Makan

Tip Buat Sendiri Maruku Supaya Rangup Krup-Krap, Adunan Jangan Lembik & Goreng Guna Api Sederhana

Share

Minggu depan masyarakat di Malaysia akan menyambut Deepavali dan kebiasaannya walau berlainan bangsa kita akan sama sama menyambutnya.

Apa kata ambil mood perayaan ini dengan menghidangkan kuih sinonim dengan perayaan ini iaitu maruku. Boleh jadi jajan satu famili selama bercuti nanti.

Buat sendiri maruku yang rangup krup krap

1 bungkus tepung maruku (Babas)
1 bungkus tepung pulut cap 3 kambing (supaya maruku lebih ranggup)
1 sudu serbuk kari daging babas
1 sudu serbuk cili
1 sudu jemuju
2 sudu majerin/ 1 sdu minyak sapi
1 sudu udang kering (kisar hancur)
Garam halus
200ml/ 1 kotak kecil santan (kisar dengan 6 ulas bawang putih, 1 kotak air suam)
Daun kari secukupnya

Cara membuat

1. Gaulkan semua bahan kering, masukkan marjerin/minyak sapi. Ramas hingga sebati.

2.Masukkan satu kotak santan bersama 3 kotak air masak. Gaul dulu, jika masih keras masukkan sedikit lagi air.

3. Uli sampi tak melekat di tangan dan mudah ditekan dalam acuan. Jangan lembik sangat nanti maruku tak ranggup.

4. Tekan acuan, buat lingkaran pada kertas minyak kemudian goreng menggunakan api sederhana bersama dau kari. Jika guna api perlahan atau kuat sangat maruku jadi tak rangup.

5. Balik-balikkan maruku. Angkat dan tos selepas garing. Simpan dalam bekas kedap udara.

Sumber: Azie Mazidah

Published by
VK