Beli udang mahal-mahal kemudian simpan dalam peti tapi lepas seminggu tengok dah pun lembik dan hitam.
Ini antara masalah bila nak menyimpan stok makanan laut terutamanya udang.
Tapi ada tip yang boleh dipraktikkan untuk memastikan udang yang disimpan kekal segar, manis dan tidak berubah jadi warna hitam malah teksturnya pun masih pejal seperti baru dibeli. Tip ini dikongsi oleh Noor Hafiza Mohamad.
Tip simpan udang supaya kekal segar, tabur gula!
Ada pelbagai petua untuk simpan seafood antaranya rendam dalam air dan frozenkan.
Ads
Tapi ada satu lagi cara mudah yang boleh dipraktikkan. Caranya tabur gula!
Udang contohnya paling cepat jadi hitam dan lembik selepas kita keluarkan dari peti sejuk beku.
Untuk elakkannya, selepas masukkan udang dalam bekas tabur gula di atasnya. Kemudian barulah disimpan dalam freezer (ruang sejuk beku).
Ads
Udang yang disimpan tak perlu dicuci dulu ya untuk kekalkan kesegarannya. Sama juga dengan ikan, sotong dan ketam.
Ini keadaan udang setelah lebih 2 minggu, tekstur udang masih sama macam baru beli.
Ads
Bagi ketam dan sotong pula, simpan macam biasa saja tapi pastikan dalam bekas supaya tak bertindih.
Selalunya bila tuai pokok serai, bahagian daunnya akan kita potong dan buang. Rugi rupanya bila dibuang.
Daun serai ini ada kegunaan tersendiri terutama untuk kesihatan dan kesegaran tubuh badan. Menurut Hasmie Harun daun serai yang dipotong ini boleh dikeringkan dan dibuat air rebusan untuk mandian herba yang menyegarkan tubuh. Caranya turut dikongsi oleh beliau.
Daun serai jangan buang, masih berguna!
Alhamdulillah. Tuaian hanya separuh rumpun sahaja. Saya nak share tentang kegunaan daun serai.
Daun serai jangan dibuang. Kalau ada sauna atau yang rajin mandi daun herba mahupun bertangas boleh guna kembali daun serai yang dipotong ini. Caranya;
Waktu tuai serai ambil sekali daunnya. Kemudian potong separuh, bahagian bawah untuk kegunaan memasak manakala daunnya jangan dibuang.
2. Simpul daun serai seperti gambar kemudian keringkan di bawah matahari (daun serai kena keringkan untuk hilangkan ‘miang’ daun).
3. Bila sudah kering simpan dalam peti ais. Bila nak guna untuk mandi herba, ambil seikat dan rebus (boleh juga rebus sekali dengan daun pandan untuk lebih wangi)
4. Bila letak dalam peti ais, bau pun harum saja. Daun serai yang disimpan begini boleh tahan berbulan-bulan lamanya.
Info ekstra
Daun serai yang dipotong ini juga boleh dibuat sungkupan. Potong-potong dan letak atas batas tanaman untuk lembapkan tanah dan bila hancur boleh jadi baja.
Kasut elok lagi tapi tapak pulak tertanggal. Ada juga yang tapak kasut lekang bahagian depan dan tepi. Ini antara yang selalu terjadi bila dah lama pakai satu-satu kasut.
Selalunya kita akan hantar saja kedai kasut untuk repair masalah ini. Tapi sebenarnya kalau kita nak baiki sendiri pun boleh saja. Asalkan tahu cara dan gam yang sesuai untuk digunakan.
Sebenarnya elok juga kalau tahu skill ini, kalau kasut tercabut tapak, lekang boleh baiki sendiri saja lepas ni. Caranya boleh ikut panduan yang dikongsi oleh Muhammad Faris Abdullah.
DIY baiki kasut tertanggal tapak
Hari ni saya ingin berkongsi tips gam kasut. Kasut anak saya dah lama tanggal. Sebab apa saya gam kasut sendiri dan tak hantar ke cobbler?
Sebab tukang kasut busy katanya kena tunggu sebulan siap banyak order. Saya juga suka DIY tukang sendiri je. Gam je pun bukan suruh bina rumah.
Tapi gam kasut kena ada cara dan teknik. Salah pakai gam kasut tak tahan lama sekejap je tanggal. Gam kasut pakai gam jenis Contact Adhesive (CA).
Gam ini dia berbeza dengan gam super glue 3 second. Gam CA ini macam “getah”. Sesuai untuk gam kasut. Gam super glue dia keras tak sesuai mudah tanggal.
Bahan: Gam Dunlop Kuning. Nak pakai yang putih pun ok ada yang kata putih lagi bagus. Atau nak pakai gam kasut search je kat Shoppee “shoes glue” pun sesuai cara pakainya sama. Boleh klik SINI untuk link Shopee.
Cara gam
1) Bersihkan tapak permukaan kasut jangan ada pasir atau kotoran. Pastikan kering jangan basah. Jangan berminyak.
2) Sapukan gam pada kedua dua bahagian kasut. Tapak dan Kasut. Kalau ada berus lagi bagus saya pakai kayu je. Pastikan sapu pada kedua dua bahagian jangan sebelah saja nanti tak jadi! Berbeza dengan gam 3 second kalau pakai gam 3 second dia letak di satu bahagian saja.
3) REHATKAN KASUT SELAMA 30 MINIT! BIAR GAM KERING. JANGAN TERUS SAMBUNG NANTI TAK JADI! GAM KALAU BASAH DIA BERSINAR. KALAU DAH KERING NAMPAK DIA KERING.
4) Selepas gam kering (30 minit), gabungkan kedua-dua permukaan.
5) Biarkan selama 24 jam sebelum dipakai. Jangan pakai sebelum 24 jam biar dia kering dan kuat.
6) Selepas 24 jam baru kasut ready untuk dipakai boleh tahan 6-12 Bulan bergantung kepada penggunaan.
Ngam. Ingat gam kasut tak sama dengan gam superglue. Gam superglue keras dan mudah tanggal. Gam kasut ini Contact Adhesive. Kenyal elastik dan kalis air. Gam kalau tak habis boleh simpan dalam store jangan pergi sedut pulak!
Bagi mereka yang mengalami masalah penglihatan, cermin mata menjadi keperluan utama bagi yang tidak mahu menggunakan contact lens atau kanta lekap.
Namun jika sudah lama digunakan, ada kalanya cermin mata akan mengalami kesan calar tanpa disedari.
Bagi mereka yang mahu berjimat untuk tidak membeli yang baru, boleh gunakan cara dikongsi Rosie Zam untuk menghilangkan kesan calar pada cermin mata.
Cara hilangkannya mudah saja dan anda boleh lakukan tak sampai seminit. Hasilnya memang menakjubkan.
Menggunakan bahan sama juga boleh digunakan untuk hilangkan kesan calar pada jam tangan.
Hilangkan Kesan Calar Pada Cermin Mata
Bahan diperlukan:
Kertas tisu
Ubat gigi
Tuala kering
Cara membuatnya:
1. Ambil kertas tisu sapukan sedikit ubat gigi.
2. Gosokkan pada kesan calar di cermin mata atau jam anda.
3. Kemudian bersihkan dengan menggunakan tuala kering.