Antara tanaman yang biasa ditanam di kediaman adalah pokok kesum. Selain tanam dalam tanah atau pasu, kesum juga boleh ditanam melalui kaedah rendaman air saja.
Cara ini memang lagi mudah, malah pokok kesum akan subur merimbun jika dijaga dengan betul. Disebabkan mudah, ramai yang cuba tanam melalui kaedah ini.
Tapi masalah yang kerap dihadapi bila tanam dalam air adalah lama kelamaan daunnya mula menguning dan gugur hingga akhirnya layu dan mati. Sudahnya kita pun kecewa.
Tip tanam pokok kesum dalam air, guna botol/ balang lutsinar
Bagi yang tanam kesum guna kaedah rendaman air mungkin boleh praktikkan tip dan cara yang dikongsi oleh Nur Izzah Mahmud.
Dia menanam pokok kesum dalam balang dan botol lutsinar. Kalau dilihat hasilnya memang memberangsangkan. Daun elok subur, akar pun meriah.
Ads
Berikut adalah beberapa cara penanaman dan tip yang dikongsi;
1. Pilih dahan pokok kesum yang segar dari pokok induk dan kerat.
2. Sediakan botol/balang lutsinar sama ada plastik atau kaca.
3. Buang daun-daun di bahagian bawah dan rendam pokok kesum dalam botol berisi air. Guna air paip saja, paras air boleh rujuk gambar di bawah.
Ads
4. Letak pokok kesum yang direndam di tempat yang mudah dapat cahaya tapi bukan cahaya matahari terus.
5. Saya guna balang lutsinar ini supaya mudah nampak kalau ada jentik-jentik. Tapi setakat ini belum ada lagi.
6. Tambah air jika nampak dah surut. Tak perlu tukar air hari-hari. Setakat 2-3 minggu air masih elok jernih. Kalau mula nampak hijau cuci balang atau bekas saja.
Ads
7. Dalam tempoh sebulan selepas tanam, pokok kesum ini tak perlu diletakkan baja lagi. Selepas tempoh sebulan bolehlah letak baja AB atau NPK 15.
Tapi jika berhasrat nak pindahkan pokok kesum ini ke tanah tak perlu letak baja, boleh terus tanam dalam pasu atau ke tanah. Boleh guna media tanah campuran kelapa sawit dan cocopeat.
Inilah hasil pokok kesum yang direndam dan dipindahkan ke pasu selepas banyak akar.
Tip supaya pokok kesum kekal merimbun
Pokok kena selalu kerat atau trim. Tinggalkan sejengkal dari pasu/botol saja. Bila pokok kesum sudah tinggi, dan keluar bunga itu tanda pokok sudah tua. Jika tak dikerat atau trim, ia tidak bercambah, kuning dan lama kelamaan pokok layu dan mati.
Selamat mencuba!
Artikel ini disiarkan dengan keizinan penulis. Posting asal boleh rujuk di SINI
Tempoh PKP semua anak duduk di rumah. Sebenarnya inilah masa ibu bapa nak ajar anak buat kerja rumah terutama yang masih kecil lagi.
Tapi nak meminta anak sukarela melakukannya memanglah agak sukar. Jadi kena ada cara yang sesuai dan seronok barulah jalan.
Idea daripada Farhana Ibrahim ini boleh digunakan oleh ibu bapa lain.
Selain galak anak buat kerja di rumah walaupun kerana upah, ia juga melatih anak mengira dan juga konsep jual beli. Tak mustahil anak berebut buat kerja rumah sebab nak membeli.
Siapa yang ada anak usia 8 tahun ke bawah boleh praktik cara ni.
Buat kerja – dapat upah – boleh beli
Disebabkan PKP dipanjangkan lagi, maka ummi ambik peluang buka ‘kedai’ dalam rumah ni..
Siapa buat kerja, dapat duit Jutaria (duit monopoli).
Boleh kumpul dan beli di kedai ummi (biskut & jajan).
Tapi setiap anak ada had membeli jgk la especially utk keropok.
Sekadar mencari aktiviti bersama dengan anak-anak. 3 lelaki 1 perempuan.
Dalam depa dok mengulangkaji & buat aktiviti, ummi pun dpt la kurangkan sikit, tugas mengemas rumah kan.
Parent lain pun boleh cuba buat. Stok jajan banyak kat rumah kan!
Dalam rumah selalunya akan ada bilik yang panas kerana terdedah kepada cahaya matahari. Pendedahan kepada cahaya matahari petang terutamanya akan membuatkan bilik ini jadi panas hingga ke malam.
Selalu dari pukul 2 petang hingga ke malam memang takkan selesa duduk berlama-lama di bilik ini kerana terasa bahangnya. Walaupun guna aircond tapi tidak terasa sejuk sepenuhnya.
Disebabkan itu ramai yang guna pelbagai cara untuk mengurangkan kepanasan ini. Ada yang guna aluminium foil, exhaust fan dan sebagainya menyejukkan ruang.
Jika apa yang dilakukan ini tidak juga berjaya, boleh gunakan idea yang diutarakan oleh Khair Itam ini pula. Caranya dengan ‘menampal’ dinding kedua di bahagian luar rumah yang terdedah pada cahaya matahari.
Menghadapi masalah bilik panas yang sama beliau berkongsi cara yang dilakukan baru-baru ini yang didapati berkesan untuk mengurangkan panas atau bahang. Caranya boleh ikuti penjelasan beliau ini.
Alternatif kurangkan panas bilik, pasang dinding kedua
Selain menggunakan aluminium foil, lubang disiling, kipas sedut disiling, rock wool dan wind turbine, saya juga gunakan papan ACP sebagai dinding kedua untuk dinding di bilik yang terdedah terus kepada cahaya matahari.
Bilik tidur anak saya ini terdedah terus kepada cahaya matahari di sebelah petang. Bilik itu panas sehingga ke malam, kerana bahang pada dinding yang “dibakar” oleh cahaya matahari. Air-cond dipasang untuk atasi kepanasan dalam bilik.
Bulan Jun lepas saya pasang dinding kedua berjarak 2 inci daripada dinding asal. Dinding dibuat daripada papan ACP. Ruang di antara dinding dibiarkan kosong.Experimen ini nampaknya berjaya, dinding asal tidak lagi membahang, serta bilik cool dan tidak lagi perlukan air-cond !
Cara buat dinding kedua ini mudah saja;
-Ikat frame c-channel (tebal 2″) atau batten (tebal 1″) pada dinding dengan skru.
-Pakai hollow pon boleh, tapi mahal.
-Saiz frame ikut sesuai saiz panel ACP.
-Kemudian ikat panel ke frame, pakai skru.
-Cat panel ikut cita rasa.
Paling penting, JANGAN TUTUP BAHAGIAN BAWAH DAN ATAS KEPADA DINDING ACP. Tujuan ialah untuk benarkan kitaran udara yang dipanaskan matahari keluar dan digantikan dengan udara baru ke dalam ruang antara dinding itu.
Walau pun ada macam-macam resipi kek yang baru tapi kek kampung juga selalunya jadi pilihan kita. Tanpa krim, atau cheese tetap sedap dan tak muak makan.
Kek pandan kampung ini salah satu daripadanya. Nak buat pun mudah, boleh masak atas dapur gas saja. Takde oven pun boleh buat.