Cili solok atau lada solok ini popular di Kelantan tapi nak cari di luar negeri Cik Siti Wan Kembang memang payah sikit. Cili jenis ini tak berapa pedas dan banyak diguna dalam masakan, yang paling popular solok lada.
Kalau susah sangat nak jumpa lada solok ini, apa kata cuba tanam sendiri. Boleh ikut perkongsian Ben Safwan ini.
Ben nak kongsi macam mana nak dapatkan pokok lada solok yang berbuah lebat, tahan penyakit seperti lalat buah, bena putih dan sebagainya. Daun pula subur menghijau tidak kerinting.
1. Semai dari anak benih atau nak senang,terus beli pokok yang hampir usia hampir 2 bulan dah di Sopi Ben. Dah stabil dah subur.
2. Sediakan media semaian iaitu tanah 5 atau 8 dalam 1. 1 bag 28 liter dicampurkan dengan 2 beg tanah merah yang dijual di nurseri dan 500 gram tahi kambing yang diperam. Ini cara Ben.
Nak senang terus masukkan ke dalam polibeg saiz 16×16 . Saiz ini sesuai sangat untuk pokok. Akan dapat lebih kurang 3-4 polibeg untuk setiap isian.
3. Alihkan anak pokok lada solok masuk ke media semaian baru. Jangan buang tanah sedia ada. Terus masukkan sekali dari polibag lama ke polibag baru.
4. Permulaan 4-5 hari letak anak pokok direct terima cahaya matahari pagi – tengahari lepas tu letak tempat redup. Selepas tempoh masa ini baru letak di bawah cahaya terus. Pokok cili suka cahaya terus.
Sumber: Ben Safwan