Tip Tanam Pegaga Gantung Supaya Subur & Rimbun. Lagi Senang Petik Buat Ulam

Share

Geram pulak tengok ulam pegaga yang ditanam cara gantung macam ni. Elok subur dan rimbun daunnya. Nak petik buat ulam pun senang.

Bagi yang suka makan ulam ini, boleh tanam sendiri ikut kaedah gantung. Caranya boleh ikut panduan yang Izam Ijam. 

Kaedah tanam pegaga gantung

Bahan-bahan yang diperlukan

Medium cocopeat 100%
Baja fertigasi AB 1.5 ec atau 50ml A 50ml B 20 liter air
Racun serangga brogard + garlic oil
Polibeg tanpa lubang bawah
Pokok pegaga

Cara penanaman

1. Isi cocopeat dalam polibeg basahkan. Pastikan polibeg tiada lubang bawah.

2. Ambil pokok pegaga, boleh beli di pasar dan pastikan ada akar atau cabut kat belakang rumah (kalau ada).

3. Potong daunnya dan tanam dalam polibeg sekurang kurangnya 5 pokok untuk satu polibeg. Kemudian siramkan permukaan polibeg tadi dengan air baja AB sebanyak 240ml atau satu cawan sehari.

4. Letakkan polibeg di tempat yang tidak terkena hujan dan seeloknya kena panas pagi.

5. Selepas seminggu gantung polibeg boleh letakkan di tempat yang panas dari pukul 8-12 tengah hari. Panas sampai petang pun tak mengapa.

6. Siram polibeg 2 kali sehari pagi dan petang atau siram polibeg sehingga berat purata 2kg. Jangan lebih nanti akar lemas dan busuk.

7. Sembur racun serangga seminggu sekali, seeloknya guna racun organik. Petik dan boleh terus dimakan.

8. Kalau malas nak siram gunalah sistem fertigasi. Pastikan air siraman sudah dicampurkan baja AB.

9. Usia 1 bulan boleh tuai. Jangka hayat pegaga ini boleh sampai setahun jika rajin prunning daun.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Izam Ijam

 

Published by
VK