Suka betul kalau nampak laman yang ada banyak bunga ros, berseri-seri dibuatnya.
Mungkin ramai yang terdetik nak tanam pokok bunga ini tapi tak tahu caranya. Jika nak cuba boleh ikut cara yang dikongsi oleh Nor Liza.
Cara beliau ini menggunakan keratan batang, dan bagi memastikan keratan yang disemai hidup tipnya kena sungkup.
“Saya suka tanam pokok bunga ros. Ini cara saya semai ros dari keratan batang.”
1. Ambil keratan batang pokok bunga ros. Pilih yang matang dan sihat.
2. Sediakan bekas untuk semaian, media boleh gunakan cocopeat. Kena basahkan.
3. Cucuk keratan dalam media dan sungkup dengan botol plastik yang dipotong atau pun menggunakan beg plastik. Tak perlu buat lubang, kerana nanti akan ada wap air terhasil. Biarkan selama 2 minggu.
4. Ini hasil selepas seminggu ditutup dengan plastik. Masih segar daun asal tak layu dan dah keluar akar.
5. Bila dah keluar akar bolehlah buka sungkupan. Biasanya akar akan keluar lebih kurang sebulan. Jangan tarik atau goyangkan pokok ketika ini.
Ini hasil pokok ros dari keratan batang. Setangkai ada 10 bunga. Meriah.
Ini pula baja dan semburan serangga yang digunakan.
Selamat mencuba.
Sumber: Nor Liza.