Bukan main subur dan besar lagi pokok keladi lambok ini. Kalau tanam sepokok dua kat rumah pun dah cukup. Senang nak masak asam rebus atau asam pedas, masak lemak, sayur pedas batang keladi, kerabu dan pelbagai lagi.
Sayur ini tak selalu kita jumpa dijual, jadi kalau nak tanam sendiri elok sangat. Keladi lambok ini boleh kita tanam melalui anak pokok, nak tanam dalam pasu pun boleh ataupun guna kotak polisterin.
Nak pastikan pokok keladi lambok ini subur dan besar boleh rujuk perkongsian dari Ibrisam Wossali
Kali ini saya nak berkongsi info dan pengalaman saya menjaga serta menanam pokok keladi lambok.
Pokok keladi ini ada yang tanam dalam pasu besar dan juga kotak polisterin. Yang tanam dalam pasu besar, baru berusia sebulan lebih. Sangat memberangsangkan pertumbuhannya. Salah satu pokok dalam pasu dah ada anaknya.
Mungkin kena dengan cara kaedah penanaman, campuran tanah serta pembajaan pokok keladi ini hidup subur.
– Tanah campuran 3:2:1 (tanah bakar : baja organik : pasir )
– Untuk baja saya guna baja kopi dan buat mulching guna daun kering sekeliling perdu pokok keladi.
– Pokok keladi ini kena letak di tempat kena cahaya matahari sepenuhnya.
– Pokok keladi lambok yang saya tanam dalam pasu atau bekas polisterin kebanyakkannya tinggi melebihi 4 kaki. Memang berbaloi ambil 4 pelepah buat masak dah seperiuk cukup utk 5 orang makan.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Ibrisam Wossali