
Cara Buat Seri Kaya Homemade. Tiada Pengawet, Manis Pun Boleh Kurangkan Bila Buat Sendiri
Selain jem atau mentega kacang, sapuan seri kaya juga memang sedap makan dengan roti. Buat pulak roti bakar, berkeping-keping pun boleh kita hadap.
Seri kaya ini memang ada yang segera dalam tin tapi kita juga boleh buat sendiri. Kelebihan buat sendiri selain boleh sesuaikan rasa manis, ia juga tak gunakan sebarang pengawet atau bahan kimia lain. Bagi yang nak cuba, boleh ikut perkongsian Norimah Rahman.
Buat sendiri seri kaya untuk sapuan roti
Bahan untuk gula karamel:
1 cawan gula
1 cawan air panas
Bahan lain:
3 biji telur gred B
1 cawan gula (boleh kurangkan kepada ¾ cawan jika tak mahu manis)
Secubit garam
1 kotak santan 200ml
1 cawan gula
1 cawan air panas
2 sudu besar tepung jagung (saya guna tepung custard, dibancuh dengan sedikit air dan kacau hingga sebati)
Cara membuat:
1. Sediakan guna karamel terlebih dahulu, caranya masak gula hingga keperangan kemudian tutup api. Terus masukkan satu cawan air panas dan buka api semula.Kacau gula sampai cair semuanya. Padamkan api, biarkan seketika.
2. Satukan satukan telur, gula, garam dan esen vanila. Blend semua bahan ini hingga gula hancur.
3. Panaskan semula gula karamel tadi, kemudian masukkan bahan blend dan kacau sebati.
4. Masukkan santan yang telah dicampur dengan bancuhan tepung jagung tadi.
5. Kacau hingga pekat dan berkilat, gunakan api perlahan. Sentiasa kacau supaya tak hangus.
6. Tutup api bila sudah pekat, sejukkan sebelum disimpan. Serikaya ini boleh tahan sehingga 2 minggu jika disimpan dalam peti ais.
Resipi ini menurut Puan Norimah adalah perkongsian dari Haji Mamak.
Selamat mencuba
Sumber: Norimah Rahman
Cara Baiki Soket 3 Pin Yang ‘Terkulai’ Akibat Tapak Skru Patah, Bahaya Jika Dibiarkan
Antara kerosakan yang selalu berlaku di rumah adalah soket 3 pin ‘terkulai’ atau terkeluar dari dinding akibat tapak skru patah.
Kalau soket ini terletak di tempat yang senang dicapai anak-anak memang membahayakan terutama jenis yang suka explore.
Jadi sebaiknya kita baiki. Caranya boleh ikut tutorial yang dikongsi oleh Ezmel Ghazali. Taklah susah mana pun untuk dibaiki soket ini, boleh buat sendiri tanpa perlu upah orang.
Cara baiki soket 3 pin yang terkulai akibat tapak skru patah
Bahan yang diperlukan
Langkah 1
Tebuk lubang pada tempat ‘tapak skru’ asal yang patah dan pasangkan wallplug plastik.
Langkah 2
Dapatkan skru panjang 4 inci.
Langkah 4
Pasang skru pada wallplug.
Siap
Nota: Kepala skru sebaiknya cari yang kecil. Jika dah terpasang, tampal dengan tape untuk elak kejadian tak diingini sebelum ganti dengan yang sesuai.
Sumber: Ezmel Ghazali
8 Cara Halau Lipas Dari Rumah Tanpa Racun, Guna Bahan Dapur Saja
Lipas memang binatang yang perlu kita halau dari rumah. Ia penuh dengan kuman kerana sifatnya yang suka dengan sampah dan kekotoran.
Cara kita menghalau lipas biasanya bila nampak lipas kita ambil penyembur dan sembur. Mati seekor, tapi yang lain macam mana?
Kita kena nyahkan koloni ini dari rumah. Caranya boleh guna cara ini. Semula jadi tapi boleh buat lipas menjauhi rumah dan mati.
1.Daun pandan
Koyakkan atau hiris nipis daun pandan dan letakkan di kawasan yang banyak lipas seperti dalam laci atau kabinet.
Lipas akan lari selepas membau daun pandan, dan tak akan membiak lagi di rumah anda.
2.Buah Pelaga dan Kulit Kayu Manis
Ambil beberapa biji buah pelaga dan tumbuk sedikit dengan kulit kayu manis. Letakkan di kawasan yang tersorok dan gelap dan bau daripada bahan tersebut juga akan dapat menghalau lipas pergi dari situ.
3.Lemon
Hiris nipis sebiji lemon dan letakkan di tempat gelap yang selalu ada lipas, macam kabinet atau laci. Selain daripada menghalau lipas, lemon juga akan menyegarkan bau kabinet dan laci anda.
Bila lemon tu dah kering, gantikan dengan lemon yang baru je lah!
4.Daun Bay
Daun bay juga boleh digunakan untuk menghalau lipas. Ambil beberapa helai daun bay dan tumbuk hingga halus. Lepas tu, taburkan daun tu di kawasan yang ada lipas.
5.Baking Soda (Sodium Bikarbonat) dan Gula
Campuran kedua-dua bahan ni boleh membunuh lipas. Gunakan nisbah 1:1, dan letakkan campuran tu di kawasan yang banyak lipas.
Gula akan menarik lipas untuk memakan, dan baking soda pula akan membunuhnya. Boleh letak dalam kabinet jauh dari capaian anak-anak kecil.
6.Serai Wangi
Lipas memang bencikan bau wangi! Jadi anda boleh siatkan beberapa batang serai dan letakkan di bahagian yang selalu ada lipas.
Bau dari serai wangi akan memastikan yang lipas tak akan datang lagi ke situ.
7.Timun
Yang ni sangat mudah sebabnya bila nak makan timum, selalunya kita akan buang bahagian pangkal dan hujung timun tu kan?
Lepas ni, jangan buang lagi, dan gunakan untuk menghalau lipas. Letak je di tempat yang anda rasa ada lipas.
8. Air Sabun
Air sabun ni bagus juga sebab satu, lipas memang tak suka bau wangi, dan dua, air tu boleh membunuh lipas.
Caranya, letakkan air sabun dalam botol spray dan bila nampak lipas terus sembur je atas dorang.
Selalunya lipas akan cepat mati kalau kena sembur dengan air sabun sebab lubang pernafasan lipas akan tertutup.
Banyak saja cara untuk halau lipas ni dari rumah, waktu duduk di rumah ini bolehlah praktikkan ya. Takdelah satu rumah kecoh bila nampak lipas.