Memandangkan daun bawang banyak diguna dalam masakan, ramai yang cuba menanamnya. Tapi sering kali terjadi, daun dah naik sikit bawang busuk dan lama-lama pokok bawang pun mati.
Supaya tak jadi situasi begini, Zainab Alias berkongsi cara tanam daun bawang yang dipraktikkan. Supaya bawang tak busuk kerana lembap semasa proses daun bawang tumbuh, guna tip cucuk dengan lidi.
Tip tanam daun bawang, cucuk dengan lidi dulu
Caranya
1. Ambil bawang sebaiknya pilih yang besar supaya hasilkan daun yang besar juga. Boleh juga beli bawang yang dah ada tunas supaya lebih cepat dapat hasilnya.
2. Ambil 1-2 batang lidi, cucuk pada bahagian akar bawang, untuk dijadikan seperti ‘kaki’. Tujuannya supaya bawang tak mendap dalam tanah hingga menyebabkan ia busuk.
Ads
3. Kemudian cucuk lidi dengan bawang tadu di atasnya dalam tanah. Jangan kambus ya nanti bawang busuk. Bawang mesti terletak atas permukaan tanah saja.
4. Dah cucuk bawang ke tanah, tak perlu siram hari-hari, cuma siram bila nampak tanah tidak lembap.
Ads
5. Bila daun bawang dah naik tinggi bolehlah potong. Jika nak ambil daun tinggalkan 2 inci supaya bakinya terus memanjang.
Tanam bawang dengan cara ini juga kata Zainab boleh dapat hasil tuaian lebih, sampailah bawang kecut dan tak boleh hasilkan daun lagi.
Baru saja cabut rumput keliling rumah, tapi tak sampai seminggu dah tumbuh balik. Ini situasi biasa kalau rumah ada laman. Memang penat.
Tapi kalau tak berapa rajin nak cabut atau meracun rumput ada cara yang lagi mudah untuk matikan rumput dan lalang ini.
Caranya cuma guna garam! Dikongsi oleh pemegang akaun Tik Tok Kak Tin Geng Kebun, ini cara yang boleh kita praktikkan.
Tip matikan rumput guna garam
1. Sediakan garam kasar, cari yang harga murah saja.
2. Kemudian tabur saja garam ini atas rumput yang meliar sekeliling rumah. Boleh tabur atas rumput tepi pasu yang malas kita cabut. Tabur rata-rata ya.
3. Kalau cuaca panas keesokan harinya rumput akan menguning dan kering. Tapi garamnya masih ada.
Kawasan yang ditabur dengan garam ini, rumputnya akan ambil masa yang lama untuk tumbuh semula. Rumput yang kering tadi akan mati dan reput hingga kita tak nampak lagi.
4. Bagusnya selain rumput mati garam kasar ini juga akan menghindarkan masalah siput babi, lipan dan juga ular.
Tengok cicak berlari-larian di siling rumah malam hari kemudian pagi esok najisnya penuh dekat tepi tingkap memang menyakitkan hati.
Kalau dah geram apa kata kita buat perangkap cicak sendiri. Memang ada saja ubat atau perangkap cicak yang dijual tapi benda boleh buat sendiri, kita buatlah. Lagi pun mudah sangat, boleh jadi aktiviti anak beranak jugak.
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...