Stok bawang kisar memang sentiasa ada dalam peti ais kebanyakan rumah untuk memudahkan kerja memasak. Cuma kita tak boleh buat dalam jumlah banyak sebab bila lama dalam peti ais, bahan kisar ini naik kulat.
Tapi Norhidayah Mohd Aripin berkongi cara yang dilakukan bagi memastikan stok bahan kisar ini tahan lebih lama. Berbulan-bulan pun masih elok segar.
Cara inilah yang dipraktikkan untuk memudahkan kerja memasak. Apa yang perlu dilakukan adalah kupas, kisar dan bekukan.
Ads
Tip bahan kisar kekal segar tempoh lama
Bawang putih, bawang merah, halia, cili semuanya dikisar secara berasingan. Kisar tak perlu lumat menggunakan chopper supaya tak berair.
Ads
Kemudian bahan kisar ini dimasukkan dalam acuan ais dan kemudian dibekukan. Selepas beku, letakkan dalam satu bekas. Bila ada masa buat supaya stok bertambah.
Bawang merah dan bawang putih kisar
Bila nak masak ambil ketulan bahan kisar ikut kuantiti yang mahu digunakan saja. Cara ini lebih mudah, jadi yang lain kekal sedari dalam bahagian beku.
Ads
Untuk memasak pula sediakan kuali dengan minyak untuk menumis, buka api, tak perlu tunggu minyak panas terus masuk bahan kiub, tumis saja macam biasa.
Masalah lalat yang berterbangan waktu makan memang merimaskan, apatah lagi kalau banyak. Takkan nak sembur dengan penghalau lalat pula waktu sedang makan.
Kalau tak tahan dengan kehadiran lalat yang banyak mungkin boleh cuba petua ini. Jangan bimbang langsung tak gunakan bahan kimia.
1. Limau purut dan bunga cengkih
Pada kita bau kedua bahan ini mungkin sedap tapi tidak pada lalat. Sebab itu ada petua menggunakan kedua bahan ini untuk menghalau lalat.
Caranya potong dua limau purut atau lemon kemudian cucuk cengkih pada isi limau. Letakkan di atas meja atau di tempat yang banyak lalat. Katanya boleh halau nyamuk juga.
2. Serai wangi
Ambil segenggam serai wangi dan bersihkan. Kisar kering kemudian campur bahan ini dalam secawan air. Perap semalaman. Keesokkan hari, tapis hampas dan masukkan dalam botol semburan. Sembur pada bahagian meja, table top, tingkap dan pintu supaya lalat tidak mendekati.
3. Kulit kayu manis
Tumbuk kulit kayu manis kemudian taburkan serbuk ini di atas meja makan atau di tempat lalat berkemurumun
4. Daun kari
Ambil daun kari kemudian rendam dalam air bersih. Bau daun kari akan membuatkan lalat menjauhi. Boleh juga meletakkan terus beberapa tangkai daun kari atas meja untuk mengelak kehadiran lalat.
5. Timun
Ramai tak tahu timun juga adalah sejenis sayuran yang tidak disukai lalat. Jadi letakkan hirisan timun pada tong sampah, singki, table top atai meja makan.
6. Lilin
Nyalakan lilin ketika menghidang lauk pauk di atas meja, insya-Allah lalat tidak akan datang kerana haba. Untuk kesan lebih baik gunakan lilin aroma terapi aroma herba.
7. Gantung air dalam plastik
Ini cara yang selalu digunakan oleh pengusaha kedai makan. Boleh juga guna di rumah. Gantung saja pada tingkap atau pintu. Cara ini dikatakan mempengaruhi deria penglihatan lalat Ada juga yang tambah syiling untuk memberi kesan silau kepada lalat.
Ikan goreng garing, memang sedap. Tapi kalau tak kena cara boleh jadi keras dan kering, terutama bila dah sejuk. Hilang semua ‘jus’ ikan yang menyedapkannya.
Bagi mendapatkan ikan goreng garing sedap, tak keras serta dan ‘juicy memang ada caranya. Ikan sebegini makan dengan nasi panas dan kicap saja pun dah cukup sedap.
Dikongsi oleh Ben Safwan boleh gunakan cara ini untuk goreng ikan tengah hari ini.
Tip ikan goreng garing tapi dalamnya ‘juicy’
1. Bersihkan ikan, kemudian gaul dengan sedikit garam.
2. Panaskan minyak, sebaiknya minyak banyak kemudian masukkan ikan.
3. Gunakan api sederhana, goreng ikan 6-7 minit sebelum terbalikkan. Jika ikan dah boleh dibalikkan tanpa tertanggal kulit bermakna ikan sudah masak. Goreng 3-4 minit lagi untuk bahagian sebelah lagi.
4. Bolehlah dihidangkan panas-panas. Sedap makan dengan nasi dan diratah.
Info: Ikan ini memang hanya digaul dengan garam tanpa kunyit. Lebih asli rasanya.
Tip mudah elak ikan melekat pada kuali
Masalah selalu terjadi bila menggoreng ikan adalah ikan melekat pada kuali. Sudahnya habis hancur ikan. Ada macam-macam petua untuk mengelakkan gorengan melekat pada kuali, tapi yang ini paling mudah.
Caranya adalah dengan menggaru kuali dengan sudip. Macam mana tu? Maksud ‘menggaru’ ini adalah dengan menggores atau menggosok hujung sudip pada permukaan kuali yang sudah dipanaskan minyak.
Kemudian bolehkan mula menggoreng ikan atau ayam. Insya-Allah tak lagi melekat. Mudah kan!
Semua perokok tahu akan kesan buruk tabiat ini kepada kesihatan. Mereka tahu asap rokok yang disedut itu cukup bahaya tapi masalahnya untuk meninggalkan rutin merokok ini amatlah sukar.
Walaupun punya hasrat dan usaha menghentikan tabiat merokok, akan tetapi ramai yang kecundang separuh jalan. Mungkin ada yang berjaya namun angkanya tak ramai. Inilah dilema golongan perokok tegar kerana pengambilan nikotin sudah menjadi sebahagian cara hidup.
Dalam pada itu pihak kerajaan juga melakukan pelbagai usaha untuk mengekang tabiat merokok di kalangan masyarakat. Kempen Tak Nak contohnya telah dilakukan sejak tahun 2007 lagi. Selain itu turut diwujudkan klinik berhenti merokok.
Malah Kementerian Kesihatan Malaysia telah membelanjakan RM4.8 juta untuk rawatan berhenti merokok di kalangan perokok tegar. Antara rawatan yang dijalankan termasuklah terapi pengganti nikotin, menerusi kaedah pelekat nikotin dan gula-gula getah nikotin.
Akan tetapi usaha ini saja tidak mencukupi, perlu ada pendekatan lain terutama untuk golongan perokok tegar. Salah satu daripada pendekatan ini adalah dengan kaedah pengurangan kemudaratan tembakau (tobacco harm reduction).
Kaedah pengurangan kemudaratan tembakau
Pendekatan pengurangan kemudaratan tembakau ini perlu dilakukan perokok tegar bukan saja untuk kesihatan diri sendiri tapi juga orang sekeliling mereka yang berisiko apabila menyedut asap rokok.
Ia boleh dilakukan dengan beralih daripada rokok kepada alternatif bebas asap rokok (smoke-free alternative) seperti e-rokok (vape) atau produk tembakau yang dipanaskan (heated tobacco product atau HTP) yang kurang mudarat berbanding dengan rokok.
Perbezaan produk bebas asap rokok
Alternatif bebas asap rokok boleh memberikan nikotin dan kepuasan kepada perokok tanpa sebarang pembakaran. Oleh itu, alternatif bebas asap ini boleh mengurangkan penghasilan asap rokok yang mengandungi lebih 6000 bahan kimia yang akan menjejas kesihatan perokok dan orang sekeliling mereka. Ini amatlah penting kerana 100 daripada 6000 bahan kimia itu sudah dikenal pasti sebagai penyebab utama kepada penyakit serius seperti kanser paru-paru.
Walaupun, alternatif bebas asap bukanlah bebas risiko sepenuhnya, kerana ia mengandungi nikotin dan akan menyebabkan ketagihan, tetapi kita perlu faham bahawa adalah asap rokok yang menyebabkan penyakit berkaitan dengan amalan merokok bukanlah nikotin.
Oleh demikian, perokok tegar boleh cuba menukar cara pengambilan nikotin mereka dengan beralih kepada alternatif bebas asap rokok yang tidak membebaskan sebarang asap rokok yang memudaratkan.
Kesimpulannya, pendekatan untuk mengurangkan tabiat merokok perlu dilihat secara menyeluruh dan pendekatan pengurangan kemudaratan tembakau harus diambil kira sebagai alternatif lebih efektif untuk perokok tegar.
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...