Duduk di bandar, kebanyakan rumah tak punya laman yang luas. Bagi yang minat bercucuk tanam, alternatif mereka adalah tanam dalam pasu.
Antara yang ditanam dalam pasu adalah pokok limau purut yang tak dinafikan banyak gunanya dalam masakan. Memang tak rugi menanamnya.
Ads
Tapi nak tanam dalam pasu ada cara penjagaannya supaya pokok limau subur dan sentiasa berbuah. Izham Alias berkongsi tip melalui pengalamannya.
Tip pokok limau purut tanam dalam pasu sentiasa subur
Pokok limau purut tanam dalam pasu. Alhamdulillah masih subur walaupun telah dua tahun dalam pasu.
Ads
Rahsianya adalah sentiasa top up dengan baja organik. Biasa baja organik saya guna adalah kompos cacing yang dibeli. Palet tahi ayam proses pun sama. Ikut mood.
Kadang saya nampak tahi lembu saya ambil dan letak dalam pasu.
Sekali sekala sembur dengan mikrob baik. Cuka kayu semestinya. Saya dapati cuka kayu memang sesuai dengan pokok limau. Meriah bunga selepas sembur.
Ads
Tapi sebelum itu perlu saya pastikan pokok cukup baja. Cuka kayu hanya penggalak dan bukannya baja.
Kadang saya nampak si ulat bulu memakan daun. Saya biarkan sahaja. Berkongsi rezeki dengan makhluk Allah SWT. Lagipun jarang togel pokok ini semenjak saya beri kasih sayang cukup.
Dah ada rumah sendiri dan ada rezeki lebih. Teringin nak beli rumah kedua, kalau boleh lagi besar dan selesa. Tapi adakah keputusan ini tepat, maklumlah nak beli rumah modalnya dah tentu ratusan ribu dan kena pertimbangan dengan betul.
Jika ada yang dalam situasi ini, saranan Azizi Ali, Mentor Wang boleh dijadikan panduan. Menurut beliau jika mahu memiliki rumah kedua jangan pilih rumah yang paling mahal atau besar tapi belilah rumah kedua terbaik yang kita mampu. Penjelasannya seperti di bawah.
Belilah rumah kedua terbaik yang kita mampu
Belilah rumah kedua terbaik yang anda mampu beli (tetapi tinggallah berdekatan para jutawan lain).
Di sinilah tempat yang anda patut membelanjakan wang. Dapatkan rumah yang baik di dalam kejiranan yang baik. Malah saya cadangkan anda membeli rumah kedua terbaik mengikut kemampuan anda. Mengapa?
1. Pertama sekali, rumah adalah pengkalan kehidupan dan kebahagiaan anda. Ia juga perlu memberikan keselamatan dan ketenangan untuk kehidupan anda.
2. Keduanya, ia merupakan ganjaran usaha dan penat lelah anda.
3. Ketiga, ia akan memberi anda wang yang banyak apabila anda menjualnya kelak!
Kenapa tak beli rumah yang terbaik?
Tetapi mengapa membeli rumah kedua terbaik dan bukan yang terbaik? Sebabnya ialah kerana langkah ini akan memberikan anda wang yang lebih untuk perkara lain.
Jika anda beli rumah yang paling mahal, bayaran bulanan gadaijanjinya pasti akan menjulang tinggi. Ia pasti akan membaham bahagian yang besar daripada pendapatan anda dan oleh itu, ia menghadkan pilihan anda.
Strategi kewangan
Salah satu strategi kewangan yang bijak ialah untuk mempunyai aliran wang tunai yang positif setiap masa. Ini akan (1) membolehkan anda untuk mengambil peluang yang timbul, dan (2) membantu anda di masa perlu.
Ini bermaksud yang anda perlu mempunyai baki wang yang banyak selepas membayar gadaijanji rumah setiap bulan. Itulah sebabnya saya sarankan membeli rumah kedua terbaik.
Kalau nak ubah suai jangan berbelanja lebih RM50k
Jadi, walaupun anda boleh mengubahsuai rumah untuk menjadikannya lebih besar, lebih cantik dan lebih selesa, buatlah dengan cara sederhana. Janganlah berbelanja RM50,000 atau RM500,000 untuk menjadikannya rumah terbesar di kawasan anda.
Jika anda ingin sangat membelanjakan wang, belanja untuk melengkapkan ruang dalam rumah, bukan di luar. Contohnya, belilah penghawa dingin yang terbaik untuk setiap bilik. Atau pasanglah kabinet dan kelengkapan dapur yang terbaik. Ini bukan sahaja membuat rumah anda cantik tetapi juga menggembirakan isteri anda!
Apa nak buat kalau ada duit lebih yang banyak
Jadi apa yang perlu anda buat apabila anda mempunyai wang lebih atau mendapat durian runtuh? Pendek kata, apa yang perlu anda buat apabila anda bertambah kaya?
Jawapannya adalah berpindahlah ke kawasan kejiranan yang lebih baik. Apabila kekayaan anda bertambah, berpindahlah ke tempat yang lebih baik. Dalam erti kata lain, tinggallah bersama orang yang berpendapatan sebanyak anda.
Pada masa itu, rumah anda mungkin merupakan sebuah mahligai tetapi ia cuma salah satu daripada puluhan lagi mahligai yang ada di kawasan tersebut.
Kemungkinan pencuri dan perompak menjadikan rumah, err, mahligai anda sebagai sasaran akan menjadi lebih rendah. Salah satu kebaikan sampingan yang anda akan dapat ialah jiran-jiran yang lebih berkualiti!
Warna hijau dah biasa, kita buat pula onde-onde atau buah Melaka warna biru dari bunga telang. Kalau di rumah ada pokok bunga ini boleh manfaatkan.
Bukan saja cantik tapi juga ada khasiat tersendiri. Bunga telang ini mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi dan bermanfaat pada kesihatan rambut dan juga kulit.
Selain itu khasiat antioksidan ini juga berkemampuan untuk menstabilkan kadar gula dalam darah bagi pesakit diabetes.
Jika nak cuba buat onde-onde bunga telang ini boleh ikut perkongsian daripada Siti Khairun Nur Akmal.
Onde-onde dari bunga Telang, cantik dan ada khasiat
Bahan-bahan:
2 cawan tepung pulut
4 sudu besar tepung beras
30 kuntum bunga Telang(rebus bunga & tapis ambil air sahaja & sejukkan)
Gula melaka (dipotong kecil)
1 biji kelapa muda parut (putih sahaja)
Sedikit garam (gaul dengan kelapa parut)
Sedikit air kapur
3 helai daun pandan (disimpul)
Cara membuat:
1. Kukus sebentar kelapa parut supaya tahan lebih lama. Kemudian gaulkan bersama sedikit garam.
2. Bancuh tepung pulut, tepung beras dengan air Bunga Telang & air kapur.
3. Gaul sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak melekat di tangan.
4. Ambil adunan sebesar ibu jari dan leperkan. Masukkan gula Melaka yang dipotong kecil di tengah adunan.Tutup adunan kemas dan bulatkan sehingga sekata.
5. Panaskan air di dalam periuk bersama simpulan daun pandan sehingga mendidih. Masukkan bebola tepung tadi (api sederhana).
6. Apabila bebola timbul di permukaan air, bolehlah diangkat dan ditoskan. Gaul bersama kelapa parut ketika onde-onde masih panas.
Panduan tinggalkan kucing sendirian di rumah ini penting bagi yang memelihara banyak anak bulus dan akan meninggalkan mereka di rumah untuk pulang beraya di...