Tip Tanam Daun Bawang, Cucuk Dengan Lidi Dulu Supaya Tak Busuk & Boleh Tuai Banyak Kali

Share

Memandangkan daun bawang banyak diguna dalam masakan, ramai yang cuba menanamnya. Tapi sering kali terjadi, daun dah naik sikit bawang busuk dan lama-lama pokok bawang pun mati.

Supaya tak jadi situasi begini, Zainab Alias berkongsi cara tanam daun bawang yang dipraktikkan. Supaya bawang tak busuk kerana lembap semasa proses daun bawang tumbuh, guna tip cucuk dengan lidi.

Tip tanam daun bawang, cucuk dengan lidi dulu

Caranya

1. Ambil bawang sebaiknya pilih yang besar supaya hasilkan daun yang besar juga. Boleh juga beli bawang yang dah ada tunas supaya lebih cepat dapat hasilnya.

2. Ambil 1-2 batang lidi, cucuk pada bahagian akar bawang, untuk dijadikan seperti ‘kaki’. Tujuannya supaya bawang tak mendap dalam tanah hingga menyebabkan ia busuk.

3. Kemudian cucuk lidi dengan bawang tadu di atasnya dalam tanah. Jangan kambus ya nanti bawang busuk. Bawang mesti terletak atas permukaan tanah saja.

4. Dah cucuk bawang ke tanah, tak perlu siram hari-hari, cuma siram bila nampak tanah tidak lembap.

5. Bila daun bawang dah naik tinggi bolehlah potong. Jika nak ambil daun tinggalkan 2 inci supaya bakinya terus memanjang.

Tanam bawang dengan cara ini juga kata Zainab boleh dapat hasil tuaian lebih, sampailah bawang kecut dan tak boleh hasilkan daun lagi.

Selamat mencuba

Sumber: Zainab Alias

Boleh juga guna teknik ini untuk tanam daun bawang: Cara Tanam Bawang Untuk Daunnya, Guna Balang Atau Botol Saja

 

Published by
VK