Tak lama lagi sesi persekolahan baru akan bermula. Bagi ibu bapa yang menghantar anak ke taska transit atau tadika ada satu masalah yang selalu jadi rungutan. Baju, kasut, seluar anak tertukar!
Jadi satu kerja pula nak mencari semula barang yang tertukar dengan anak lain. Lagi ralat kalau yang tertukar itu barang baru.
Supaya kejadian begini tak berulang lagi terutama bagi anak yang di peringkat pra sekolah atau sekolah rendah boleh ikut tip ini. Guna textile stamp!
Textile stamp ini untuk cop nama anak pada setiap pakaian, tuala, beg, kasut dan sebagainya yang dihantar ke tadika. Cara ini dikongsi oleh Diyanah Rodzi.
Kalau hantar anak tadika/taska kena ada textile stamp ini!
Ads
Parents yang hantar anak ke taska/tadika/asrama wajib ada textile stamp ni! Senang cop nama anak dekat baju so takde lah masalah baju tertukar baju. Bagusnya stamp ni boleh cop pada baju anak & cop atas buku jugak !
Satu cop boleh guna untuk semua adik beradik. Boleh tukar-tukar nama anak untuk cop sebab ada banyak huruf.
Ads
Nak beli pun mudah, online saja, beli di Shopee. Klik SINI untuk link Shopee. Harga RM39.90 saja beli sekali tapi boleh guna bertahun-tahun.
Ads
Menurut mereka yang menggunakannya, cop ini juga tidak hilang walau sudah dicuci banyak kali. Makan tahun juga kalau nak pudar.
Ramai yang selalu mengadu ruang tv di rumah selalu nampak serabut dengan wayar. Sebab itu ada yang sanggup berhabis untuk buat kabinet khas untuk bahagian ini.
Tapi selain buat kabinet ada lagi cara lebih jimat tapi hasilnya ruang tv yang berselirat dengan wayar itu akan nampak kemas.
Boleh guna idea yang dikongsi oleh Atiqa Razak yang hanya menggunakan frame wainscotting dan juga wallpaper untuk memastikan ruang ini teratur.
Sebelum
Cat bahagian dinding dengan warna pilihan, saya guna jenama Jotun code cat Sable Stone (10342). Ruang untuk bahagian tv saya biarkan untuk tampal dengan wall paper. Ukur siap-siap.
Pasang bingkai wainscotting untuk bahagian tv, saya guna kayu wainscotting yang dibeli di hardware. Cat dulu sebelum pasang guna gam.
Boleh tambah floating shelf. Boleh beli online. Klik SINI untuk beli.
Kemudian boleh pasang wallpaper 3D yang memang siap ada gam di belakangnya.
SIAP
Kabinet kayu beli harga RM240. Boleh klik SINI untuk beli.
Memang sengaja pilih wall paper warna hitam supaya wayar tv tak jelas kelihatan. Macam tak nampak pun kan.
Total untuk DIY ini lebih kurang RM300 lebih kurang. Harga termasuk frame wainscotting, kabinet tv coklat (6ft), wallpaper 3D dan floating shelf.
Beli mahal-mahal tapi dek tersilap masuk dryer habis tudung tak menjadi. Dah gosok berkali-kali tudung tetap tak on point seperti sebelumnya. Sudahnya tudung kita simpan saja.
Kalau ada yang berdepan masalah sebegini, tudung tak menjadi selepas dikeringkan dalam dyer boleh ikut tip yang dikongsi oleh @effalatif0.
1. Basahkan tudung yang bermasalah, dan perah airnya.
2. Masukkan tudung tadi dalam bahagian freezer. Biar hingga beku.
3. Selepas beku, keluarkan dan cairkan ais. Boleh lalukan pada air.
4. Kedua boleh cuci tudung dan jemur hingga kering. Insya-Allah tudung menjadi semula.
Salah satu tip untuk turunkan berat badan yang paling popular tapi berkesan adalah minum teh hijau.
Disebabkan itu ramai yang mengamalkannya. Tapi jangan amal sebarangan kena tahu waktu yang betul untuk mengambilnya. Barulah ada kesan pada penurunan berat badan.
Hanya 2-3 cawan sehari
Walaupun nak sangat cepat kurus tapi jangan ambil lebih dari 3 cawan. Teh hijau tinggi antioksidan dan khasiat lain seperti tannin dan flavoid. Pengambilan yang berlebihan boleh mengakibatkan toksik atau kerosakan pada hati.
Minum kafien waktu pagi memang boleh menyegarkan tapi ia juga boleh mencetuskan ketidakseimbangan pada perut.
Minum 30-45 minit sebelum atau selepas makan
Sebab tak mahu lemak berkumpul, lepas makan ramai yang terus minum teh hijau. Yang ni salah. Minum teh hijau sejurus lepas makan akan menyebabkan gangguan pada penyerapan nutrien.
Apa yang kita makan tidak akan diserap dengan baik kerana dihalang oleh unsur kafein dan tannin yang ada dalam teh hijau. Paling elok minum teh hijau 30-45 minit sebelum atau selepas makan.
Jangan minum waktu malam
Elak minum teh hijau pada waktu malam kerana ia akan mengganggu waktu tidur dan menyebabkan peningkatan stres.
Teh yang sudah digunakan mempunyai kandungan kafein lagi tinggi. Selain itu uncang teh yang lembap juga dipenuhi dengan mikrobial yang boleh menjejaskan kesihatan perut.
Kena banyak minum air
Pengambilan teh hijau boleh menyebabkan kita kerap membuang air kecil jadi sebaiknya minum lebih banyak air putih.
Fuel pump atau pam minyak merupakan antara elemen penting komponen dalaman kereta anda. Ia berfungsi membekalkan bahan api yang diperlukan oleh enjin dengan konsisten...