
Isi Kandungan
ToggleStok bawang kisar antara yang kena ada dalam peti sejuk untuk mudahkan kerja memasak. Tapi satu masalah bila buat bawang kisar ini terutama dalam kuantiti banyak, iaitu bila dah lebih seminggu disimpan ia akan bertukar warna seakan warna ungu.
Supaya ini tak berlaku, bawang kisar ini tahan lama dan tak berubah warna boleh praktikkan tip yang dikongsi oleh Zahiruddin Al Amin Zainuddin.
Tip bawang kisar tahan lama, tak bertukar warna
Saya nak share ilmu sikit dekat akak-akak luar sana. Sebab haritu saya tengok satu post akak ni tanya, kenapa bawang blend naik warna ungu.
Tip nak buat bawang blend (bawang kisar) supaya tahan lebih lama, boleh tahan sampai 1-2 bulan. Jika letak dalam freezer lagi lama. Jangan risau, warna dia tetap bersinar-sinar, tak berubah.
Caranya,
1. Kisar bawang holland bersama minyak masak sahaja.
2. Selepas kisar masukkan dalam bekas dan tambah lagi minyak masak secukupnya.
INFO: Jangan campur air, sebab ia akan menyebabkan bawang bertukar warna dan tak tahan lama.
Selamat mencuba.
Sumber: Zahiruddin Al Amin Zainuddin.
Pesan Guru Ini Kalau Mahu Anak Cepat Pandai Menulis Bukan Bagi Kertas & Pensel Tapi Buat Aktiviti Ini!

Isi Kandungan
Toggle
Mak dan ayah mana yang tak mahu anak cepat menulis. Jadi satu kebanggaan bila jika anak pada usia seawal tiga atau empat tahun sudah mampu melakukannya.
Kalau ini yang mak ayah inginkan, maka kita memang kena bantu anak. Selalunya kita akan beri anak pensel dan kertas pada mereka untuk dibiasakan.
Pada pemikiran kita ibu bapa inilah asasnya, walhal hakikat sebenar untuk melatih anak cepat menulis bukanlah dengan cara ini.
Sebaliknya menggunakan kaedah latihan yang langsung tak kita jangka kesannya. Gumpal kertas, guna gunting, mengcop dan sebagainya.
Inilah yang dikongsi oleh seorang guru pendidkan awal kanak-kanak Puan Ashikin Hashim
Aktiviti ini bantu skill menulis anak
Nak ajar anak pandai menulis? Bukan dengan bagi kertas & pensel ya mak ayah. Bukan bagi worksheet banyak-banyak.
Habis tu???? Nak buat macam mana ya?
Siapa nak tahu, sila angkat tangan.
Gambar-gambar di bawah adalah aktiviti untuk menguatkan tangan dan bahu anak-anak.
Masa anak baby dulu, ada skipped merangkak tak? Mungkin sesetengah anak tiada masalah bila skip merangkak but some do have problems. Seperti tidak mempunyai otot tangan dan bahu yang kuat. Jadi anak tak nak menulis, penat menulis.
Ini hanya sebahagian aktiviti. Banyak lagi aktiviti kuatkan tangan dan bahu yang boleh meningkatkan skil menulis anak. Google banyak lagi aktiviti lain.
Lepas tu rajin-rajin bagi anak berlari, melompat, memanjat, main bola – supaya otot-ototnya semua bekerja. Hadkan penggunaan gajet :
Ashikin Hashim 🙂
Early Childhood Practitioner


Kalau Tanam Petunia Tapi Asyik Layu, Ini Mungkin Sebabnya. Kena Tahu Cara Penjagaan Yang Betul

Isi Kandungan
ToggleRumah yang laman ada tanam pokok petunia ini memang akan berseri. Sebab itu ramai yang cuba tanam. Cuma masalahnya pokok bunga ini senang layu.
Bagi yang ada menanam petunia dan berdepan masalah yang sama boleh jadi penjagaan yang dilakukan kurang tepat. Ini tip penjagaan yang betul untuk pokok bunga petunia, perkongsian Kebun2u.
Kenapa petunia asyik layu, ini sebab yang perlu anda tahu
Lalu lalang rumah kak Senah merimbun sungguh bunga petunia. Berseri-seri sungguh. Sedap mata memandang. Sungguh memukau.
Petunia sebenarnya adalah salah satu tanaman gantung yang paling popular dan banyak diminati oleh pencinta bunga-bungaan. Sebelum itu, jom kita semak semula apa yang perlu dilakukan sebelum dan selepas dalam penjagaan pokok kesayangan ini.
Berikut adalah beberapa tip penjagaan penanaman pokok bunga petunia.

1. Memerlukan cahaya matahari penuh
Pokok bunga petunia memerlukan cahaya matahari 80%-100% untuk menghasilkan bunga yang banyak. Kalau diletakkan bergantungan di gajaj kereta, pastikan terkena dengan cahaya matahari. Jika tidak, alamat tidak berbunga lah dia
2. Penyiraman yang tidak berlebihan
Pokok bunga petunia tidak suka di siram terlalu kerap/banyak kerana akan menyebabkan akar pokok berkulat. Sebaiknya, waktu penyiraman pada sebelah pagi dan di kawasan pangkalnya. Siraman pada sebelah petang / malam tidak digalakkan kerana akan menyebabkan akar menjadi masam dan busuk.
3. Sekiranya beli di nurseri
Periksa pokok dan tukar medium / tanah jika perlu. Pokok bunga petunia yang ada di nurseri selalunya telah lama dan mempunyai akar yang penuh di dalam pasu.
Berkemungkinan, tanah pun telah habis nutrisi nya. Sebaiknya, tukar medium dan campurkan sedikit baja organik agar pokok bunga dapat menghasilkan bunga serentak.
4. Pemangkasan
Untuk menghasilkan pokok petunia yang berjurai-jurai, pokok petunia perlulah dipangkas bahagian pucuknya bagi setiap 10 cm ke bawah bagi menggalakkan pertumbuhan pucuk baru yang berjurai kebawah.
Tips penjagaan supaya petunia sentiasa berbunga
Buang daun dan bunga yang layu
Pokok bunga petunia sangat manja dan sentiasa di belek. Setiap minggu perlu membuang / petik daun bunga yang layu. Bunga petunia yang layu hendaklah dibuang bagi mengelakkan pokok menghasilkan biji benih.
Petunia yang layu jika tidak dibuang akan menyebabkan pokok kurang berbunga kerana ia akan menutup permukaan daun dan boleh menyebabkan daun rosak dan menyebabkan semua daun mati.
Pembajaan
Pokok bunga petunia sama seperti pokok bunga lain. Pokok perlu dibaja seminggu sekali untuk mendapatkan hasil yang optimum.Gunakan baja organik kerana tidak mengakibatkan lecur pada pokok danmampu memberikan nutrien lengkap untuk pertumbuhan pokok bunga.
Hujan
Pokok petunia tidak sukakan air hujan yang berlebihan, bunga yang terkena air hujan akan rosak dan juga melepuhkan keseluruhan daun.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Kebun2u
Buat Sendiri Korean Bibimbap. Goreng Sayur, Daging & Gaul, Senang Sangat

Isi Kandungan
ToggleMakanan Korea memang semakin diminati oleh masyarakat negara kita terutama golongan muda.Bukan saja restoren, gerai tepi jalan pun ada menu Korea ikut citarasa Malaysia.
Salah satunya adalah bibimbap atau nasi campur Korea. Sebenarnya untuk menikmati hidangan bibimbap ini tak perlu pergi pun ke restoren Korea yang ada. Ia boleh dibuat sendiri sebab penyediaannya mudah.
Cuma perlu sedia sayur, daging dan nasi. Itu saja. Jika nak cuba buat sendiri Puan Zurina Zulkifli berkongsi langkah demi langkah membuatnya.
Buat sendiri Korean Bibimbap
Korean Bibimbap, bahasa mudahnya nasi campur Korea. Saya bukan peminat mukbang atau KPop. Tapi saya tertarik dengan masakan Korea yang selalu menyajikan hidangan sayuran yang banyak. Segar mata melihatnya, kaya dengan khasiat.
Sekali sekala masak masakan Korea untuk mencuba menu. Lagipun untuk masakan Korea, bahannya mudah didapati di pasaran.
Bahan yang perlu dimasak
- Daging kambing hiris memanjang, perap dengan kicap cair dan sos tiram selama 10 minit. Tak perlu garam.
- Lobak merah hiris memanjang, perap dengan secubit garam halus.
- Timun Jepun, hiris memanjang dan perap dengan secubit garam halus.
- Tauge segenggam, cuci bersih
- Sawi Jepun, ketepikan bahagian yang keras, cuci bersih.
- Sebiji telur ayam, cuci bersih
Cara membuat
1. Panaskan sesudu kecil minyak masak/minyak bijan. Goreng lobak merah ke atas kuali sehingga lembut.
2. Goreng hirisan timun Jepun sehingga lembut.
3. Masakkan daging kambing yang diperap tadi, api perlahan. Daging tak perlu garing atau kering, biarkan daging masak, lembut dan berjus. Nak guna daging lembu atau ayam pun sedap. Yang penting kena hiris nipis dan memanjang.
4. Untuk tauge dan sawi Jepun, rebus dan toskan. Goreng telur mata, bahagian kuning biarkan sedikit cair.
5. Sediakan mangkuk sederhana besar, letak dua senduk nasi. Saya guna beras Sumo iaitu beras Jepun. Lihat gambar rujukan.
6. Susun bahan yang dimasak pada permulaan tadi. Aturannya,
Ratakan nasi, kemudian letakkan telur mata di tengah. Susun sayuran mengelilingi telur mata.
7. Kimchi dan Gochujang (Pes Cili Korea) saya beli di pasar raya.Kemudian tabur sedikit biji bijan, sedikit sahaja. Tak perlu banyak. Siap, sedia untuk dimakan.
Cara hidangan/makan
Gaulkan kesemua sekali nasi dan sayuran di dalam mangkuk.
Tekap dengan sudu.
Makan dengan rumpai laut. Sedap
Selamat mencuba.
Sumber: Zurina Zulkifli