Suka betul kalau nampak laman yang ada banyak bunga ros, berseri-seri dibuatnya.
Mungkin ramai yang terdetik nak tanam pokok bunga ini tapi tak tahu caranya. Jika nak cuba boleh ikut cara yang dikongsi oleh Nor Liza.
Cara beliau ini menggunakan keratan batang, dan bagi memastikan keratan yang disemai hidup tipnya kena sungkup.
Tip semai pokok bunga ros dari keratan batang supaya menjadi
“Saya suka tanam pokok bunga ros. Ini cara saya semai ros dari keratan batang.”
1. Ambil keratan batang pokok bunga ros. Pilih yang matang dan sihat.
Ads
2. Sediakan bekas untuk semaian, media boleh gunakan cocopeat. Kena basahkan.
3. Cucuk keratan dalam media dan sungkup dengan botol plastik yang dipotong atau pun menggunakan beg plastik. Tak perlu buat lubang, kerana nanti akan ada wap air terhasil. Biarkan selama 2 minggu.
4. Ini hasil selepas seminggu ditutup dengan plastik. Masih segar daun asal tak layu dan dah keluar akar.
Ads
5. Bila dah keluar akar bolehlah buka sungkupan. Biasanya akar akan keluar lebih kurang sebulan. Jangan tarik atau goyangkan pokok ketika ini.
Ini hasil pokok ros dari keratan batang. Setangkai ada 10 bunga. Meriah.
Ads
Ini pula baja dan semburan serangga yang digunakan.
Makaroni goreng antara hidangan mudah yang boleh dihidangkan di bulan Syawal ini untuk menjamu tetamu.
Boleh digoreng seperti mi untuk lebih ringkas tapi jika mahu hidangan macaroni lebih kaya dengan rasa boleh gunakan cara memasak dan tip yang dikongsi Aisyah Humaira.
Cara buat makaroni goreng kaya rasa
Bahan-bahan:
1 bungkus makaroni
Bahan perencah:
1/2 cawan kecil marjerin (Seri Pelangi)
2 biji bawang holland- dihiris dadu
1 biji tomato- saiz besar hiris kecil
3 sudu besar cili kisar /cili boh (atau ikut pedas disukai)
4 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
1 tin sedang tomato puri
1 mangkuk kecil isi ayam- dihiris kecil
1 peket hotdong dihiris
2 bungkus kecil fishball- dibelah dua
3 kiub pati ayam
1 sudu kecil penuh serbuk lada putih
1 biji cupsicum merah- dihiris dadu
1 biji cupsicum hijau- dihiris dadu
1 biji cupsicum kuning- dihiris dadu
Garam, gula secukup rasa dan air secukupnya
Cara membuat
1.Direbus dalam air mendidih dan masukkan 3 sudu besar minyak masak. Macaroni hampir lembut terus angkat, toskan dan lalukan dibawah air mengalir supaya macaroni tidak terlebih masak. Tos
2. Panaskan kuali dan cairkan Marjerin SERI PELANGI. Masukkan bawang lalu tumis hingga layu. Masukkan cili kisar tumis lagi hingga terbit bau.
3. Masukkan pula tomato dan tumis hingga tomato hancur. Masukkan sos tiram,sos cili,kiub pati ayam,garam gula secukup rasa dan kacau sebati.
4. Masukkan isi ayam, sosej ,fishball dan biarkan ayam masak. Akhir sekali masukkan macaroni yg telah direbus, kacau hingga sebati siap dan sedia dihidang.
Tip: Jika selalu tumis bahan menggunakan minyak masak, gunakan marjerin pula.
Bila dengar rakan baru bersalin kita memang teruja nak pergi melawat. Tapi perlu diingat juga bilangan bayi yang dimasukkan ke hospital semakin bertambah akibat jangkitan kuman dari orang dewasa yang melawat mereka.
Oleh itu jangan terlalu gembira apabila melawat sanak saudara atau rakan taulan yang baru melahirkan anak. Bagi sedikit privasi kepada ibu dan anak.
Anak yang dilahirkan tidak mempunyai daya tahan yang kuat. Mudah mendapat jangkitan kuman.
Si ibu pula jangan rasa bersalah untuk menghalang mana-mana individu menyentuh anak mereka. Kita tidak tahu mungkin di antara mereka yang sedang membawa kuman berbahaya.
Jadi bagi yang hendak melawat rakan atau saudara yang baru melahirkan anak, menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad ada 10 pantang larang yang perlu mereka tahu dan ikut demi kebaikan si kecil.
1. Jangan cium bayi
Lihat dan senyum pada bayi sudah cukup menunjukkan kita sangat gembira. Kebarangkalian untuk kita menyebarkan virus kepada bayi sangat tinggi jika kita mencium bayi.
2. Jangan sentuh bayi
Mengusik pipi juga sudah cukup untuk menyebarkan virus kepada kulit bayi. Tadi di tandas, ada basuh tangan guna sabun tak sebelum nak sentuh bayi? 🙂
3. Jangan ikut kalau tak sihat
Bila demam atau rasa tidak sihat, tak perlulah datang melawat bayi. Jangan ambil kesempatan nak melawat bayi lepas pergi klinik sebab demam. Bila demam dan selsema, rehat sajalah di rumah. Kesian jika bayi pula yang demam dan selsema.
4. Jangan lama-lama bila melawat
Jangan bawa makanan seperti mahu berkelah. Bayi pun mahu menyusu setiap dua jam. Ibunya mungkin mahu rehat dan tidak larat bila ramai yang melawat dan berbual lama. 30 min sudah mencukupi. Lebih sejam, sudah lama sangat.
5. Jangan datang tiba-tiba
Beritahu bila ingin datang. Jangan datang secara tiba-tiba kerana si ibu mungkin sedang berehat, membersihkan diri dan bayi mungkin baru tidur.
6. Bersihkan diri
Cuci tangan atau gunakan ‘hand sanitizer’ sebelum masuk bilik di mana bayi ditempatkan. Ini mengurangkan risiko jangkitan kuman sebab kebanyak jangkitan kuman adalah melalui sentuhan.
7. Elak guruan sensitif
Jauhkan dari komen yang tidak sedap didengar walaupun dengan niat bergurau. Siibu sedang kepenatan dan mungkin lebih sensitif terhadap komen-komen negatif.
8. Jangan wangi sangat
Tak perlu guna wangi-wangian yang menyengat. Ia mungkin mengganggu ibu dan bayi.
9. Jangun kejutkan bayi yang sedang tidur
Bayi yang baru lahir memerlukan waktu tidur yang lama. 12-14 jam.
10. Doakan dan hulurkan sumbangan
Sebelum balik, hulurlah sedikit sumbangan pada ibu sebagai tanda gembira dan ucapkan tahniah. Paling baik berdoalah depan si ibu untuk kesihatan dan keselamatan bayi. Semoga si anak menjadi manusia yang taat, sihat dan berbakti.
Kereta dah cuci bersih kereta, dah spray bagai tapi anak lipas tetap ada. Bukan sikit banyak pulak tu. Sampai terkejut dibuatnya bila tiba-tiba muncul kat stereng kereta.
Kalau dah usaha macam-macam tapi tak setel juga masalah lipas yang beranak pinak boleh cuba pula kaedah perkongsian Wajihah Derus Bilis Sabah.
Tak payah sembur apa-apa cuma letak saja bancuhan air ini semalaman dalam kereta.
Umpan lipas alam kereta
2 hari umpan lipas dalam kereta, lumayan hasil dia.
1 bekas ni hasil malam tadi, yang semalam punya dah buang. Hasil banyak jugak semalam. Rasanya perlu buat sekali lagi malam ni..
Kalau sembur saja tak nampak lipas mati, buat macam ni banyak rupanya.
Bahan bancuhan -Susu pekat -Air paip
Bancuh dua bahan ini tapi jangan cair sangat. Buat sedap-sedap sikit Letak malam hari, esok pagi tengok hasilnya.
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...