Laman

Tip Tanam Keledek Jepun Dalam Pasu Jika Nak Banyak Isi, Tanah Jangan Padat! Ini Sukatannya

Share

Keledek Jepun ini memang enak direbus dan dimakan panas-panas. Kalau suka menikmatinya elok tanam sendiri, dalam pasu pun boleh.

Jika mahu keledek Jepun yang ditanam ini banyak isi boleh gunakan cara yang dikongsi oleh Cikwan Redzuan Jelani

.

Tip tanam keledek Jepun dalam pasu

1. Beli keledek ini kemudian ambil ubi yang agak kecil dan basahkan sedikit.

2. Simpan keledek ini dalam bekas yang kedap udara dan letak tempat redup! Boleh letak tepi sinki supaya senang nampak, takut terlupa.

3. Selepas 2 minggu intai keledek dalam bekas tadi. Kalau dah keluar tunas, boleh pindahkan dalam polibeg!

4. Medium untuk keledek kena tanah yang peroi. Tanah tak boleh padat, jika padat nanti tiada ubinya.

5. Kalau nak tanam dalam pasu medianya 2:1 iaitu 2 bahagian cocopeat campur dengan 1 bahagian tanah hitam!

6. Baja boleh juga baja organik. Tempoh tuaian hasil 2 bulan, yang ini baru sebulan. Cabut sebab tak nak ubi besar sangat! Nak saiz comel comel begini.

Semoga bermanfaat

Sumber: Cikwan Redzuan Jelani

Published by
VK