Keledek Jepun ini memang enak direbus dan dimakan panas-panas. Kalau suka menikmatinya elok tanam sendiri, dalam pasu pun boleh.
Jika mahu keledek Jepun yang ditanam ini banyak isi boleh gunakan cara yang dikongsi oleh Cikwan Redzuan Jelani.
Tip tanam keledek Jepun dalam pasu
1. Beli keledek ini kemudian ambil ubi yang agak kecil dan basahkan sedikit.
2. Simpan keledek ini dalam bekas yang kedap udara dan letak tempat redup! Boleh letak tepi sinki supaya senang nampak, takut terlupa.
3. Selepas 2 minggu intai keledek dalam bekas tadi. Kalau dah keluar tunas, boleh pindahkan dalam polibeg!
4. Medium untuk keledek kena tanah yang peroi. Tanah tak boleh padat, jika padat nanti tiada ubinya.
5. Kalau nak tanam dalam pasu medianya 2:1 iaitu 2 bahagian cocopeat campur dengan 1 bahagian tanah hitam!
6. Baja boleh juga baja organik. Tempoh tuaian hasil 2 bulan, yang ini baru sebulan. Cabut sebab tak nak ubi besar sangat! Nak saiz comel comel begini.
Semoga bermanfaat
Sumber: Cikwan Redzuan Jelani
Buat Sendiri Blueberry Cheesecake Modal Tak Sampai RM30 Dapat Sebiji Kek. Rasa Sedap Macam Beli
Kek ini kalau makan atau beli di restoran mahupun kafe harganya lebih RM10 sepotong. Mahal, apalagi kalau makan dengan famili. Paling sikit ambil 2 atau 3 potong.
Sedangkan pada harga ini sebenarnya kalau kita buat sendiri boleh dapat sebiji kek. Jadi bagi penggemar cheesecake eloklah cuba buat sendiri. Sebab caranya pun mudah kalau ikut resipi dikongsi oleh SuiSan Aliezsha. Menurutnya kos beli bahan tak sampai pun RM30.
Cara buat blueberry cheesecake, modal RM30 makan satu famili
Bahan untuk lapisan bawah:
8-9 keping biskut digestive (Jacobs Wheatmeal atau Belvita)
2 sudu makan mentega- cairkan
Cara membuat:
- Hancurkan biskut saya guna batu lesung saja, boleh kisar kering juga.
- Selepas hancurkan biskut masuk dalam mangkuk, tuang mentega cair tadi dan gaul sebati.
- Kemudian masukkan ke dalam loyang. Tekan untuk padatkan biskut tersebut (saya guna loyang saiz 5 sebab adunan tak banyak).
Bahan untuk cheesecake:
250g cream cheese Tatura
2 biji telur
2 sudu makan gula halus (jika tak letak toping, 3-4 sudu dah cukup)
1 1/2 makan tepung gandum cap Rose (sudu metrik guna 1 ½)
1/2 sudu makan jus limau/lemon
Jem blueberry
Cara membuat:
- Putar cream cheese dan gula hingga sebati.
- Kemudian masukkan jus limau diikuti dengan tepung gandum. Putar hingga sebati.
- Selepas sebati curah adunan dalam loyang berisi biskut tadi. Jangan lupa alas loyang dengan kertas minyak.
- Bakar pada suhu 160° selama 20-25 minit, bergantung oven masing-masing.
- Selepas masak, biarkan sejuk kemudian letak topping blueberry atau strawberi, mangga dan sebagainya.
- Jika letak topping Horlick, sebelum masukkan dalam oven taburkan atas permukaan kek.
- Dah siap letak topping sejukkan dalam peti ais sebelum hidang, barulah sedap makan macam beli kat kedai.
Nikmatnya…
Selamat mencuba!
Sumber: SuiSan Aliezsha
Tip Bila Beli Kuali Baru, Kena Bakar Dulu! Barulah Goreng Apapun Tak Melekat
Isi Kandungan
ToggleMasalah makanan yang digoreng melekat pada kuali memang buat kita geram. Kadang-kadang habis hancur ikan gara-gara melekat. Rupanya untuk elak kuali dari melekat ini caranya mesti dimulakan sejak awal beli kuali lagi.
Kita kena bakar dulu kuali barulah kuali takkan melekat sampai sudah! Tip ini dikongsi oleh Wan LuQman dan dia juga menunjukkan langkah untuk melakukannya.
Kuali baru kena bakar dulu supaya tak melekat & berkarat
Baru-baru ini jumpa kuali saiz 13″ terus sambar. Susah sikit nak jumpe saiz 13″. Dah setel masak ibu sambal dan daging hitam, jom bakar kuali baru ni.
Orang putih cakap “season the wok”.
Untuk apa bakar? Carbon steel wok ni kalau tak jagakuali akan cepat berkarat. Jadi untuk elakkan berkarat, kita kena bakar kuali ni dulu sebelum guna.
Salah satu lagi sebab nak bakar adalah supaya masakan kita tak melekat. Jadi pengalaman memasak anda lebih seronok, macam enamel wok tu.
Goreng nasi sambil melambung-lambung nasi, goreng telur mata, goreng ikan memang cantik dan best.
Ade je yang dijual pre season wok. Mahal sikit lah. Proses semua makan masa lebih kurang 30-45 minit bergantung kepada power api dapur anda. Dapur saya bukan high pressure, tapi turbo burner.
Cara bakar kuali
1. Kuali ni masa baru beli dia berbungkus dalam plastik. Bila buka plastik, permukaan kuali tu dia berminyak / greasy. Itu adalah minyak dari kilang. Kita kena cuci dulu. Tenyeh gosok dengan sabun guna span besi ye. Depan belakang kita gonyoh semua.
2. Dah gonyoh guna span besi mesti la nampak kesan tu. Biarkan saja.
3. Set kan api dapur yang terpadu dan start bakar!
4. Bakar sampai kebiruan ke seluruh permukaan kuali ni tau, biar rata semua tempat. INGAT JANGAN LAMA SANGAT, BILA DAH START BIRU TERUS ALIH KE PERMUKAAN LAIN. KALAU LAMA SANGAT KAT TEMPAT SAMA, NANTI YANG BIRU AKAN JADI MERAH. TANDA BESI TERLALU PANAS dan akan berkarat di kemudian hari. Sila buang dan beli kuali baru.
5. Bakar seluruh permukaan kuali ye. Jangan leka dan lalai.
6. Dah siap. Hensem kan? Biarkan dalam 10 minit.
7. Lepas 10 minit, kita test season. Letak minyak sikit.
8. Guna paper towel untuk ratakan ke seluruh permukaan kuali. Ingat, tisu dapur ya.
9. Test run. Goreng lah apa pun, bawang ke, daun bawang ke halia ke serai ke.. Seronok waktu ni tengok mereka berlari lara. Goreng je sampai garing atau hangus.
10. Bila dah garing kaw-kaw, buang bahan goreng tadi dan guna tisu tadi untuk lap permukaan kuali.
11. Dah habis lap, biarkan sekejap dalam 3-5 minit.
12. Kemudian bilas dan gosok guna span tanpa sabun ya.
13. Lap bagi kering kemudian panaskan. Titiskan minyak sikit dan gaul rata lagi sekali.
14. Bila kita gosok guna tisu sambil api menyala, kuali akan start berasap. Tutup api, siap!
Besok -besok nak pakai, panaskan dulu kuali, ratakan sedikit minyak ke seluruh permukaan kuali, baru guna. Ini dipanggil pre season.
Buat 2-3 kali pre season, insya-Allah lepas tu kuali akan hitam gelap macam kat restoran tu, itulah yang kita mahu. Confirm melekat sampai sudah.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Wan LuQman
Kalau Ambil Bunga Kantan Jangan Potong Separuh, Nanti Bunga Tak Lebat. Ini Cara Potong Yang Betul
Ramai yang tanam pokok kantan sekitar rumah memandangkan banyak kegunaan dalam masakan. Selain itu harganya pun agak mahal, jika tanam sendiri memang berbaloi.
Cuma masalah bila tanam pokok kantan ini walaupun ia membesar elok tapi selalu yang dirungutkan adalah pokok tak banyak berbunga.
Selain perlu penjagaan seperti siraman dan pembajaan sebenarnya cara potong bunga kantan juga main peranan agar pokok berbunga lebat.
Menurut Nur Amirul Nur Azmi untuk memotong bunga kantan yang sudah matang ada caranya supaya tidak menjejaskan penghasilan bunga akan datang. Pastikan ia dipotong sampai ke pangkal.
Nak potong bunga kantan ada caranya, jangan potong separuh
Nak kongsi sikit tentang cara melebatkan bunga kantan, pastikan cara potong sewaktu ambil bunga kantan ikut kaedah yang betul. Kena potong sampai ke pangkal.
Jangan potong tengah-tengah. Ramai yang buat potongan sebegini hingga meninggalkan tunggul terlalu panjang. Ia boleh menyebabkan pengeluaran bunga semakin kurang.
Tip ekstra
Selain itu pokok kantan yang ada batang tua kuning atau batang yang condong mestilah di potong. Pemotongan hendaklah dari pangkalnya untuk menggalakkan pengudaraan ventilasi yang baik dan pokok kelihatan lebih cantik.
Tapi batang pokok kantan yang mempunyai bunga tidak digalakkan untuk dipotong kerana tumbesaran bunga akan turut terbantut dalam proses pembesarannya.
Daun dan batang pokok kantan yang dipotong dan telah kering boleh digunakan kembali untuk menutup dasar tanah untuk mengekalkan kelembapan tanah. Pokok kantan amat menyukainya.
Penjagaan pokok kantan ini mudah. Pokok kantan ini sukar diserang oleh penyakit atau mahluk perosak kerana aromanya yang tidak disenangi oleh mahluk perosak.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Nur Amirul Nur Azmi