Tip Tanam Pokok Bidara Dalam Pasu Supaya Berbuah Lebat Sepanjang Masa

Share

Ramai yang cuba tanam buah bidara epal ini di rumah, bukan saja kerana buahnya yang sedap, manis dan enak bila dimakan tapi juga khasiat yang ada dalam daun pokok bidara itu sendiri.

Daun pokok bidara yang turut disebut dalam al-Quran juga punya banyak kegunaan terutama dalam perubatan tradisional, selain selalu digunakan dalam pengurusan jenazah.

Daunnya yang bersifat anti bakteria dan antioksida ini antaranya digunakan untuk merawat luka, menyihatkan rambut malah elok untuk kecantikan kulit wajah kerana menjadi agen anti penuaan.

Walaupun ramai yang tanam pokok ini di rumah tapi yang selalu terjadi, ia tidak berbuah. Untuk memastikan pokok bidara ini berbuah, memang perlukan penjagaan. Jangan tanam dan tinggal.

Boleh ikut tip penanaman pokok bidara yang dikongsi oleh Zubair Al-Awwam agar dapat merasa keenakan buah ini.

Tip pokok bidara tanam dalam pasu berbuah lebat sepanjang masa

Foto Facebook Berkebun D Rumah

Kalau tanam dari anak pokok, insya-Allah seawal 4 bulan dah boleh berbuah lebat. Tip penjagaannya;

Penjagaan

Medium: Topsoil + tanah bakar + sekam padi mentah + cocopeat.
Baja: organik & Ajinomoto
Racun: organik(minyak neem + minyak bawang putih)
Saiz pasu: D(44cm) x H(38cm)
Tempoh berbuah: Sepanjang masa(asalkan jaga air dan baja)

Tabur serbuk MSG

Jika nak pokok bidara cepat berbuah, boleh taburkan 2 sudu besar serbuk MSG/ Ajinomoto setiap 2 minggu. Insya-Allah bunga akan lebat dan lekat. Untuk pokok yang dah lama tanam tapi tak berbuah pun boleh praktikkan cara ini.

Cantas dahan

Bagi pokok yang belum berbuah boleh buat cantasan atas, supaya tumbuh pucuk dan dahan baru. Kemudian tabur serbuk MSG pada jarak sejengkal dari batang utama. Insya_Allah pokok akan berbuah lebat.

Jika tanam dalam pasu, jangan biar jadi tinggi. Lepas habis berbuah pangkas agar keluar pucuk baru.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Zubair Al-Awwam

Published by
VK