Kalau dulu kobis kita selalu beli tak terfikir nak tanam sendiri macam tanam sayur lain.
Tapi sekarang semakin ramai yang dah cuba tanam sendiri sayur ini. Berbaloi sebab sayur ini memang kita selalu makan. Lagi satu cara penanamannya pun mudah. Kalau tanam banyak di halaman nampak cantik.
Bagi yang nak cuba tanam kobis boleh ikut langkah demi langkah yang dikongsi oleh Noramira Kassim Nurul
.1. Sediakan tanah (boleh beli di nurseri, saya guna tanah bakar campur tanah biasa).
2. Semai biji benih dalam tray semaian, 1 biji 1 lubang (saya beli benih di pasararaya saja sebab murah).
3. Waktu semai siram pagi sahaja untuk lembapkan tanah, letak tray di tempat k tempat separuh panas.
4. Bila dah berdaun 4 helai boleh ubah ke pasu besar cuma letak tanah separuh dan bila pokok makin besar dan meninggi baru tambah tanah untuk tutup batang pokok, cepat kobis terbentuk.
5. Waktu ubah anak pokok ke pasu letak di tempat redup selama 3-4 hari supaya pokok tak layu. Selepas itu boleh letak tempat panas.
6. Siram pagi dan petang (bergantung pada kelembapan tanah) siram di bahagian batang, kalau siram dari atas kobis yang dah terbentuk, kobis jadi busuk.
7. Baja 2 minggu sekali, sukatan ikut jenis baja yang digunakan(saya guna baja tahi ayam, baja kopi dan baja npk 15.15.15 (baja-baja ini saya bubuh 2 minggu sekali ikut giliran ya bukan letak semua sekali gus).
8. Kawalan serangga seminggu sekali(saya guna cuka kayu,5ml untuk 1 liter air).
9. Dalam masa 3 bulan kobis dah terbentuk dan boleh dituai tapi bergantung juga pada cara penjagaan kita.
Ini kobis yang baru dituai.
Selamat mencuba.
Sumber: Noramira Kassim Nurul