Tengok pokok mangga yang orang lain tanam berbuah lebat kita pun teringin tapi malangnya rumah tiada ruang pulak untuk bercucuk tanam.
Berita baiknya adalah tiada ruang pun tak mengapa sebab pokok mangga adalah antara pokok buah yang boleh ditanam dalam pot atau pasu.
Tapi sebelum teruja untuk menanamnya adalah penting untuk memilih anak benih mangga yang sesuai. Pastikan benih adalah seperti berikut;
1. Cari varieti mangga yang mudah berbuah seperti Mangga Chok Anan, Nam Dok Mai atau Mangga Epal. Mangga yang sederhana sesuai seperti varieti Alfonso dan Harumanis.
2. Jangan tanam biji benih dari bijinya yang dibeli dari pasar kerana kita tidak pasti varieti dan kualiti biji tersebut.
3. Tanam pokok mangga menggunakan benih yang ditut dari pokok yang telah dikenalpasti kualitinya dan buahnya. Kaedah ini akan lebih cepat berbuah dibanding yang berasal dari biji. Boleh beli di nurseri atau pusat pertanian.
Tip pilih pot
Selain itu pemilihan pot atau pasu juga penting. Pastikan saiz pot atau pasu yang digunakan adalah saiz yang besar supaya sesuai dengan tinggi pokok.
Contoh jika pokok mangga mencapai ketinggian 1.5 meter maka pilih pot berdiameter 60cm.
Gunakan media tanah campuran dan baja organik. Pastikan pot ada lubang untuk membuang air berlebihan.
Selamat mencuba!
Sumber: Anim Hosnan