Stok bawang kisar antara yang kena ada dalam peti sejuk untuk mudahkan kerja memasak. Tapi satu masalah bila buat bawang kisar ini terutama dalam kuantiti banyak, iaitu bila dah lebih seminggu disimpan ia akan bertukar warna seakan warna ungu.

Supaya ini tak berlaku, bawang kisar ini tahan lama dan tak berubah warna boleh praktikkan tip yang dikongsi oleh Zahiruddin Al Amin Zainuddin.

Tip bawang kisar tahan lama, tak bertukar warna

Tip Stok Bawang Kisar Dalam Peti Ais Tak Berubah Warna & Tahan Lama Satu Hingga Dua Bulan

Saya nak share ilmu sikit dekat akak-akak luar sana. Sebab haritu saya tengok satu post akak ni tanya, kenapa bawang blend naik warna ungu.

IKLAN

Tip nak buat bawang blend (bawang kisar) supaya tahan lebih lama, boleh tahan sampai 1-2 bulan. Jika letak dalam freezer lagi lama. Jangan risau, warna dia tetap bersinar-sinar, tak berubah.

Caranya,

1. Kisar bawang holland bersama minyak masak sahaja.

IKLAN

2. Selepas kisar masukkan dalam bekas dan tambah lagi minyak masak secukupnya.

Tip Stok Bawang Kisar Dalam Peti Ais Tak Berubah Warna & Tahan Lama Satu Hingga Dua Bulan

IKLAN

INFO: Jangan campur air, sebab ia akan menyebabkan bawang bertukar warna dan tak tahan lama.

Selamat mencuba.

Sumber: Zahiruddin Al Amin Zainuddin.

Selain itu:  Sukatan Untuk Bancuh Air Nescafe Yang Sedap, Perfect! Pahit, Manis & Rasa Lemak Semuanya Cukup!
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI