Daun selasih atau lebih dikenali sebagai basil ini selalu kita gunakan dalam masakan terutama sekali hidangan Thai. Malah ada juga yang menjadikannya sebagai ulam.
Cuma pokok selasih ini tak ramai yang menjual termasuklah di pasar raya. Jadi elok juga jika kita tanam sendiri di rumah. Tanam sepasu pun dah cukup.
Jika nak tanam dari biji benih, boleh guna perkongsian dari Yuyun R Bajuri.
Cara tanam pokok selasih dari biji benih
1. Basahkan kapas muka. Letak biji selasih di atasnya (biji selasih ini boleh kita beli di Shopee) Titikkan air sampai biji selasih kembang. Kerap basahkan kapas. Biar beberapa hari sampai keluar tunas.
Ads
2. Bila dah naik tunas letakkan benih sekali dengan kapas dekat tanah. Saya guna polibag je. Kambus sikit dengan tanah.
Ads
3. Bila dah naik daun dia sikit-sikit kambuskan lagi dengan tanah ye. Siram selalu. Sampai pokok naik. Dah macam ni bole la petik hasilnya.
Orang tua kita dulu cukup kreatif menyediakan lauk. Antaranya pisang muda pun boleh dijadikan hidangan gulai lemak yang enak. Tambah pula dengan ikan masin lagilah sedap.
Cuma hidangan gulai lemak pisang muda ini tak semua mahir membuatnya. Nak siang pisang ini pun ada caranya.
Bagi yang mahu belajar menyediakan gulai lemak pisang muda ini boleh ikut panduan yang dikongsi Mizah Ngatiman ini yang menggunakan pisang kapas muda bersama ikan masin talang.
Cara buat gulai lemak pisang muda dengan ikan masin
Bahan-bahan
1 sisir pisang kapas muda
2 ekor ikan masin talang (cuci bersih dan rendam sekejap)
1 keping asam keping
Santan pekat, garam dan gula secukupnya
Bahan kisar
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 jari kunyit
1 sb ketumbar
3 tangkai cili padi (suka pedas lebihkan)
Cara memasak
1. Mula-mula siang dulu pisang. Siat nipis kulit pisang tapi jangan putus, seperti dalam gambar.
2. Kemudian hiris serong atau belah tengah. Cuci bersih.
3. Panaskan air. Air dah mendidih, masukkan pisang. Rebus sampai empuk. Kemudian tapis.
4. Masuk bahan kisar dalam kuali. Buka api. Biarkan air kering sekejap kemudian masukkan santan.
5. Masukkan ikan masin. Ikan masin cuci bersih kemudian rendam sekejap.
6. Masukkan asam keping. Sentiasa kacau kuah hingga mendidih ‘manja.’
7. Masukkan pisang yang kita rebus tadi. Letak garam dan gula secukupnya.
Ini antara kek yang mudah untuk dibuat dan sedap. Walau pun mudah, tak perlu bakar tapi ada juga yang buat tak menjadi, coklat cair ataupun biskut jadi keras.
Jika nak hasil kek batik cantik, biskut lembut macam kek dan rasa mewah coklat boleh ikut resipi dan juga tip dikongsi oleh peniaga kek batik Tuan Adriana Arissa.
Tengok gambar pun dah tau sedap!
Cara Buat Kek Batik Melting, Biskut Lembut Macam Kek
Bahan kek batik:
600g biskut Marie (patahkan)
200g butter
1 cawan milo
1 cawan susu pekat
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan air masak
2 biji telur
Esen vanila
Bahan untuk topping/ganache:
100g milk compound
100g dark compound (boleh guna Beryls)
200ml whipping cream
1 sudu besar butter
1 sudu besar golden syrup (optional)
1sdk hazelnut paste (tip supaya coklat sedap macam Cadbury)
Cara membuat:
1. Double boil semua bahan topping atau nak senang masukkan dalam microwave. Ketepikan. Biarkan sejuk sekejap.
2. Masak butter sampai cair, masak kek batik guna api kecil. kemudian terus masukkan susu pekat. Kacau rata.
3. Masukkan pula Milo dan serbuk koko. Kacau cepat-cepat supaya tak berketul.
4. Seterusnya masukkan telur, kacau dulu supaya rata dan baru masukkan air. Kacau sebati biar sekata.
5. Akhir sekali masukkan biskut. Kacau rata supaya semua biskut bersalut coklat.
Boleh tutup api.
7. Kemudian terus masukkan semua ke dalam loyang saiz 10 inci (alas dulu loyang dengan plastik supaya biskut tak melekat dan senang tarik keluar) dan tekan padat.
6. Tuang chocolate ganache melting di atas kek batik dan simpan chiller selama 4 jam atau lebih sebelum di potong.
8. Keluarkan kek dan biarkan suhu bilik sekejap bagi kek lembut sebelum senang untuk dipotong.
Tip agar potongan cantik
Pisau yang nak digunakan untuk potong kek batik hendaklah dicelup air panas atau lap dengan tisu setiap kali nak potong. Barulah potongan cantik dan kemas. Tak comot. Nak makan sedap saja.
Seronok bila tengok pokok buah berbunga, tanda tak lama lagi akan dapat merasa hasil.
Tapi malangnya dah berbunga dan berputik buah tak lekat, asyik gugur. Ada pokok yang bertahun-tahun hadapi masalah yang sama tapi dibiarkan.
Sebaiknya kalau ada pokok buah begini cari punca dan rawat supaya dapat berbuah. Boleh ikut tip dari Asri Atan, pekebun Sepang Farmvile yang berkongsi punca dan juga cara merawat pokok sebegini.
Cara rawat pokok buah yang berbunga tapi buah tak lekat
Pokok berbunga tapi buah tak lekat. Cuba perhatikan dua faktor berikut:
1. Pasu/bekas yang kecil
Pasu/bekas yang kecil menyebabkan akar terkumpul dalam pasu dan tidak dapat terus berkembang. Boleh cuba tebuk bahagian bawah pasu. Atau gantikan dengan bekas yang lebih besar. Atau tanam terus ke dalam tanah.
Saya ada satu pokok lemon yang sebelum ini hanya sempat berputik, kemudiannya luruh. Setelah saya keluarkan dari pasu, saya dapati akarnya telah terlalu padat. Setelah dipindahkan ke tanah, alhamdulillah banyak buah yang lekat.
2. Semut hitam
Terdapat semut hitam yang merosakkan bunga dan akhirnya bunga tersebut gugur.
Boleh cuba letak ubat semut untuk menghalau. Atau gunakan kerengga. Yaa. Kerengga boleh menghalau semut dan membantu sebagai agen pendebungaan.
Saya ada satu pokok bidara epal yang berbunga lebat, tapi tiada satu pun buah yang lekat. Saya dapati ada semut kecil yang berkampung di sekitar bunganya.
Saya ambil satu sarang kerengga dan letakkan pada pokok tersebut. Alhamdulilah berhasil dan sekarang banyak putik buah yang ada.
Tuan/puan boleh mencuba jika mempunyai masalah yang sama. Moga berjaya!
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...