Bunga kantan antara yang selalu kita guna dalam masakan. Harga pun boleh tahan mahalnya. Jadi kalau kerap menggunakannya elok juga tanam sendiri di sekitar rumah.

Bagi yang nak cuba tanam pokok kantan ini boleh ikut tip yang dikongsi oleh Ibrisam Wossali. Cara yang dipraktikkan ini katanya bukan saja membolehkan pokok kantan yang ditanam hidup subur tapi juga tak pernah putus berbunga.

Tip pokok kantan yang ditanam tak putus berbunga

Pokok kantan saya ni memang rajin berbunga. Tak pernah putus berbunga. Seawal umurnya hampir setahun lepas tanam dah belajar berbunga.

Tip Tanam Pokok Kantan Supaya Tak Putus Berbunga & Subur. Kena Selalu Tabur Serbuk Ini

Ads

Saya dapat tunjuk ajar dan petua menanam pokok kantan ni dari seorang rakan berkebun.

  • Mengikut pengalamannya nak tanam pokok kantan kena kawasan 100% kena cahaya matahari.
  • Sediakan lubang tanaman dengan tanah campuran baja organik. Biarkan seminggu lebih.
  • Selepas seminggu lebih, boleh tanam rizom kantan ataupun anak pokok kantan yang dah ditanam dalam polibeg terlebih dahulu.
  • Selepas tanam, buat sungkupan di sekeliling perdu pokok. Bertujuan mengekalkan kelembapan tanah. Siram dua kali sehari.
  • Bila pokok dah besar sikit beri baja NPK hijau ataupun baja kopi. Waktu ini kena selalu tabur serbuk kulit telur. Serbuk kulit telur ini menjadi baja kepada pokok kantan.

Tip Tanam Pokok Kantan Supaya Tak Putus Berbunga & Subur. Kena Selalu Tabur Serbuk Ini

Alhamdulillah saya ikut caranya seperti yang diajar. Setelah hampir setahun pokok kantan saya berbunga buat pertama kalinya.

Ads

Sampai sekarang dah hampir 3 tahun pokok kantan saya tak pernah putus berbunga. Itulah rahsianya saya selalu tabur serbuk kulit telur dan beri baja NPK biru.

Tip Tanam Pokok Kantan Supaya Tak Putus Berbunga & Subur. Kena Selalu Tabur Serbuk Ini

Ads

Semoga bermanfaat.

Sumber: Ibrisam Wossali

Jika nak beli rizom kantan atau anak pokok kantan boleh klik SINI

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI