Selain buat menu lada solok, cili jenis ini juga banyak kegunaan lain dalam masakan. Selalu kita masukkan dalam gulai.
Kalau tanam sendiri di rumah pun memang berbaloi. Tak perlu ruang besar, tanam dalam polibeg saja pun mencukupi. Bagi yang nak cuba tanam sendiri perkongsian dari Mark Are Leaft ini boleh dijadikan panduan.
Ramai yang tanya apa tip penjagaan pokok lada saya, sebenarnya buat mana sempat saja. Ini apa yang saya buat dan cara saya ya.
1. Semai biji benih dan selepas anak benih dah matang elok tinggi sejengkal lebih kurang pindahkan ke dalam polibag atau pasu atau tempat yang luas selesa untuk pokok membesar. Bagi full cahaya matahari dan pastikan air mencukupi. Tanah saya guna tanah campuran 6 in 1 cuma saya top up imo5 sebagai baja untuk menyuburkan lagi tanah.
2. Selepas semnggu tanam letak baja Novatech premium (klik SINI
untuk beli) dan ulang setiap 2 minggu sekali.3. Bila pokok dah mula berputik beri baja seminggu sekali dalam 1 sudu makan plastik jangan penuh.
4. Setiap seminggu sekali lepas tanam ke tempat kekal spray racun S Trex (klik SINI untuk beli) gilir-gilir dengan foliar seperti EM, cuka kayu, baja AB, seaweed atau apa yang ada.
5. Ingat air mestilah mencukupi supaya tidak mengganggu pertumbuhan pokok.
6. Ulang langkah di atas sampailah kutip hasil.
7. Cuma kena ingat ramai orang tanam tapi tak membaja dan meracun dengan betul. Kadang-kadang membaja saja tapi tak meracun. Tak kisar racun organik atau kimia asalkan dapat mencegah dari serangan serangga dan kulat sebab pokok lada sangat digemari pelbagai penyakit dan perosak.
8. Cara di atas saya amalkan alhamdulillah puas hati hasilnya.
Semoga bermanfaat
Sumber: Mark Are Leaft