Selain ulam kacang botor, atau kelisa, pokok selom juga antara ulam yang selalu ditanam di rumah.

Ini kerana cara penanaman pokok ini memang mudah, lagi menarik kita boleh makan hasilnya dalam tempoh singkat. Lebih kurang sebulan tanam, dah boleh petik daunnya.  Tanam dalam polibeg saja pun elok suburnya.

Bagi yang cuba tanam boleh ikut panduan yang dikongsi oleh Muhammad Fertigasi Masa Kini. Cara ini menurutnya membolehkan pokok selom cepat merimbun dan cepat tuai hasilnya.

Cara semai pokok selom dan penjagaannya supaya cepat merimbun

Petang ini nak ajar kawan-kawan cara semai daun selom

1. Langkah pertama, pergi pasar cari ulam daun selom. Kalau boleh cari yang batang banyak katih atau ruas macam tebu. Cari yang keras, jangan terlampau lembik.

2. Potong batang selom ikut ruas batang selom.

3. Letak air dalam bekas, tak perlu penuh pun kemudian rendam potongan batang selom tadi.

IKLAN

Tip Tanam Pokok Selom Supaya Cepat Rimbun, Sebulan Dah Boleh Petik Ulam

4. Campurkan sedikit baja AB untuk percepatkan pertumbuhan akar. Biarkan batang selom direndam selama 2-3 hari hingga nampak akar keluar.

5. Apabila sudah berakar, bolehlah terus semai ke dalam polibeg berisi cocopeat jika tiada tanah. Jika ada cocopeat bekas tanaman sebelum ini lagi bagus, sebab cocopeat tersebut hancur dan mampu bertahan lama jika disiram air.

Tip Tanam Pokok Selom Supaya Cepat Rimbun, Sebulan Dah Boleh Petik Ulam

IKLAN

6. Perlu diingat cocopeat perlu dibasahkan terlebih dahulu sehingga lencun kemudian baru boleh semai batang selom.

7. Dalam satu polibeg boleh letak dalam 8 potongan. Selepas tanam  siram hari-hari sampai lencun.

Tip Tanam Pokok Selom Supaya Cepat Rimbun, Sebulan Dah Boleh Petik Ulam

IKLAN

8. Selangi dengan siraman baja AB Insya-Allah dalam sebulan lebih pokok merimbun dan boleh buat ulam makan sendiri atau jual.

Tip Tanam Pokok Selom Supaya Cepat Rimbun, Sebulan Dah Boleh Petik Ulam

INFO
Lagi besar polibeg lagi banyak dapat hasil. Kalau tiada polibeg, boleh guna guni yang potong separuh dan letak cocopeat. Seterusnya boleh semai batang selom.

Selain itu:  Rupanya Mangga Muda Boleh Buat Asam Keping. Ini Cara Buatnya, Letak Dalam Masakan Memang Sedap

Selamat mencuba.

Sumber: Muhammad Fertigasi Masa Kini.

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI