Santan segar yang dibeli memamh kena simpan dalam peti ais supaya tak basi. Tapi boleh jadi juga bekalan elektrik di rumah terputus. Kadang-kadang dari pagi sampai ke petang.
Supaya santan yang disimpan tak basi bila bekalan elektrik ini terputus boleh gunakan cara ini untuk memastikan ia kekal elok. Tip ini dikongsi oleh pakman3390
dalam akaun TikTok beliau.Menurut beliau cara ini membolehkan santan tetap segar selama 2-3 hari walaupun disimpan di luar peti sejuk.
1. Masukkan santan dalam satu bekas kemudian letak ais sampai menutupi semua santan.
2. Kemudian tuang sedikit air dan tambah lagi ais.
3. Selepas itu terus tabur garam halus di atas ais tadi.
Fungsi garam halus ini untuk ais tahan lama. Boleh biarkan saja santan dalam ais ini dan ia akan kekal elok di luar peti ais selama 2-3 hari.
@pakman3590 #tips #tipsmenyimpan #santansegar #resepipakman #kemahirandapur #tipshidup ♬ Cute Funny Song – Bruno Portinho Trilhas para filmes