Sayur salad ini memang enak dijadikan ulaman. Nama asalnya Lettuce-Loose leaf, dikenali sebagai salad nasi ayam kerana selalu digunakan untuk hidangan nasi ayam.
Salad ini berguna sangat bila kita tak berapa rajin nak goreng sayur. Boleh ambil dan makan begitu saja. Sebab itu elok sangat kalau kita tanam sendiri di rumah, senang bila nak makan petik saja daunnya.
Tip jika supaya dapat makan daun salad yang segar, bila pokok sudah matang petik daun dari bawah. Jangan cantas terus pangkalnya. Petik daun ikut kuantiti kita nak makan. Cara ini lagi lama pokok salad bertahan.
Nak cuba tanam? Boleh jadikan perkongsian dari Ena Mi Za sebagai panduan.
1. Boleh terus semai biji benih dalam pasu atau polibeg tapi tak perlu guna banyak tanah.
3. Jika pasu agak besar boleh tanam dua pokok. Saya guna saiz polibeg saya ni 15X18 @ 16X16, saya tanam 2 biji benih.
3. Bila dah bercambah, kena rajin timbus tanah pada pangkalnya, jangan kena timpa hujan dan elak kena cahaya mahatari secara terus.
4. Bila dah keluar batang, timbus tanah sampai tutup batang.
5. Batang pokok salad ini boleh tinggi sampai 1 kaki jika ditanam dalam pasu/polibeg besar.
6. Kalau untuk makan sendiri, petik sehelai-helai dari bawah ikut banyak mana nak makan. Tambah lagi tanah bila perlu.
Semoga bermanfaat
Sumber: Ena Mi Za