Bagi yang bercucuk tanam selalu akan mencari baja terbaik untuk memastikan tanaman subur. Ramai yang sanggup keluarkan belanja sedangkan ada saja bahan di rumah yang boleh digunakan.
Salah satu yang paling terbaik untuk tanaman adalah air basuhan beras. Rugi sungguh kalau dibuang begitu saja. Ada banyak sangat kandungan dalam air beras yang berguna untuk tanaman.
Ushawan tani Faiz Kebun AB Goncang berkongsi manfaat air beras untuk tanaman selain memberi panduan cara siraman menggunakan air beras ini. Ya, untuk menggunakan air basuhan beras ini juga ada caranya. Jika tersilap boleh menjejaskan tanah dan tanaman
✅ Berfungsi sebagai baja organik.
✅ Mengandungi kandungan nitrogen, fosforus, kalium (NPK) dan mineral lain yang bagus untuk tanaman, tetapi dalam jumlah yang sedikit.
✅Kaya dengan kandungan kanji/karbohidrat/glukosa/gula yang bagus untuk tumbesaran bakteria baik di dalam tanah & akan membantu proses penguraian kompos/nutrien oleh mikrob tanah supaya nutrien dapat dibekalkan kepada pokok dalam bentuk yang mudah diserap oleh tanaman.
✅Boleh menggantikan baja, sekiranya baja dah habis. Namun, pembajaan seperti biasa adalah perlu untuk tumbesaran pokok yang kuat dan sihat.
2. Jika menggunakan air yang sedikit untuk membasuh beras & ia terlalu pekat, perlu ditambah dengan air biasa semasa disiram pada pokok kerana air basuhan beras yang pekat bersifat asidik/masam dan akan menjejaskan pH tanah.
3. Siram pada tanah atau boleh juga keseluruhan pokok sebanyak 1-2 kali seminggu.
4. Elak siram pada waktu tengah hari kerana daun pokok akan ada kesan terbakar akibat kejutan perubahan suhu yang mendadak.
5. Air basuhan beras boleh juga disimpan selama 2 hari untuk mendapatkan lebih banyak kandungan kanji yang baik untuk mikrob tanah, namun pastikan ia dicampur dengan air biasa terlebih dahulu sebelum disiram pada pokok.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Faiz Kebun AB Goncang