
Hidangan berasas petai memang jadi kegemaran ramai. Walaupun harga agak mahal tapi tetap dibeli. Jadi berbaloi juga jika nak tanam sendiri terutama kalau kediaman ada tanah yang luas untuk bercucuk tanam.
Jika ada yang nak cuba tanam boleh praktikkan juga petua yang dikongsi oleh Mayour Garage ini. Dipraktikkan oleh bapanya semasa menanam pokok petai hasilnya saiz buah yang dihasilkan besar-besar dan pokoknya berbuah rendah. Sambil bersila pun boleh petik.
Tip tanam pokok petai, bersila pun boleh petik
Pokok petai bapakku, sambil bersila pun boleh petik.
Petuanya masa pokok baru nak naik dulu bapak akan buang pucuk bahagian atas dengan kaedah pulas.
Tanam kena berjarak dengan pokok lain, supaya pokok tak berebut dengan pokok lain supaya tak meninggi.
Baja guna baja buah la kot, buahnya pun besar-besar.
Semoga bermanfaat.
Buat Sendiri Aiskrim Yang Rasanya ‘Sebijik’ Macam Baskin Robbins. Guna 3 Bahan Saja

Waktu cuaca panas tengah hari atau petang dapat makan aiskrim memang sedap. Dapat pula aiskrim yang rasanya macam aiskrim Baskin Robbins, lagilah syok.
Kalau tekak rasa teringin nak makan aiskrim ini, apa lagi buat saja sendiri. Caranya dikongsi oleh Ameera. Nak buat pun senang, bahan cuma 3 saja. Rasanya sumpah sedap!
Tak perlu guna tenaga sangat pun, semua bahan hanya diblend. Lagi best kalau guna “Primada Smart Cooking Blender” ni, tak percaya cuba tengok.
Cara buat aiskrim yang rasanya macam aiskrim Baskin Robbins
Bahan-bahan
Whipping cream – 2 kotak
Milo – 4 sudu besar
Susu pekat – setengah tin
Cara membuat:
1.Tidak perlu letak air, blend semua bahan.
2.Selepas semua bahan sebati terus masukkan dalam bekas.
3.Sejukkan dalam peti ais bahagian atas supaya keras selama 4 jam.
Dah siap aiskrim Baskin Robbins buatan sendiri, walahhhhh! Sumpah sedap.
Boleh letak dalam cawan, tabur dengan coklat chip dan sebagainya ikut citarasa.
Selamat mencuba.
Sumber: Ameera.
Tip Praktikal Packing Barang Satu Famili Untuk Balik Beraya. Tak Perlu Punggah Bila Cari Barang

Isi Kandungan
ToggleMula hari ini ramai mak-mak yang packing barang untuk pulang beraya. Bab ini sebenarnya mencabar terutama kalau yang ada anak lebih tiga orang dan masih kecil.
Bayangkan kalau nak cuti seminggu berapa banyak baju dan kelengkapan lain yang perlu dibawa. Supaya tak pening boleh ikut tip packing dari Hani Mynis.
1. Stok baju paling kurang 3 hari
Kalau balik seminggu takkan nak bawa baju untuk seminggu jugak kan. Penuh kereta dengan pakaian nanti. Jadi boleh packing baru untuk 3 hari. Lepas 3 hari recyle baju yang sama selepas dibasuh.
2. Buat senarai supaya tiada yang tertinggal
Boleh buat senarai begini. Lengkap!
3. Gulung jangan lipat
Selain dari mengurangkan kedut cara ini juga jimat ruang dalam beg. Jadi boleh letak lebih banyak barang lain. Untuk kain yang lembut ikat dengan getah supaya tak terburai
4. Asingkan baju raya
Untuk baju raya seperti baju kurung gulung sekali dengan tudung, begitu juga dengan baju Melayu, gulung dengan sampin/kain pelikat. Buat begini untuk semua anak.
5. Baju raya beg asing
Untuk lebih mudah asingkan beg baju raya dengan pakaian harian supaya tak perlulah punggah beg di pagi raya nanti. Semua keperluan raya ada dalam satu beg, termasuklah songkok.
6. Pakaian dalam letak dalam beg kecil
Asingkan untuk setiap anak supaya senang cari. Masuk juga stoking, sapu tangan dan lain-lain.
7. Bawa beg baju kotor
Supaya tak bercampur pakaian kotor dengan keluarga lain. Nak basuh pun senang. Elakkan tercicir baju masa nak packing balik.
8. Bawa juga penyangkut baju untuk setiap sorang supaya senang nak sangkut baju lepas diseterika.
9. Satukan set pakaian anak
Untuk pakaian anak, baju dan seluar nya hani gulung dan securekan dgn getah. Kalau minta suami tolong ambilkan pun takde masalah mismatch baju seluar lagi. Bawa lebih set pun takpe dari kurang sbb budak budak ni tak terjangka comotnya lagi-lagi balik kampung.
10. Atasnya hani letak tuala dan beg kecil khas utk letak seluar dalam, tuala kecil dan lain-lain.
Tambahan
Tudung instant, kardigan
Balik kampung takkan dan sepanjang masa pakai tudung lilit. Bila ada yang datang terus jer sarung tudung instant dan kardigan. Tak perlulah nak tukar baju bagai.
Medical kit
Satukan dalam bekas ubat harian yang perlu diambil begitu juga ubat anak seperti ubat demam, batuk, selesema atau alahan. Mana tahu tak sihat di kampung, klinik pula tutup waktu hari raya.
Charger, power extension, seterika
Kalau terlupa alat ini kita mungkin terpaksa menunggu giliran untuk charge telefon dan juga seterika baju.
Sumber: Hani Mynis
Sumbang 4.8 Juta Hidangan, Cara Pasar Raya Ini Bantu Golongan Memerlukan Memang Kreatif!

Bantu golongan memerlukan tak semestinya dengan wang, ada banyak cara lain yang nyata turut berkesan. Antaranya melalui inisiatif yang dilakukan oleh Tesco Stores (Malaysia) Sdn. Bhd.
Menggunakan makanan terdiri daripada buah-buahan, sayur-sayuran dan roti yang masih baik tapi tidak terjual ia kemudian disalurkan kepada Food Aid Foundation dan Kechara Soup Kitchen untuk dijadikan hidangan kepada golongan yang memerlukan.
Sejak ia dilancarkan pada Oktober 2016, Tesco telah menyumbang sebanyak 4.8 juta hidangan kepada golongan ini. Menariknya ia bermula dari dua cawangan Tesco namun kini diperluas ke 60 cawangan Tesco seluruh Malaysia.
“Di Tesco, kami percaya bahawa Every Little Helps (Semuanya Dapat Membantu). Kerjasama pihak kami bersama Food Aid Foundation dan Kechara Soup Kitchen bukan sahaja dapat menurunkan kadar pembaziran makanan yang tidak terjual, tetapi masih boleh dimakan malah memastikan golongan yang memerlukan tidak sentiasa kelaparan,” katanya.
“Usaha yang berterusan yang telah menghasilkan sumbangan 4.8 juta hidangan makanan ini adalah sangat relevan semasa menyambut Hari Makanan Sedunia pada 16 Oktober. Adalah penting untuk kita ingat bahawa kita masih mempunyai lebih banyak kerja yang perlu dilakukan jika kita ingin mencapai Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi menghapuskan kelaparan global menjelang 2030,” katanya.
Usaha murni Tesco ini turut mendapat pujian daripada Pengasas Food Aid Foondation, Rick Chee. Ujarnya Inisiatif Tesco terhadap sumbangan makanan lebihan dalam membasmi kelaparan sangat selari dengan objektif Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mana salah satunya untuk menghapuskan kelaparan global atau Zero Hunger.
“Kami berharap banyak lagi syarikat korporat dapat menyertai usaha besar ini dalam memerangi kemiskinan dan mengurangkan pembaziran makanan di negara kita,”katanya.
Dalam pada itu Pengarah Operasi Dapur Kechara Soup, Justin Cheah percara bahawa cara Tesco menguruskan lebihan makanannya harus dijadikan contoh bagi korporat lain.
“Tesco sangat kreatif dalam pengurusan masalah pembaziran makanan di Malaysia. Cara mereka membolehkan banyak keluarga dan individu yang kurang bernasib baik mendapatkan manfaat daripada program sumbangan makanan ini dan secara langsung menyumbang kepada pertumbuhan pembiayaan makanan di Malaysia. Lebih banyak pasar raya besar dan pengeluar makanan perlu mengikut contoh yang ditetapkan oleh Tesco. ”
Sumbangan yang sama dari Tesco turut diperluaskan kepada golongan pelajar di Institusi Pengajian Tinggi apabila korporat ini menjadi salah satu penyokong utama inisiatif Food Bank Universiti Malaya (UM), yang membantu sebanyak 200 pelajar yang kurang berkemampuan di kampus.
Selain itu Tesco juga akan berkerjasama dengan Food Bank Universiti Teknologi MARA (UiTM), yang akan dilancarkan pada akhir bulan Oktober.
Tesco juga bekerjasama rapat dengan Yayasan Food Bank sejak ia ditubuhkan pada Ogos 2018. Sehingga September 2019, Yayasan Food Bank telah memberi manfaat kepada 362,699 ahli isi rumah yang kurang bernasib baik.